Rabu, 26 Disember 2012

Sony Xperia Miro, Sola & J

Itu hari aku ada buat entri pasal nak beli handphone baru berjenama SONY Xperia model Miro yang berbudget RM550.
 
Miro
 
Tup-tup dapat bonus 22hb/Dec itu hari aku jadi rambang mata kejap, terus aku sambar Xperia Sola yang aku anggap tambahan RM60 tuh kira OK untuk dapatkan skrin 3.7inci dan mempunyai BRAVIA Engine dan designnya lagi cantik berbanding Miro
 
 
Sola
 
 
Sekarang tak ku sangka ada model lagi baru yang berharga RM630 iaitu si J. Mempunyai tebal yang kurang 0.6mm berbanding Sola. Pakai ICS berbanding Sola yang masih di takuk lama (Gingerbread). Aku ingat masa dapat Sola dah di upgrade ke ICS, rupanya tidak. Wahduh! terkilan la pulak nak pakai ICS.
 
J
Dan mata aku memang tak lekang tengok si J yang masih berbudget RM600+. Design lagi OK berbanding Sola apatah lagi Miro. Maybe aku bagi kan ajelah si Sola ke isteri aku. Si J ni aku pakai sendiri. Tak puas hati ma! Nanti aku buat sendiri review pasal Sola yang baru pakai 3 hari ni. Banyak yang aku tak puas hati.

Rabu, 19 Disember 2012

Jiran Kenduri 2012

Alhamdulillah selesai sudah kenduri jiran sebelah rumah yang secara langsung membabitkan tanah di sebelah rumah aku pada hari Ahad lepas.
 
Khemah yang telah dipasang pada hari Rabu malam minggu lepas telah pun di buka pada malam semalam hari Selasa yang terus di bawa ke tempat kenduri lain. Yang tinggal hanyalah lalat, bau-bau minyak, bau sisa makanan yang kurang menyenangkan. Tak ketinggalan lantai depan rumah yang melekit dan kotor dengan gula, minyak, lemak dan lumpur hasil tapak kaki jiran-jiran selepas hujan pada hari kenduri.
 
Ikutkan pengalaman aku sejak lebih 2 tahun duduk di rumah sewa berkorner lot, ini adalah kali kedua kenduri telah di adakan dengan menggunakan tapak sebelah rumah untuk memasak. Kali pertama pada bulan 5 tahun ini yang melibatkan jiran depan rumah. Kali kedua yang baru lepas ni adalah jiran dari sebelah rumah. Antara kedua-dua majlis ini apa yang aku dapat simpulkan, memang kenduri kawen mengotorkan kawasan rumah yang terlibat dengan aktiviti memasak.
 
Tapi apa yang perlu dibanding antara kedua majlis ini, majlis yang pertama adalah lebih baik dari yang kedua. Antara sebabnya ialah dari segi;
  1. Kebersihan - Majlis pertama mempunyai jiran yang mesra dari segi teguran dan sikap toleransi di mana sikap "rumah jiran di anggap rumah sendiri" di amalkan. Selepas majlis, segala benda yang tak enak di mata di ambil berat. Majlis kedua amatlah jauh ibarat langit dan bumi. Jiran kedua tidak mengamalkan kebersihan yang memberangsangkan. Apakan tidak, sisa sampah tidak dibersihkan dengan seadanya. Bolehkah sisa tulang dan makanan yang berulat tetapi masih dalam karung guni dibakar sahaja di laman jiran tanpa tiada usaha untuk mengalihkan ke lori tong sampah yang datang pada hari 3 selepas kenduri? Terdapat juga plastik sampha hitam yang mengandungi sisa makanan di letakkan di belakang rumah aku yang sudah naik baunya. Ikutkan apa salahnya sisa tersebut di bawa sahaja ke depan rumah, di dalam tong sampah?
  2. Tanggungjawab - Walaupun majlis pertama mempunyai seorang sahaja akak, tetapi dia memainkan peranan penting sebagai jiran yang prihatin. Dikemasnya laman rumah, diberusnya lantai depan, disusunkan segala yang tinggal, di bakarnya sampah (yang boleh di bakar). Tapi majlis kedua, walaupun ada sedara mara dan anak-anak bujang (4 orang termasuk pengantin), tiada usaha  proaktif yang dapat dilihat pada hari ketiga (semalam). Harapan aku hari ini (Rabu), bersih la depan dan laman rumah. Hanya lalat-lalat dan bau tidak menyenangkan sahaja yang boleh dibiarkan untuk hilang dalam perjalanan masa.
  3. Kemesraan - Majlis pertama mempunyai hubungan yang erat sebagai jiran yang bertanggungjawab. Setiap masa ada sahaja bahasa dan celoteh akak depan rumah sambil membersihkan laman rumah aku. Jiran kedua aku tak nampak sangat, salah satu sebab aku selalu balik lewat untuk mengelakkan dari melihat lalat yang banyak semasa siang. Aku lebih memerapkan diri dalam rumah.
Cerita banyak pun tak guna, buat tambah dosa. Pulak jiran seumur hidup tuh. Apa yang penting, hari ni, lepas balik kerja, jiran aku kena alihkan perabut kerusi yang ada ditumpangkan dalam rumah aku, Selepas tuh baru aku mengalihkan kereta masuk semula ke dalam rumah. Jika ada masa aku akan ajak bincang post mortem dengan jiran sebelah sebab anak keduanya pula bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun depan dan jika masih berniat untuk menggunakan laman rumah aku dengan kehadiran anak bini aku, dia kena bersedia lebih awal. Bukan seperti majlis yang baru sahaja habis ni. Keutamaan lebih kepada kebersihan!
 

Selasa, 18 Disember 2012

Bonus 2012

Alhamdulillah, bonus telah diumumkan oleh pihak syarikat yang akan di bayar pada hari sabtu ini 22hb/Dec. 1.4 bulan kira ok dan ianya sama seperti tahun lepas. Paling teruk pernah dapat adalah 0.5 dalam sekitar tahun 2008. Jika dikira basic RM2,000 maka dapatlah tambahan pendapatan sekitar RM2,800. Dan aku pun belum berkira-kira lagi dengan duit tambahan ini. Ikutkan banyak perkara yang aku nak buat untuk bonus kali ini. Dan tentunya budget perlu disenaraikan supaya kita tak over budget! Antaranya ialah;
 
1. RM550 - Handphone Sony Miro
2. RM160 - Bayar kereta untuk sebulan advance supaya ada backup plan ketika suasana terdesak.
3. RM360 - Sewa bulan ini yang masih tertunggak
4. RM100 - Service kereta Wira hitam yang sudah lama tersadai.
5. RM450 - 4 biji tayar untuk wira hitam - jenama Falken
6. RM120 - Water feeder arnab untuk 30pcs
7. RM100 - Basikal untuk Aina.
8. RM480 - Yuran belajar Sem Jan'2013
 
Setakat ni total budget RM 2,320 akan di habiskan.
 
 Next budget untuk 2013 akan di buat.

Rabu, 5 Disember 2012

Sony Xperia Miro

Dah lama aku tak amik port dalam bab handphone. Kalau dulu masa bujang aku dok asyik tukar je handphone aku macam tukar baju dengan mengejar segala teknologi handphone terkini yang berbudget RM1,500 ke bawah dan berjenama nokia sahaja. Tapi selepas berumahtangga, kegilaan aku ini berkurang dan terus hilang.
 
Selepas beberapa ketika aku setia menggunakan satu handphone dalam jangka masa yang lama hampir 2 tahun, itupun apabila handphone dah kong baru aku tukar ke model baru yang lebih menang memakai. Sekarang sudah timbul perbagai teknologi terbaru. Paling terbaru aku baru mengetahui ada handphone yang boleh menjadi wi-fi spot sendiri. Canggih. Tak payah menggunakan kabel usb atau bluetooth untuk connect ke laptop.
 
Jadi sempena dengan bulan bonus ini, aku ada usha handphone terbaru dan berkira-kira untuk menukar handphone sekarang ni. Tapi tak la sampai RM1,500 macam bujang-bujang dulu. Aku budget dalam RM500. Mempunyai camera autofokus 5MP adalah cukup memadai bagi aku yang suka menangkap gambar untuk blog dan video anak-anak untuk tatapan akan datang.
 
Jadi aku dah putuskan untuk mengambil Sony Xerpia Miro yang berharga sekitar RM550. Specnya seperti yang aku dapat GSMArena di bawah;
 
  • Quad-band GSM/GPRS/EDGE and dual-band UMTS support
  • 7.2 Mbps HSDPA and 5.76 Mbps HSUPA
  • 3.5" 16M-color LED-backlit LCD capacitive touchscreen of HVGA resolution (320 x 480 pixels) at around 165 ppi
  • Android OS v4.0 Ice Cream Sandwich
  • 800 MHz Cortex-A5 CPU, Adreno 200 GPU, Qualcomm MSM7225A chipset
  • 512 MB of RAM
  • 4GB of inbuilt storage (2.2GB user available)
  • microSD slot (32GB supported)
  • 5 MP autofocus camera, single LED flashlight, geotagging, smile detection, touch focus
  • VGA video @ 30fps
  • Secondary VGA front-facing camera
  • Wi-Fi b/g/n, Wi-Fi hotspot
  • GPS with A-GPS
  • Accelerometer and proximity sensor
  • Standard 3.5 mm audio jack
  • Stereo FM radio with RDS
  • microUSB port (charging) and stereo Bluetooth v2.1
  • 1500 mAh Li-Ion battery
 
 
 
 
 
 

Khamis, 22 November 2012

Motorsikal Kesayangan

Aku mempunyai sebuah motorsikal berjenama Honda EX5 yang sudah berusia lebih dari 13 tahun. Aku membelinya dari kedai motor di Ayer Molek pada 25hb April 1999 yang kebetulan hari yang sama dengan tarikh lahir aku. Pada ketika itu, motor ini digunakan untuk berulang alik kerja di Gateway Cheng.
 
Walaupun second hand, tapi ia hanyalah dari segi nama kerana no pendaftaran asal adalah MAL XXXX yang telah di tukar ke no pendaftaran sekarang BBD XXXX. Kiranya si tuan punya yang pertama membeli motor ini hanya untuk memindahkan no lama ke atas motor ni. Itu sebab ia jatuh ke standard second hand. Pada ketika itu aku mendapat harga dalam RM3,800. Cukup murah la untuk motor yang di anggap "baru". Selepas memberi duit muka RM1,500, aku membuat bayaran ansuran selama setahun.
 
Pada sekitar tahun 2001, syarikat Gateway mengalami kerugian yang seterusnya menutup operasinya di rantau Asia. Selepas menerima pampasan dalam belasan ribu ringgit, aku membawa diri aku ke Kuala Lumpur semula dengan niat untuk mendapatkan segulung diploma. Kali ni aku kena berulang alik dari Melaka ke Taman Melawati untuk mempelajari Diploma dalam Kejuruteraan Mekanikal secara separuh masa. Kira hebat jugak la motor ni dalam 2 minggu sekali aku berulang alik selama setahun. Inilah perjalanan jarak jauh yang pertama motor ni pernah tempuh. Paling jauh motor ni pernah pergi adalah ke Kapar, Klang.
 
Dalam berulang alik Melaka-Taman Melawati, terlalu banyak yang aku tempuh dengan motor kesayangan aku ni. Tayar pancit dah berapa kali kat highway PLUS. Dengan lampu tiba-tiba takde. Siang malam, pagi buta, hujan lebat, pun aku ada balik menggunakan motor ni. Kiranya memang tak menyesal aku guna motor jenama Honda EX5 High Power. Pernah waktu malam aku sampai mengetuk pintu tuan di Pedas-Linggi rumah semata-mata untuk menukar tiub tayar.
 
Motor ni tak pernah mengalami kemalangan yang serius. Kali pertama kemalangan adalah dalam 1-2 tahun beli. Itupun kemalangan yang paling teruk aku alami. Kemalangan bertembung dengan kereta abang aku sendiri ketika aku tergesa-gesa lewat pergi keja. Kemalangan tersebut menyebabkan rim belakang bengkok dan rim dalam yang memegang jejari pecah. Itu pun nasib baik motor boleh lagi bergerak ke kedai motor yang aku beli dalam keadaan berdengkut-dengkut.
 
Paling hebat, selepas setahun je aku pakai motor ni, dari tahun 2001 aku menggunakan tanpa rodtax dan insuran selama 8 tahun tanpa kena apa-apa tindakan saman atau kesalahan dari pihak berkuasa (polis atau JPJ). Paling kuat pun saman parking oleh PBT dan kena angkut je. Kebanyakan roadblock trafik dan JPJ lepas macam tuh je. Ini kerana motor aku adalah standard. Dari mula aku pakai sampai sekarang aku tak membuat apa-apa perubahan modofikasi ke atas motor.
 
Dan aku masih ingat pada tahun pengujung tahun 2008, ketika aku bujang, aku lepaskan niat, aku kena buat sesuatu ke atas motor aku ini. Aku akan pergi menghidupkan semula rodtax dan insuran. Dan yang pasti aku kena buat service paling hebat. Maka overhaul dan grainbal la motor aku ni dalam masa sebulan. Sampaikan tokey kedai kata, apasal la teruk sangat bunyi motor aku ni macam orang bawak pegi kebun. Tokey jual sayur pun takde motor mcm ni. Aku tersengeh je, aku kata aku sibuk sangat. Bawak motor pegi kerja je. Lagipun dah lama aku tak buat apa-apa yang besar kat motor ni. Pada awal tahun 2009, berwajah baru la motor aku. Segalanya OK dalam segala benda kecuali aku tak cat je motor tu. Selain di grainbal, benda lain yang di tukar adalah kunci tengkuk dan seat, segala lampu, tali sawat meter, bateri dan yang lain-lain. Maklum la, nak masuk puspakom. Jumlah perlu di bayar adalah dalam RM500+. Banyak tu.
 
Tetapi pada hujung tahun 2010, selepas setahun aku berumah tangga, lagi sekali motor aku kena grainbal kerana aku tak menjaga minyak hitam. Ini gara-gara aku telah berpindah dari melaka tengah ke jasin dan perjalanan ke tempat kerja harian mengambil jumlah jarak 70km sehari menyebabkan aku dah terbiasa menangguh penukaran minyak hitam yang biasanya di buat sebulan sekali. Akhirnya tersadai la motor aku selama 2 bulan di kampung untuk di baiki. Sebulan selepas di baiki, pada awal tahun 2011, aku terpaksa menghantar semula ke kedai selama sehari untuk di tukar "rantai kecik" yang berharga RM150 kerana pembaikian sebelum ini tidak la sebagus yang di fikir memyebabkan enjin motor aku sangkut-sangkut.
 
Dan yang terbaru pada bulan October aku kena habiskan lagi hampir RM250 kerana penyelenggaraan yang patut aku buat. Ini bermula dengan bocor di gasket dan lampu yang tak menyala membuatkan aku tak sedap hati menunggang pada waktu malam. Last-last semua yang berkaitan power supply kat motor tu di tukar. Tapi memang puas hati sebab perasaan membawa motor tuh 2 kali ganda puas. Apakan tidak, kedua-dua coil untuk lampu dan starter ditukar baru.
 
Motor ini boleh la di katakan motor cari makan sebab dengan motor ini la aku mengumpul duit mencari rezeki seterusnya membina rumah tangga dan mendapatkan harta yang lain. Kalau takde motor ni, aku rasa sampai sekarang la aku tak bergerak ke mana. Aku ada jugak terfikir nak tukar ke motor lain, tapi atas sebab kewangan dan rasa jimat di campur dengan sayang, aku teruskan aja pakai motor kesayangan aku ni. si EX5 High Power.

Rabu, 21 November 2012

Android PC Tablet Part II

Kerana penangan dari Adriod Tablet dari posting sebelum ni, wife aku ada cita-cita untuk membeli lagi sebijik pada expo akan datang. Dan pada 10hb Nov, wujud la tablet Android kedua yang di beli pada PC expo di MITC. Ini adalah perbandingan yang terkini;


Sebelum (Jun'12)

Jenama : Samsonic
Processor : 1.0 GHz
Memori : 4GB
RAM : 512MB
OS : Android 4.0
Bateri : 1,000mAh (1 jam)
Harga : RM299
Supplier : KL
 
 
Terbaru (Nov'12)

Jenama : Samsonic
Processor : 1.5 GHz
Memori : 4GB
RAM : 1GB
OS : Android 4.0.3
Bateri : 3,000mAh (3-4 jam)
Harga : RM199
Supplier : KL
 
Bayangkan harga yang turun dalam masa 5 bulan je lebih kurang 33% dan spec yang naik lebih dari 50% dari segi batery.
 
Tetapi disebabkan pengalaman berhubung dengan supplier dari KL yang agak menyusahkan apabila berlakunya mal-function, kali ni aku mengambil supplier dari Melaka sahaja. Jenama yang dia jual pun lain; Metakey. Senang sikit bila berlaku apa-apa hal kat tablet ni. Tetapi harga ada up sedikit ke RM230 kerana ada tambahan eksersori (pouch), membership card dan voucher. Kiranya ok la berbanding supplier KL yang dapat kosong je.
 
Tup-tup, 23- hari selepas tuh, tablet pertama aku kondem terus selepas anak aku muntah kat atas tablet tu sampai masuk ke dalam maotherboard. Puas aku membersih dan mengeringkan tablet tu pun tak ok-ok. Aku bukan dan tengok kat kaki ic dalam tablet tuh dah jadik karat. Short curcuit la tuh.
 
