Alhamdulillah.. memang yang ku tunggu untuk batch kali ni beranak tapi tak sangka pulak induk lain yang beranak. Kesemuanya adalah induk baru yang masih dara dan beranak buat kali pertama. 2 ekor induk. Pertama si Loop Ear dan hari yang sama juga adalah arnab dara yang lahir pada 7 bulan yang lepas (31hb/Dec 2011).
Masa tempoh bunting, aku tengok si LE menunjukkan kaisan yang agresif tapi bila aku meraba di perut tiada apa-apa benjolan yang menunjukkan ada anak yang di kandung. Tup-tup sahaja si LE beranak dalam sangkar yang baru aku pindahkan. Nasib baik sangkar yang takde bocor. Itupun 3 ekor mati dari 5 ekor yang lahir dalam keadaan yang tak bersedia. Tak bersedia dia sini macam biasa lah, aku tak sediakan takung didik. Hasilnya 3 ekor yang mati, sekor sudah ada kesan separuh di gigit. Mungkin ibunya lapar. Memang betul sebab pada hari tersebut aku hanya memberi 1 kali makan sahaja. Lagi 2 ekor mati mungkin di sebabkan kesejukan atau dipijak. Ibu kali pertama beranak memang macam tu la. Ada sahaja yang mati. Jantan bagi anak LE ni adalah dari Jantan Utama si Anggora kelabu
Induk kedua beranak cuma seekor. Sama dalam keadaan tak bersedia. Aku perasan pun bila jantan yang sama ngan induk dara ni tengah dok bertengek, tiba-tiba ada sekor anak kat bawah badan induk dara ni. Kesian betul. Cepat-cepat aku alihkan ke sangkar yang baru lebih mesra. Dah 3 hari aku tengok masih hidup walaupun badan kurus kering. Jantan untuk anak ni aku tak pasti, tapi mungkin dari jantan-jantan muda yang telah aku kahwin kan. Hebat jugak, jantan-jantan ni baru dalam lingkungan 5-7bulan. So aku buat kesimpulan memang jantan-jantan muda yang ada sekarang ni dah boleh di buat baka bapak.
Dah dapat batch baru ni, aku terus dok repair sangkar bocor yang lain. Aku tak maw la induk lama yang lain beranak dlm keadaan tak bersedia. Tapi kali ni aku ada strategi terbaru. Aku dah ada banyak jantan muda. Jantan utama seekor, jantan muda 6 ekor. Induk pula dah bertambah menjadi 8. So aku bila aku dah repair semua sangkar, aku satukan setiap induk dengan jantan-jantan yang ada. Aku dah malas nak pindah-pindahkan betina untuk di kahwinkan sekejap kemudian di asingkan sebab strategi aku sebelum ni memang memakan banyak masa dan hasilnya pula agak mengecewakan.
Ini bermakna strategi kali ini adalah dengan membiarkan si jantan dan induk pada satu sangkar setiap masa dan boleh berkahwin pada bila-bila masa yang dorang suka. Aku pun tak payah nak pindah-pindah si induk. Yang aku tahu, bila induk beranak aku kena cepat-cepat alihkan anak dan induk tersebut dari si jantan. Dan setiap sangkar jantan-induk ni aku kena pastikan tiada kebocoran untuk mengelakkan anak jatuh ke bawah dan mati.
Harap-harap strategi aku kali ni menjadi. Jenuh tunggu-tunggu tak beranak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan