Rabu, 6 Mac 2013

Komen Sony Xperia J

Xperia J
 
 
Dan tak dan aku dah pakai Xperia J berwarna putih dibelakangnya yang berharga RM750 under original waranty Dynamic. Ikutkan dah lama aku usha Xperia J ni. Aku beli kat Jasin pada Isnin 4hb/Mar ketika mengusha Samsung Tab.
 
 
Kelebihan J berbanding Sola.
Yang paling aku minat adalah skrinnya bersaiz 4 inci dan bateri berkapasiti 1750mAh serta rekabentuk melengkung di belakang yang membuatkannya nampak nipis dan ergonomic. Berbanding Xperia Sola yang aku beli pada bulan Dec tahun lepas, sola mempunyai kapasiti bateri 1,320mAh dan skrin 3.7inci.
 
Kekurangan J berbanding Sola
Yang kurang untuk J adalah ia mempunyai single processor 1GHz tapi tak nampak beza sangat pun dengan prestasi dual core Sola 1GHz. Selain itu memori dalaman J mempunyai 2GB (dari 4GB) untuk pengguna sementara Sola mempunyai 5GB (dari 8GB). Persembahan video juga sedikit kurang mengancam berbanding Sola kerana J menggunakan VGA.
 
Selain itu J tidak menyokong USB host iaitu pendrive tidak boleh di baca berbanding Sola. tidak mempunyai bunyi 3D. Tapi kira Ok la dengan harga yang tak sampai RM800.
 
 
Dan yang paling penting Sola aku sudah improve. Di posting yang lepas aku ada mengutuk pasal display yang tak boleh on dan ada masa Sola aku hang je. Rupanya masalah ini telah dapat di atasi kerana aku menggunakan memori card micro SD 8GB yang rosak. Selepas aku menggantikan dngan 4GB micro SD atau 16GB, semuanya OK. Tersenyum lebar aku.
 
Aku sudah rekemenkan kat kawan pejabat aku, rata-rata meminati Xperia J yang memang berbaloi dengan harga dan rekabentuknya yang berkrin besar dan melengkung. Dan ada beberapa orang menyuruh aku membelikan untuk mereka. Caya lah...
 
Lepas ni aku target untuk mendapatkan Xperia yang kalis air dan debu iaitu Xperia V yang mempunyai skrin 4.3 inci, dual core 1.5Ghz, 13MP camera dan lain-lain hal yang lebih mengancam termasuk harganya sekitar RM1,500 yang tentunya bukan dalam budget aku. Tunggu je la harganya turun bawah RM1,000, pasti akan ku beli (ntah berapa lama la nak turun tu).
 
Xperia V