Apa nak buat, barang pun murah. Jadi aku putuskan untuk membeli lagi 1 tablet pada expo akan datang. Yes! Expo akan datang adalah pada PC Fair Melaka III pada 14hb-16hb Disember depan. Aku jangkakan harga akan maintain dengan spec yang sedikit upgrade. Kalau mahal pun aku akan ambil je dari supplier KL yang harga RM199 tuh. Janji puas hati. Berbaloi-baloi.

Bil Elektrik PERCUMA Part III

Ini adalah sambungan dari post sebelum ni di Bil Elektrik PERCUMA Part II

Disebabkan bil elektrik aku sudah dapat free, tapi dalam jumlah yang kurang memberangsangkan (kurang 7.8% je dari kuota percuma), ditambah pula aku dapat bil pasa masa aku "bujang", maka aku terpaksa membuat langkah seterusnya iaitu dengan mengawal jumlah penggunaan api/lampu kat rumah aku. Ini untuk melebarkan lagi margin dari kuota yang ditetapkan supaya sebarang perubahan yang besar tidak la membuatkan aku terpaksa juga membayar bil bulanan.

Ini adalah hasil dari kaji selidik yang telah dijalankan di rumah aku.


Sebelum improvement

Jumlah lampu kalimantang panjang (36W) berdasarkan kedudukan dan penggunaan (jam)
1. Hall - 4jam
2. Bilik utama - 4jam
3. Bilik kedua - jarang bukak
4. Bilik ketiga - 1jam
5. Bilik Air 1 - 1jam
6. Dapur -  4jam
7. Belakang - 2jam (lama gila aku lepak kat belakang)
8. Depan - bukak setahun sekali kot
Total jam = 16jam sehari.
Total Watt jam = 16jam x 36W = 576Wj sehari.

Lampu kalimantang pendek = 18W
9. Bilik Air 2  - jarang bukak

Lampu tornado = 18W
10. Hall 2 - 7jam
Total Watt jam = 7jam x 18W = 126Wj sehari.

Jumlah keseluruhan 576 + 126 = 702Wj.
Maka kos dalam sebulan; 702Wj / 1000 x RM 0.218 x 30hari = RM 4.59

Rupanya punya la banyak lampu kat rumah aku ni. Belum lagi tambah kalau terminal kat rumah tuh semuanya complete. Huhu.

Khamis, 15 November 2012

My Blog list

Ini lah senarai blog yang dalam kawalan aku.




Agak-agak sempat ke aku update? Budak jasin baru je aku update post sebelum ni. Dah naik balik ke atas. RVR paling top la sekarang ni, psoting melebihi blog lain. CMMC tak menyempat update walaupun dah lepas dua kali meeting. ODL lagi la, tu pun aku dah tangguhkan 4 bulan (1 semester) pengajian ke tahun depan. Kalau aku dah study balik, agak-agak blog mana yang aku tinggalkan dulu? Huhu.

The Resurrection

Assalamualaikum..
 
Dah lama aku tak update blog "Budak Jasin" ni sejak last post pada 6hb August 2012. Sejak terpindah nya blog arnab Ringville Rabbittray yang semakin menjadi-jadi, diwujudkan pula, blog study part time aku membuatkan aku tak menang tangan. Terbaru aku wujudkan blog ke-4, iaitu blog dari kelab kereta aku; http://c-riousmotorclub.blogspot.com/. Memang tak sempat menyempat.
 
Di tambahkan pula kehadiran anak kedua pada penghujung bulan 4. Ingatkan aku dapat tumpukan pada study, tapi tidak. Komitmen yang bertambah-tambah membuatkan aku terpaksa berhenti study kejap (tangguh) ke tahun depan. Ia juga atas sebab pointer aku yang semakin merundum.
 
Ni pulak dengan rakan kelab kereta yang mengajak supaya di bangkitkan semula CMMC dengan aku selaku setiausah. Wahduh! wahduh! Kita tengok je la sampai mana aku bertahan. Dengan post terbaru ini, harapan aku akan aktif la semula blog ni. Dah lama tak update weh..
 
Insya Allah.
 
 

Isnin, 6 Ogos 2012

Beranak Lagi 5 ekor

Buat pengetahuan, anak tunggal dari induk dara ke 2, telah pun mati selepas 3 hari bertahan. Dari pemerhatian aku, disebabkab kelahiran tempoh hari yang tidak begitu bersedia menyebabkan si anak tidak kenal bau ibunya dan tidak agresif untuk menyusu ketika ibunya berada di dalam takung didik. Di tambah pula dengan cuaca hujan. Walaupun si ibu mencabut bulu badan nya dan dipindahkan ke dalam takung didik untuk menambahkan kepanasan, anaknya masih tidak pandai membawa diri. Ini menyebabkan si anak mati dalam kesejukan terlampau (bila aku pegang sudah nyawa-nyawa ikan) dan kelaparan.

So apabila si anak mati, aku dengan pantas tak menunggu si ibu berpantang. Aku terus mengalihkan takung didik dan bangkai anaknya. Seterusnya aku memasukkan si jantan muda (adik beradik dia jugak) untuk di kahwinkan. Harapan aku dalam masa sebulan induk dara ini akan beranak semula.

Tapi berita kematian ini telah digantikan dengan berita kelahiran terbaru. Seperti yang di jangka semalam aku mendapat anak arnab lagi 5 ekor. Seperti mengikut rentak kata aku tempoh hari, kelahiran kali ke 3 ini dari arnab dara jugak! Baru berusia 7 bulan. Beranak pada waktu malam dengan penuh bersedia dan cukup peralatan. So jumlah sekarang menjadi 26 ekor.

Selepas berumur 8 jam.

Setakat 8 jam selepas kelahiran, sebelum aku pergi keja, aku jenguk semua 5 ekor anak ini masih bergerak bermakna setakat ini semuanya OK. Buat pengetahuan, 7 hari pertama kelahiran adalah waktu yang paling kriktikal untuk anak-anak arnab yang kecil ini. Salah satu kematian yang paling digeruni ialah si anak mati kelaparan sebab tak menyusu atau si ibu tak bagi nyusu.

Itu sebab ketika kelahiran, kita sebagai tuan kepada arnab ini perlu menyediakan peralatan atau kelegkapan yang secukupnya kepada induk. Tak cukup dengan itu, kita bagi sokongan moral. Masa dia sibuk mengemas membuat sarang, mencabut bulu di perut, kita pun boleh tolong dia dengan memotong kertas surat khabar. Kompem si ibu mengambil kertas tu jadikan alas untuk bakal anak yang di lahirkan.

Kalau masa dia beranak dia tak sempat nak cabut bulu diperutnya, kita sendiri yang kena cabutkan bulu-bulu tersebut.

So aku nak balik rumah, nak tengok 5 ekor anak ni masih ok ke tak. Dah lebih setengah tahun aku tak menimang anak buat ni. Alahmdulillah, hopefully terus menjadi-jadi anak arnab ni. Boleh tambah side income masa musim cuti sekolah nanti.

Ahad, 29 Julai 2012

Arnab Beranak - 22 ekor

Alhamdulillah.. memang yang ku tunggu untuk batch kali ni beranak tapi tak sangka pulak induk lain yang beranak. Kesemuanya adalah induk baru yang masih dara dan beranak buat kali pertama. 2 ekor induk. Pertama si Loop Ear dan hari yang sama juga adalah arnab dara yang lahir pada 7 bulan yang lepas (31hb/Dec 2011).

Masa tempoh bunting, aku tengok si LE menunjukkan kaisan yang agresif tapi bila aku meraba di perut tiada apa-apa benjolan yang menunjukkan ada anak yang di kandung. Tup-tup sahaja si LE beranak dalam sangkar yang baru aku pindahkan. Nasib baik sangkar yang takde bocor. Itupun 3 ekor mati dari 5 ekor yang lahir dalam keadaan yang tak bersedia. Tak bersedia dia sini macam biasa lah, aku tak sediakan takung didik. Hasilnya 3 ekor yang mati, sekor sudah ada kesan separuh di gigit. Mungkin ibunya lapar. Memang betul sebab pada hari tersebut aku hanya memberi 1 kali makan sahaja. Lagi 2 ekor mati mungkin di sebabkan kesejukan atau dipijak. Ibu kali pertama beranak memang macam tu la. Ada sahaja yang mati. Jantan bagi anak LE ni adalah dari Jantan Utama si Anggora kelabu

Induk kedua beranak cuma seekor. Sama dalam keadaan tak bersedia. Aku perasan pun bila jantan yang sama ngan induk dara ni tengah dok bertengek, tiba-tiba ada sekor anak kat bawah badan induk dara ni. Kesian betul. Cepat-cepat aku alihkan ke sangkar yang baru lebih mesra. Dah 3 hari aku tengok masih hidup walaupun badan kurus kering. Jantan untuk anak ni aku tak pasti, tapi mungkin dari jantan-jantan muda yang telah aku kahwin kan. Hebat jugak, jantan-jantan ni baru dalam lingkungan 5-7bulan. So aku buat kesimpulan memang jantan-jantan muda yang ada sekarang ni dah boleh di buat baka bapak.

Dah dapat batch baru ni, aku terus dok repair sangkar bocor yang lain. Aku tak maw la induk lama yang lain beranak dlm keadaan tak bersedia. Tapi kali ni aku ada strategi terbaru. Aku dah ada banyak jantan muda. Jantan utama seekor, jantan muda 6 ekor. Induk pula dah bertambah menjadi 8. So aku bila aku dah repair semua sangkar, aku satukan setiap induk dengan jantan-jantan yang ada. Aku dah malas nak pindah-pindahkan betina untuk di kahwinkan sekejap kemudian di asingkan sebab strategi aku sebelum ni memang memakan banyak masa dan hasilnya pula agak mengecewakan.

Ini bermakna strategi kali ini adalah dengan membiarkan si jantan dan induk pada satu sangkar setiap masa dan boleh berkahwin pada bila-bila masa yang dorang suka. Aku pun tak payah nak pindah-pindah si induk. Yang aku tahu, bila induk beranak aku kena cepat-cepat alihkan anak dan induk tersebut dari si jantan. Dan setiap sangkar jantan-induk ni aku kena pastikan tiada kebocoran untuk mengelakkan anak jatuh ke bawah dan mati.

Harap-harap strategi aku kali ni menjadi. Jenuh tunggu-tunggu tak beranak.

Rabu, 25 Julai 2012

10 tahun Pengalaman Kerja

Alhamdulillah, tiada apa yang aku boleh katakan. Pada 22hb/July yang lepas genapla usia 10 tahun aku bekerja di tempat sekarang. Dari seorang yang berjawatan Technichian, sekarang aku sudah bergelar Senior Officer. Dalam Bahasa Melayu nya seorang "Pegawai Kanan" lah. (Best gak nama ni.) Ikutkan sejarah sudah 4 kali di naikkan pangkat dan 1 kali bertukar jawatan (2005). Dari basic bawah RM1K sekarang sudah lebih (sedikit) RM2K.

Technichian (2002) > Senior Technichian (2003) > Dept Assistant (2005) > Assistant Officer (2007) > Officer (2009) > Senior Officer (2012)

Ikutkan gaji RM2K itu adalah kecil berbanding perkhidmatan yang telah diberikan kepada syarikat. Tapi aku bersyukur kerana gaji ini jugalah aku menjana harta dan mendapat rezeki. Aku gunakan gaji yang aku dapat untuk mendirikan rumah tangga, berhutang dengan bank, beli makan pakai.

Banyak yang aku tempuhi dalam tempoh bekerja ni. Salah satu pengalaman yang paling dihargai ialah bagaimana kita mengawal dan memisahkan perasaan antara kerja dan peribadi. Terima Kasih kepada boss dan rakan-rakan di atas sokongan moral dan peribadi. Jasa kalian memang aku tak dapat lupakan. Memang sesekali dorang ni memang suka menyakitkan hati aku dalam bidang pekerjaan, tapi apa nak buat, dah tempat cari makan kena la kita hadapinya sebaik yang mungkin.

10 tahun dahulu syarikat ini di perkenalkan oleh beberapa rakan kerja yang telah sama-sama diberhentikan kerja dan sama-sama juga mengambil kursus yang di tawarkan oleh pihak kerajaan. Asalnya ada 4 orang yang 2 minggu awal bekerja dahulu. 2 minggu kemudian baru aku masuk. Kemudian seorang demi seorang meninggalkan syarikat membawa haluan masing-masing yang lebih baik di luar sana. Aku masuk bekerja pun guna SPM dan sedikit pengalaman. Itu yang boleh terus dapat title Technichian.

Awalnya kerja di bahagian pengeluaran (production) yang agak selesa sebab bekerja dengan orang-orang lama yang tak lokek ilmu. Tapi selepas 5 bulan bekerja, atas kepercayaan orang atasan aku di tukar ke bidang yang lebih kepada pejabat. Itu bidang Perancangan (Planning). Maka bermula la aku dengan bidang yang bermain dengan nombor. Hari-hari terdapat tekanan yang tak di duga. Hari-hari kena meeting dengan orang berkaitan untuk merancang itu dan ini. Ada masa aku hampir kecundang dek tekanan kerja dan sampai satu tahap dah terset kat minda aku untuk berhenti kerja jika aku ada peluang lain.

Hari demi hari, bulan berganti tahun, sampai la aku dapat membiasakan dengan kerja harian. Aku bertambah baik dan bertambah selesa dengan tempat dan jawatan sekarang ni. Tapi bak orang kata, keperluan manusia sentiasa bertambah. Kalau ikut Teori Messlow of Need, sekarang ni aku di tahap "pengiktirafan" dengan kerja yang aku lakukan. Bukan lagi boleh di kaburkan dengan wang ringgit.

Maka, bermula mind set yang baru kepala aku ni untuk bekerja sendiri. Insya Allah, aku akan berhenti kerja jika "seru" dah tiba. Pengetahuan dah ada, modal dah ada. Gerak hati sahaja yang belum kuat. Tunggu.

Kad Kredit Pertama?

Selepas aku membeli PC tablet di PC EXPO tempoh hari 29hb/June, aku menuju lah ke jalan keluar Expo. Macam biasa, kat jalan keluar ni penuh dengan promosi tarik menarik pelanggan. Yang menjadi keawajipan adalah supplier dari broadband dan promoter Bank yang menawarkan kad kredit dengan bermacam-macam faedah.

Selalunya aku tak layan dengan kerenah dorang ni. Tp kali ni ntah macam mana, aku boleh berhenti jugak kat seorang promoter dari RHB Bank. Kononnya saja nak melayan dorang. Dengar ceritanya promoter ni datang dari jauh, JB. Umur 19 tahun baru nak berjinak-jinak dengan marketing. Agak-agaklah dorang ni buat promosi, macam la melaka ni takde RHB Bank. OD aku pun buat kat RHB.

Borak punya borak sampai la nak dekat 1 jam. Sampai aku yang tak pernah ada kad kredit ni pun termakan jugak dengan pujuk rayu promoter muda ni. Pasal muka dia jujur la aku rela hati memberi segala maklumat untuk memohon kad kredit ni. Dipendekkan cerita aku pun blah dari situ selepas mendapat sekaki payung dan sebiji mug ada logo RHB. Free gift la tuh.

Semggu lepas tuh aku dapat panggilan dari satu nombor tak dikenali tapi dari local line Johor. Aku angkat telefon tuh rupanya dari mamat promoter ni la. Dia kata application aku tak dapat go through process pemohonan disebabkan EPF statement aku yang nampak pelik. Dia pun dapat agak apa yang pelik kat EPF statement tu. Ia disebabkan basic gaji aku ada penyelerasan yang memberikan sedikit kenaikan dia antara dua bulan. So officer yang nak meluluskan pemohonan aku ni tak dapat nak lepaskan. So promoter ni suh aku faxkan slip gaji aku.

Ikutkan aku tak payah bagi sebab dia dapat EPF statement tuh terus dari kiosk EPF. Bukan aku yang printkan statement tuh, mamat tu sendiri yang ambil statement tu keluar dari kiosk. Tapi apa nak buat, orang lain dah tak percaya. Lagipun aku tengok mamat tuh memang hati ikhlas. Muka kesian. So aku bagitau kat dia yang aku akan bagi dia salinan payslip pada keesokkan hari nya.

Esoknya aku bawa payslip aku, tapi aku lupa nak bawak handphone aku. Dalam hati aku, mesti berlambak miskol dari mamat tuh kat handphone yang tertinggal kat rumah. Memang betul pun. 3 kali miskol. Esoknya lagi aku tunggu mamat tuh telefon. Senyap.

Dan semalam 24hb/July, aku dapat surat dari RHB KL mengatakan pemohonan kad kredit aku tak diluluskan untuk sementara waktu. Alhamdulillah. At least aku tak menambahkan hutang bulanan aku. Dan memang dari awal aku tak mahu kad kredit. Dan yang untungnya, aku dapat payung dan mug percuma. Hehe.


Jumaat, 13 Julai 2012

Tong Sampah PERCUMA Part II

Semalam dalam pukul 8 malam sedang aku beristirehat kat belakang rumah sambil mengahwinkan arnab, tiba-tiba aku terdengar bunyi bising kat depan rumah. Rupanya tong sampah free sedang diedarkan. Saiz tong berkapasiti 120liter atau untuk sampah seberat 60kgs sumbangan dari Southern Waste Management.

Ini lah gambar tong sampah tu

Siap Nombor Siri.

Yang bagusnya, tong sampah ini ada siri number berdaftar. Kompem la lepas ni kalu hilang (dalam taman je) senang nak carik.

Lepas aku dapat je tong ni, aku terus spray no rumah aku kat tong ni. Tapi tak melekat pulak cat spray ni. Senang pulak tanggal. Aku spray kan pulak warna jernih ala-ala varnish. Ok sket la walaupun masih boleh tanggal. Pas ni aku nak tampal saletip kat spray aku tuh.

Aku tengok rumah sebelah masih tak de kabar berita pasal tong sampah baru. Jangan satu hari dia masih pakai tong hitam lama kat depan rumah aku, pas tuh lori sampah tak ambil, dia still buat bodoh je. Sungguh bodoh jiran aku itu.

Bil Eletrik PERCUMA Part II

2 bulan lepas aku telah menceritakan cara-cara untuk mendapatkan perkhidmatan bil elektrik percuma dari kerajaan malaysia (klik sini). Dan selepas dua bulan, ini lah hasilnya;



Aku telah berjaya mendapatkan pekhidmatan ini secara PERCUMA! Mari kita lihat kronologi selepas aku membuat langkah-langkah penjimatan ni.

Usaha ni telah dimulakan pada pertengahan bulan April 2012. So untuk bil yang aku dapat pada bulan May 2012, aku tak berjaya melepasi bil bawah RM20 sebulan kegunaan bagi mendapatkan perkhidmatan percuma. Then aku tunggu bulan June'12. Aku sedikit kecewa kerana bil pada bulan itu adalah dalam anggaran iaitu dia mengira purata pada bulan yang sebelum nya. Jadi aku telah di charge sebanyak RM 23.54.

Tapi tak mengapa. Untuk mendapatkan bacaan yang betul aku kena kena tunggu bulan July iaitu bulan ni punya bil. Dan pada bil bertarikh 9hb/July, untuk 66 hari aku telah mengunakan elektrik sebanyak RM40.55. Aku telah diberi percuma.

Mari kita kira secara pengiraan nya secara detail.

RM20 untuk 30 hari. Kalau 60 hari (2bulan) maka RM 20 x 30hari x 2 bulan = RM 40. Kalau 66 hari, chargenya RM40 x 60/66 hari = RM 44. Dan jumlah RM 40.55 masih di bawah kadar yang di tetapkan. Itu sebab dia bagi PERCUMA.


No Menyampuk!

Minggu ni aku dok kena sound ngan officemate aku supaya JANGAN MENYAMPUK. So untuk mengelakkan lebih banyak perkara berbangkit, lebih baik aku diam dan buat tak tau dengan keadaan sekeliling aku.

Itu yang dorang nak aku buat kan. So hamik ko.

Susah sangat nak keja dengan orang yang selalu cakap dia je yang betul. Idea orang tak mau terima. Lepas ni silap besar la kalau nak suruh aku bagi idea sendiri. Tepuk dada tanya la diri sendiri.

Khamis, 12 Julai 2012

Tong Sampah PERCUMA Part I

Pada hari isnin, semasa aku tiba rumah lepas balik kerja, aku ada terlihat satu surat yang diselitkan kat atas pagar rumah aku. Ntah kenapa dia selitkan kat pagar rumah aku sedangkan peti surat batu ada di sediakan. Aku ambil dan baca dalam acuh tak acuh. Biasa lah, ari isnin badan aku letih semacam selepas kenduri akikah anak-anak aku kat rumah mak mertua. Pagi hari keja pulak dah kena balik melaka. Tuh yang aku tak serius baca kat surat tuh.

Yang aku tahu semasa baca surat tu, ada pemberian tong sampah percuma dari Southern Waste Management. Pemikiran aku bercelaru skit time tu. Terus aku campak je surat tu kat pintu rumah memikirkan benda lain.

Esoknya aku balik lewat malam dalam pukul 8:30 aku sampai kat JAPERUN, aku ternampak ramai pulak orang kat situ. Masing-masing tengah mengangkut tong sampah berwarna kelabu. Hah? sudah, aku baru teringat surat yang aku baca semalam. Terus berdesup aku balik rumah carik surat tu.

Dengan kasut tak buka, aku terus capai surat yang aku campak semalam kat pintu rumah. Aku baca dengan teliti. Tarikh ambil tong sampah tu adalah pada hari ini 11hb/July sebelum 9:00malam. Aku tengok jam kat handphone aku dah pukul 8:30 malam. So aku pun bergegas isi borang tuh. Masa nak keluar rumah, jiran depan rumah ada tanya pasal tong sampah. "Dah ambil ke?" aku bagitau aku baru tau malam ni kena amik sebelum kul 9.

Lepas tu aku capai kunci kereta terus pergi kedai nak buat salinan kad pengenalan dan bil utiliti api/air. Then bila aku tiba, orang dah lengang. Hampir 5 minit sebelum pukul 9 malam. Tong sampah dah habis. Tapi org yang jaga kaunter tuh kata suruh submit gak. Nanti dorang telefon dan hantar tong kat depan rumah.

Alhamdulillah, dah selesai. Hopefully aku dapat la tong sampah baru. Walaupun keluarga aku kurang buang sampah, tapi aku ada rasa sikit kurang puas hati la. Terpaksa la aku cerita jugak pasal jiran sebelah rumah aku ni.

Jiran sebelah rumah yang letak tong sampah hitam kat depan rumah aku tu, langsung tak nampak batang hidung. Dah la tong sampah letak depan rumah orang, tak bertutup. Tau-tau je lah bila dah dua hari sekali ambil sampah, maka berulat la sampah dapur kat depan rumah aku tu. Tapi yang aku hairan, dia boleh buat dek jer. Dah la tong sampah lama rumah aku di buat macam tong sampah dia. Aduih!

Takpe lah. Aku pun orang baru duduk mnyewa kat situ. Aku harap dengan tong sampah yang baru aku dapat ni, aku akan letakkan kat depan rumah aku. Khas untuk aku pakai. Aku tengok pun jiran-jiran yang lain dah tayangkan tong sampah baru dorang. Ntah terasa ke tidak jiran sebelah ni aku pun tak tau la. Kita tengok je la.

Rabu, 11 Julai 2012

Android 4.0 untuk Anak Aku

Assalamualaikum,

Aku ada tengok anak buah aku umur baru 3-4 tahun dah diperkenalkan dengan I-pad. Pada pandangan peribadi aku, I-pad ni bagus untuk perkembangan kanak-kanak. So aku ada niatkan pada diri aku untuk membelikan gadget untuk anak aku berupa ala-ala i-Pad (PC Tablet).

So pada 29hb/Jun yang lepas, MITC ada buat PC Expo. So aku pergila ronda-ronda, dengan harapan akan terjumpalah dengan PC Tablet yang murah-murah. So aku pun terpandang satu PC Tablet yang menggunakan Android. Jadi aku pun pergi usha. Dalam 4 kedai aku pergi semua harga adalah sama.







Spesifikasinya; Touch Capactive Screen, 512MB, Internal Memory 4GB, Skrin 7inci, Wifi dan menggunakan OS Android yang terbaru, Android 4.0.3 atau dikenali sebagai Ice Cream Sandwhich.
Memang canggih. Dengan harga RM299, Made in Taiwan, harganya memang berbaloi. So aku pun sambar la sebiji. Aku beli sekali mem card micro SD berharga RM27 berkapasiti 16GB. Murah lagi.

Aku balik rumah, aku balutkan kotak PC Tablet tuh, kononnya hadiah untuk anak aku la. Malam tu jugak aku balik ke rumah mak mertua aku. Aku hadiahkan anak aku PC Tablet. Dia suka, wife aku pun suka. Yang tak bagusnya bateri Tablet ni bertahan selama satu jam je. Kejap-kejap kena charge. Takpe la, janji anak aku puas main.

Tapi 4 hari selepas tuh, pada hari Rabu aku dapat sms dari wife aku mengatakan Tablet tuh dah rosak. Aku tak terperanjat. Mungkin mulut aku cabul. Masa aku beli Tablet tuh aku ada kata kat salesperson tuh memang barang ni beli untuk dijahanamkan oleh anak aku yang berumur 2 tahun.

Minggu lepas aku balik, aku ada tengok apa kerosakannya. Skrin retak, touchscreen nya dah tak function. Tapi bole on lagi. So masa aku balik melaka aku bawak skali tablet ni. Esok nya aku g anta kat kedai di Plaza Hang Tuah.

Harga yang kedai boleh dapat RM150 untuk touchscreen tuh. Wow! Harga tablet RM299, skrin je dah lebih separuh. Apa barang. So aku mintak tokey tuh carikan lagi murah. Dia suh bagi masa untuk carikan harga bawah dari RM100. So aku tinggalkan la barang tuh kat kedai untuk dia cari sparepart yang murah.

Next countermeasure, aku kena belikan hard cover untuk tablet ni. Supaya dia tak mudah pecah. Aku dengar cerita dari mak mertua aku, anak aku ada main atas tilam. Maybe dia terpijak tablet tu, tu yang membuatkan skrin dia senang retak. Wallahuallam.

Handphone Hilang Kali kedua

Assalamualaikum,

Buat kali kedua dalam tahun ni aku hilang handphone. Kali ni C5-03. Hilang semasa kenduri akikah anak aku kat Parit Sulong pada Sabtu 7hb/July. 2 bulan yang lepas aku ada hilang sebijik handphone C2-03. Sedeh woo.... nak dekat RM500 dah aku lost!



Then hari isnin aku pegi terus usha handphone baru. Tup tup aku terus beli Sony Ericsson pertama aku. Tapi biasa la.. standard aku barang 2nd hand. Aku pilih Model Xperia X10 Mini kerana harganya RM260. Dengar cerita pun barang ni baru pakai 2 minggu. Harga asal RM400. Dan ia menggunakan Android OS yang aku baru berjinak-jinak sekarang ni.

So far aku pakai sudah 2 hari OK la dengan harganya. Yang tak OK charger USB nya tak constant. Kena cucuk kuat2 sket baru charge masuk. Pas ni, handphone Android je la yang menjadi kegilaan aku. huhu..



Akhirnya berubah jugak pendirian aku menggunakan handphone lain selain nokia.

Isnin, 9 Julai 2012

52nd Blood Donation

Assalamualaikum..

Hari ni aku masuk lambat. Sebab utama, aku dari kampung. Anak aku tido awal malam tuh. So pagi2 dalam pukul 5 dia dah bangun. Awal gila. So terpaksa la aku layan dia sampai subuh baru dia tido semula. So memang overdose gila la. Pukul 7 pagi baru aku gerak. Tiba melaka dalam pukul 8:30 pagi. Aku sms boss aku masuk sebelum 10 pagi.

Godek2 kat rumah dah dekat pukul 10. Aku keluar rumah dalam pukul 9:30 pagi. Then baru aku teringat aku nak keluarkan duit backup dari ASB. Aku g Maybank MITC. Baru aku teringat yang darah aku baru matang. Terus aku telefon bloodbank melaka bertanya kan lokasi terdekat.

Last2 aku telefon boss aku yang aku masuk half day dalam pukul 12:30 pasal aku nak g derma darah kat Seri Negeri. So dapat la aku derma untuk kali ke 52. Gian punya pasal. Beza dalam 4 bulan 2 hari je tuh... Itu pun doktor yang check tekanan darah aku dah buat muka lain macam.

Jumaat, 29 Jun 2012

BSN ATM Topup Charge RM0.50

Selalunya bila aku takde cash, kredit hp low dan lalu kat ATM, aku akan direct topup kat ATM je. Setiap kali aku topup adalah RM10 dan aku akan gunakan samada Maybank atau RHB. Tapi bila aku dapat tahu je BSN ada buat Topup ATM RM5 kat semua no yang ada, aku pun cubalah topup pakai ATM BSN.

Memang bagus la BSN bagi topup ATM RM5, yang paling rendah dalam pasaran sebab aku pun kurang guna kredit hp aku ni. Lagi-lagi aku ni kan jenis penjimat (bukan kedekut ya!) dan menggunakan banyak no hp. Bukan nya dah expired date baru aku topup tp bila no hp aku nak dekat kena terminate baru aku topup. Huhu.. betapa kedekut.. eh! penjimatnya aku..

Hari ni aku cuba la login kat website MyBSN nak tengok gaji yang baru masuk. Aku tengok ada 3 kali charge perkhidmatan RM0.50 di kenakan. Check punya check, aku tengok RM0.50 tuh dikenakan selepas ada debit RM5 dibawah "BAYARAN BIL - PINDAHAN". Cis, kod itu adalah untuk topup RM5 aku tuh dan rupanya setiap kali topup di ATM, BSN mengenakan yuran perkhidmatan RM0.50. Punya la tak jujur dan aku rasa di tipu. Dalam iklan kat ATM BSN tu takde pulak dia kata ada fee charges. Dan dan je dia curik duit kita secara senyap.

Kompem la lepas ni aku takkan pakai perkhidmatan Topup pakai ATM BSN ni lagi.

Selasa, 26 Jun 2012

Anak Arnab 2nd Batch Tak Menjadi

Ini adalah pengalaman kali kedua aku menghasilkan batch anak untuk kali kedua.

Ikutkan dalam minggu ini dah bertimbun-timbun aku dapat anak arnab tapi yang mengecewakan aku, dari 7 ekor induk yang telah aku kahwinkan pada sebulan yang lepas, sekor anak pun tak dapat. Di mulakan dengan jangkaan tarikh beranak pada 17/June sehinggah 24/June, sehingga hari ini 27/June pagi masih tiada perkabaran yang dijangkakan.

Bermula dengan ibu pertama bunting palsu, di ikuti dengan ibu kedua dan ketiga. Semua nya mencabut bulu perut pada pertengahan tempoh bunting. Apabila tiba masa sebulan tiada pula anaknya. Dan bila di kahwinkan semula, semua induk mahu sahaja. Maknanya sebelum nmemang sah si jantan menembak kosong. Atau mungkin juga kesilapan dari aku sendiri.

  1. Jika di batch pertama sebelum ni aku cukup lengkap dengan segala catatan semasa aku mengahwinkan induk-induk tersebut tapi untuk kali ini, batch kedua, aku tiada membuat sebarang rekod di buku. Kalau ada pun aku hanya menampal memo kertas kecik di setiap reban. Pun begitu bila hujan lebat, habis hancur semua memo.
  2. Kali ini aku mengharapkan pada bapak jantan yang tinggal seekor sahaja. Sebelum ni si jantan sekor ni di bantu oleh Naib Penjantan Putih yang telah mati beberapa bulan lalu. Mungkin Jantan tunggal ni letih sebab ramai sangat aku kahwinkan so jumlah benih yang di hasilkan agak berkurang. Ikutkan jumlah induk yang paling afdal adalah 5 ekor bagi seekor jantan. Aku bagi 7 ekor. Mana tak terlayan.
  3. Mungkin juga pertengahan tahun bukan la musim untuk arnab beranak. Cuaca yang sentiasa panas membuatkan jantan kurang subur.
Maka untuk itu, aku telah menyediakan 7 ekor penjantan baru dari anak 1st batch yang 30ekor. Sekarang tinggal 8 ekor. Sekor lagi betina sudah pun aku buat test dengan mengahwinkan dengan bapak dan penjantan-penjantan yang baru naik.

Aku sudah pun mengahwinkan semula semua induk tapi aku tak menggunakan bapak jantan tuh terlalu kerap. Aku sudah hadkan 2 hari sekali je dia kawin. Tapi aku masih tidak merekodkan data. OK selepas ni aku rekodkan semula, dan buat anlysis.


Isnin, 25 Jun 2012

51st Blood Donotion

Inilah sijil terbaru yang aku dapat. Kali terakhir aku dapat sijil macam ni untuk kali ke 37. Dah banyak kali aku derma, so sijil ni dah tak da nilai untuk aku. Apa yang aku harapkan selepas ini ialah anugerah dari Blood Bank.

Jumaat, 15 Jun 2012

DIY Auto Water Tank

Water tank ni sama seperti water tank dalam rumah yang diletakkan di bawah bumbung. Tapi ni untuk saiz kecik je. Jika kat rumah water tank adalah untuk safety semasa air takde, tapi untuk DIY water tank ni, aku buat untuk mengelakkan masa aku terluang semasa mengisi air minuman secara manual.


Bahan-bahannya ialah;

1. Container 15L with top cover - cukup untuk saiz "level air auto" (Auto water level)
2. Level air auto
3. Inlet Connector
4. Outlet Nipple

Bahan lain seperti rubber washer dan seal tape yang digunakan  untuk mencegah air bocor di antara sambungan. Kabel tie pula untuk menyambungkan semula lengan bola yang dikerat sebab terlalu panjang. Hehe.

Buat tak sampai 1 jam dengan kos RM25. Sesuai untuk seberapa banyak reban arnab yang kita ada sebab benda ni auto. Level air drop je, automatik air masuk. So, nak order? RM35 seunit siap penghantaran sekitar Melaka...

Rabu, 13 Jun 2012

Merging to New Blog: RingVille Rabbit, Arnab Jasin di Melaka

Assalamulaikum...

Sebelum ni aku ada menukar nama blog personal aku ke blog arnab kan, tp aku ada berfikir sejenak. Aku rasa macam tak sesuai la pulak sebab blog personal tu ada gak aku cerita kan benda lain. So bila dah bercampur-campur, aku rasa tak sesuai kalau aku nak promosi pasal arnab tp aku suruh rujuk blog yang bercampur-campur.

Nama di blog personal aku yang akan di alihkan ke blog arnab

Then aku ingat aku nak tambah lagi satu blog yang cerita pasal hobi aku yang utama ini dengan lebih kepada perniagaan dan serius. Tidak ada campuran dengan hal yang lain. Hanya pasal arnab. Jadi dengan itu nama "RingVille Rabbit, Arnab Jasin di Melaka" yang ada di blog ini akan di pisah kan menjadi brandnya yang tersendiri. Lagipun kat Facebook aku dah wujudkan Webpage aku tersendiri dengan menggunakan nama "RingVille Rabbitary". Tapi kalau nak merapu-rapu pasal arnab aku tetap update kat blog personal aku.

Harap dengan wujudnya blog baru dan webpage ni, hobi aku akan berkembang lagi menjadi pendapatan sampingan. Mana la tau kalau-kalu suatu hari aku akan menjalankan perniagaan ini secara serius plak. Insya Allah. Doakan saja harapan dan kejayaan kami ya.

Ahad, 10 Jun 2012

Bunting Palsu

Sekarang induk-induk sedang sibuk mengambil feeling untuk beranak. Sibuk mengais-ngais membuat sarang. Kalau atas tanah, memang gerenti kaisan itu akan menjadi lubang yang amat dalam. Dan sesuailah habitat arnab yang sememangnya beranak dalam tanah.

Semalam aku tengok induk yang paling besar dalam jagaan aku yang berwarna perang sudah mencabut bulunya. Aku tengok tarikh due nya jauh lagi, lebih kurang lagi 2 minggu. Mengikut pengalaman dan pembacaan aku, ini di namakan bunting palsu di mana, induk yang sudah dikahwinkan menunjukkan ciri-ciri awal untuk beranak tetapi tak beranak disebabkan usia bunting yang belum genap 31hari. Orang kata arnab ni menggatallah. 


Induk yang menggatal cabut bulu sebelum tiba masanya.

Orang kata arnab ni tak bunting, dan patut di kahwinkan semula. Tapi pada aku, aku biarkan dulu sampai duenya, kalau tak beranak jugak baru aku kahwinkan. Kadang-kadang dalam keadaan macam ni arnab ada stress sikit. Yelah, yang lain dok mengais-ngais, maka dia sendiri pun terasa tempias untuk beranak walaupun dia tak bunting.

Sehingga takat ni, aku tengok semua induk sihat-sihat. Induk yang bunting, akan kurang makan sebab dok sibuk memikirkan dan sibuk nak buat sarang. Kita sebagai penjaga yang prihatin, kena la support induk-induk ni. Takkan tau nak untung je kan. Bagi la sediki sokongan moral kat induk-induk ni seperti membelai-belai supaya dorang tak stress. Di samping tuh kita bagila daun-daun kering ke dalam kotak didik dia untuk dia senang duduk dalam tuh. Tak payah la dia dok mengais-ngais besi BRC tu sampai tercabut.

Walaupun cuaca sekarang agak panas tapi semalam ada sedikit hujan. Hopefully tak hujan selalu sebab bila masa beranak nanti tak la anak-anak arnab ni kesejukan. Sampai sekarang aku tak dapat rasa apa-apa ketulan berupa bentuk anak arnab di perut induk-induk ni. Maybe awal lagi kot walaupun due yang terdekat lagi seminggu lagi.

Tak sabar rasanya nak menunggu masa yang akan tiba. Kalau dulu sekali turun nak dekat 20ekor dalam masa sebulan untuk 4 ekor induk yang beranak, kali ni aku target 30 ekor dengan pertambahan induk lagi 2 ekor. Jumlah semua 6 ekor. Lagi sekor yang last tak maw kawin aku dah biarkan dia ngan jantan selama sebulan. Miang nak kawin tak sampai-sampai, itu la yang aku akan buat. Lagi pun batch last.

Seminggu lagi, 16hb/June.. kita tunggu je, jadi ke tak.

Jumaat, 8 Jun 2012

Penukaran Nama Blog : RingVille Rabbit, Jasin Melaka

Disebabkan dah terlalu banyak aku cerita pasal arnab kat blog aku ni, so dengan rasminya blog aku ni akan ditukar nama dari "RINGVILLE, JUST-IN" ke "RingVille Rabbit, Jasin Melaka". Lagipun senang orang search kat blog nanti, terus keluar kata carian seperti "Rabbit Jasin" atau "Arnab Melaka". Aku tengok pun takde orang dari jasin yang mencebur bidang penternakan arnab secara kecil-kecilan apatah lagi secara kormersil dan serius.

Lepas ni aku kena buat logo untuk RingVille Rabbit ni. Doakan kejayaan aku.

Selamat tinggal nama lama

Hasil Terbaik Setakat Ini

Semenjak aku menerima 2 ekor jantan masing-masing baka Anggora dan Melakacute pada hujung tahun lepas, aku mula mendapat anak baka mix. Selepas 6 bulan inilah hasil yang terbaik setakat ni,


2 ekor anak betina ini yang berusia 4 bulan adalah hasil kacukkan Jantan Melaka cute dengan betina mixed Anggora. Sebelah kanan adalah dari ibu yang merupakan anak kepada ibu anak sebelah kanan. Maknanya ibu coklat ni adalah nenek kepada anak putih ni. Dan pangkat antara dorang berdua ni kira anak buah - makcik la. Buat pengetahuan Jantan Melaka cute ni dah mati 2 bulan lepas.

Persoalan di sini, agak-agak korang berapa harga baka mixed ni? hehe Kalau aku kata anggora pun org akan caya, sebab bulu anggora dorang ni sekali imbas tak melambangkan ciri-ciri mixed. Aku ingat aku nak simpan 2 ekor ni menjadi induk.

Dalam simpanan aku, adik-beradik coklat ada 4 ekor. Sekor dah aku jualkan RM40 tempoh hari tapi bulu dia tak la dominon anggora. Yang putih ni, adik beradiknya 7 ekor. 4 sudah di jual. Tinggal lagi 3. Lagi 2 ekor tak punya bulu anggora. Macam mixed anggora biasa-biasa je.

So inilah hasil pengacukan arnab dari pelbagai baka. Layan je la gambar dorang dua ekor ni.



Khamis, 7 Jun 2012

Mencabut Ubi Kayu

Ubi ni sudah setahun jugak aku tanam. Ikutkan kata otai Ubi biasanya akan matang pada usia 6-8 bulan. Takut gak aku bila aku dapat tahu ubi ni dah setahun. Takut tak boleh cabut disebabkan ubi sudah menjadi keras dan tertanam dalam tanah. So aku dengan rela hati, meluangkan masa untuk melakukan aktiviti mencabut ubi. Ini pun atas permintaan rakan-rakan aku kat ofis untuk membawa ubi aku ni untuk di rebus dan makan ramai-ramai.

~sambung nanti~

Menuai Kunyit

Beberapa minggu yang lepas (19/05/2012) aku telah menuai hasil tanaman aku iaitu kunyit yang telah di tanam lebih setahun yang lepas. Aku terpaksa menuai tanaman ni sebab kunyit ni dah tak boleh keluarkan daun lagi. Walaupun daun dah tak keluar, tp kunyit ni tetap hidup dengan percambahan ubi di bawah tanah. Tengok je la gambah kat bawah.

Susah jugak nak menyungkil dan menyiang kunyit yang dah berusia lebih setahun ni

Ikutkan ni kali kedua aku mencungkil kunyit. Kali pertama aku cungkil kunyit yang tumbuh kat dapur. Pun dah tak keluar daun sebab terlalu lama. Dan aku ada rumpun ketiga yang terakhir bersebelahan dengan rumpun kedua ni.

Dalam serumpun aku boleh dapat lebih sekilo kunyit. Tapi tak berapa laku untuk dijual sebab mak aku kata warna kunyit ni tak berapa merah. Kuning je. Mak aku kata kunyit aku ni kurang baja. Memang betul aku kurang membaja pokok kunyit ni bila dah sampai tahap satu masanya tiba.

Adalah 1.2kg untuk serumpun kunyit
Last-last aku bagi separuh kat mak aku. Sementara separuh lagi bersama-sama ibu kunyit dalam 3 ketul, aku bagi kat mak mertua aku. Mak aku kata ibu kunyit tuh sesuai untuk perempuan baru lepas bersalin. Caranya dengan merebus ibu kunyit dan meminum air rebusannya.

Pokok kunyit ni kalau di jaga dengan betul dan konsisten, hasilnya memang lumayan. Contohnya kat rumah kampung aku, keliling rumah bapak aku tanam dengan kunyit. Daunnya di bawa jual ke pasar di Jasin. Memang sentiasa ada permintaan. Maklum la, orang kata orang melaka ni kuat makan rendang. Rendang kalau takde daun kunyit memang tak sah!. Siap kunyit2nya sekali mak aku boleh jual. Kalau dah boleh jual, mesti kualitinya dah kira OK.

Masa aku jaga masalah yang aku hadapi adalah serangan ular beluncas berwarna hijau berkepala hitam. Aku tak tau ulat beluncas ni bila membesar jadi apa, tp mengikut maklumat yang bapak aku bagitau, ulat ni akan jadi kumbang tanduk. Ntah ye ke tak, aku pun menngiyakan jer. Bapak aku bagi petua, kalau ada ulat ni, sembur je pakai racun tanaman. Insya Allah hilang le.



OK. So tapak kunyit kat depan rumah tu dah kosong. Aku ada rancang nak tanam sesuatu tapi tak tau apa lagi sebab lokasinya teduh di bawah pokok mangga. Agak tak sesuai untuk tanaman yang memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. Takut aku tanam kang terbantut plak. So aku biarkan kosong dulu je la.

Rabu, 6 Jun 2012

Perancangan Menambah Sangkar

Selepas sedikit pemantauan, aku merancang nak manambahkan sangkar yang bersaiz 1' x 1' x 2' sahaja. Reban-reban ni sesuai untuk induk seekor. Walaupun kecil, bila induk dah beranak masih ok lagi sebab anak dalam takung didik, tp bila agak2 dah sebulan dan anak dah mula keluar dari takung, baru aku pindahkan ke reban yang besar.

Jika sebelum ni aku menempatkan induk dan anak berusia sebulan lebih ke reban yang besar 1.5x1.5x2 sehingga 2bulan iaitu tempoh cerai susu, tp kali ni aku merancang untuk menempatkan semua anak berusia 2 bulan lebih ke sebuah reban yang bakal aku bina. Panjang berapa tak tahu lagi tp ketinggaan dan lebar aku ku letak ikut standard 2' lebar x 1' tinggi. Ini semua berdasarkan pemerhatian aku dalam kes-kes sebelum ni.

Saiz 1.5x1.5x2 adalah terlalu tinggi kerana terdapat ruang yang luas bila arnab berada di bawah. Sampaikan aku boleh buat 2 tingkat untuk menampung kapasiti. Tp yang tak bagusnya bila aku buat 2 tingkat, arnab kat atas akan berak dan kena arnab di bawah. Untuk arnab yang berbulu pendek boleh lagi la.. tapi kalu jenis berbulu panjang (anggora), silap haribulan, bulu dia yang halus dan meremang tuh boleh jadik hancur luluh bila terkena bahan kumbahan dari arnab di atas.

Tengok je la contoh di bawah.

Reban 2 tingkat. Yang bawah tu bulunya hancus.

Reban setingkat. Penghuninya cantik-cantik tp ruang atas teramat luas
 So pas ni takde lagi reban 2 tingkat satu sangkar ye. Semua single storey je.

Takung Didik Arnab

Kali ni aku nak cerita pasal bekas arnab beranak atau lebih dikenali sebagai Takung Didik.

Malam tadi aku meluangkan masa untuk menambahkan takung didik lagi 2 bijik. Kali ni aku buat untuk sangkar yang bersaiz 1' x 1' x 2' bermakna memang takung didik ni kecik. Cukup-cukup untuk induk ni beranak. Tak boleh baring-baring dalam takung didik ni.

Seperti biasa bahan-bahan yang aku perlukan ialah, plywood, stapler-gun, dan kayu kecik selain gergaji untuk potong kayu dan plywood tu. Senang je buat benda ni, cuma kita perlu kreatif sikit. Kayu dan plywood tuh pun aku dapat dari kawasan perindustrian bukit rambai yang memang terkenal dengan industri pembuatan produk kayu kayan.

Sebelum ni aku ada 5 induk bermakna aku ada 5 takung didik; 1 saiz besar, 3 saiz sederhana dan 1 saiz kecil yang menjadi contoh untuk aku buat 2 yang baru. Aku tambah lagi 2 sebab induk aku dah bertambah lagi 1 dan 1 lagi sebagai backup sebab ada takung didik lama yang tak elok untuk digunakan lagi.
Bawah ni aku tunjukkan cara-cara aku yang kreatif dalam menghasilkan takung didik buatan sendiri.

1. Bahan-bahannya plywood lebar 5", kayu kecik lebar 1" dan gun stapler
2. Keratkan plywood sepanjang 11" x 3pcs, 8" x 2pcs dan kayu kecik panjang 2" x 4pcs
3. Staplerkan kayu kecik di hujung plywood x 4 penjuru
4. Staplerkan kayu kecik di plywood lagi satu untuk membentuk sudut
5. Teruskan stapler keempat penjuru hingga mewujudkan sebuah segi empat tepat
6. Terbalikkan dan tutup bawah dengan plywood @ kayu

7. Dah siap sebuah takung didik yang besaiz 11"x 8"x 5"
Aku dah siapkan 3 bijik. Semua dah dimasukkan kedalam sangkar. Nampaknya induk pun selesa duduk dalam takung ni.

3 takung didik baru yang dimasukkan kedalam reban masing-masing.
Terus induk-induk ni duduk dalam konon nak amik feeling nak beranak.
Takung didik ni elok di letakkan minggu ke 3 atau seminggu sebelum dia beranak untuk dia membiasakan lepak dalam takung ni. Lagi satu nak mengelakkan takung didik jahanam sebelum tiba masanya. Maklumla, induk bunting nak beranak memang kuat mengais dan menggigit. Tiap-tiap malam ada je bunyi dorang bertukang.

Promosi Hotlink Internet 500MB/30days for RM10

Pada hari isnin 4hb aku mendapat satu msg dari HotlinkGift;

Ekslusif utk anda!Dptkn RM9 kredit PERCUMA pd 11/6 apb tmbh nilai min satu RM30 dr 4-6/6. TIDAK SAH utk Share-A-TopUp atau Hot Tiket.(2539B4)

Aku buat dek je dengan HotlinkGift ni sebab biasa biasanya aku menunggu dia bagi lebih 50% extra kredit baru aku topup. Selalunya topup RM10 percuma RM5 atau topup RM10 percuma RM10. Tapi kali ni aku dapat lagi 1 msg apabila semalam sedang aku belek-belek hp yang mempunyai no Maxis yang jarang aku pakai ni, rupanya pada 5hb ada masuk 1 msg dari hotlink.

RM0.Exclusive:You've been selected for a one-time limited offer.Get 500MB/30days Mobile Internet Pass @RM10 (NP:RM38).Valid till 08/06. Dial *136*3#.T&C Apply.

Bermakna lagi sekali aku dapat promosi internet dari Hotlink. Pagi ni terus aku topup RM30 melalui maybank2u.com untuk memberikan laluan sebulan tempoh aktif ke atas promosi tersebut. Selepas aku dial *136*3# dan mengikut arahan yang tertera, RM10 telah di tolak.

RM0. Thank you. You have activated 30days 500MB Pass at RM10. Pass starts from 09:02 06-06-2012 & ends at 00:00 07-07-2012. Start sufing now!

Bermakna bukan itu saja. Kali ni aku dapat bonus berganda. Selain internet, aku juga akan dapat RM 9 pada 11/6 ni. Jimat memang jimat!. Bermakna juga aku hanya perlu membayar RM1 sahaja untuk promosi internet ini dengan percumanya RM9. Bijak tak?

Walaupun tempoh hari semasa promosi 1.5GB/30 hari yang berharga RM20 aku hampir habis pakai kuotanya, tp kali ni aku kena bijak memakai sebab 500MB je. Pada aku takde masalah, takat kontrol usage, aku memang boleh.

Terima kasih Hotlink. Dah lama tak pakai service percuma dari Hotlink ni. hehe

Jemputan High Tea Blood Bank


Semalam aku dapat surat dari Jabatan Patologi Melaka seperti yang tertera di chop yang ada di depan surat tersebut. Disebabkan adanya chop Patologi, pikiran aku terus teringat pasal kes arnab aku ngn Jabatan Haiwan. Adakah aku dapat surat warning dari Jabatan Haiwan?

Tapi bila aku tengok isi surat di dalam... jeng... jeng.. jeng...


Rupanya ada jemputan dari Jabatan Patologi, Hospital Melaka bersempena Hari Penderma Darah Sedunia 2012. Jika sebelum ni dorang buat sambutan tahunan secara Sukaneka di stadium atau di kawasan lapang, kali ni dorang but lain dari yang lain... iaitu mengadakan "Teh Tinggi" (Hi-Tea) di Bayview Hotel, Melaka. Paling gempak majlis ni juga di hadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Terus pagi ni aku telefon Blood Bank Melaka menanyakan kehadiran aku ke majlis tersebut. Tapi aku boleh datang sorang je la. Kena bawak surat ni jugak sebagai bukti aku di jemput.

Secara peribadi, sebagai penderma yang sudah menderma untuk kali ke 51, memang bagus la dorang buat acara mcm ni untuk para penderma yang bertungkus lumus menderma dengan ikhlas. Memang aku tak mengharapkan apa-apa. Dah nama pun penderma. Tapi kalau sekali-sekala di hargai memang rasa terharu gak.

Apa-apa pun memang menderma ni bagus untuk kesihatan. Dan aku menuju ke angka 100kali. Tak tau la bila nak sampai 100 kali tu. Maybe lagi 10 tahun lagi kot.