Rabu, 6 Mac 2013

Komen Sony Xperia J

Xperia J
 
 
Dan tak dan aku dah pakai Xperia J berwarna putih dibelakangnya yang berharga RM750 under original waranty Dynamic. Ikutkan dah lama aku usha Xperia J ni. Aku beli kat Jasin pada Isnin 4hb/Mar ketika mengusha Samsung Tab.
 
 
Kelebihan J berbanding Sola.
Yang paling aku minat adalah skrinnya bersaiz 4 inci dan bateri berkapasiti 1750mAh serta rekabentuk melengkung di belakang yang membuatkannya nampak nipis dan ergonomic. Berbanding Xperia Sola yang aku beli pada bulan Dec tahun lepas, sola mempunyai kapasiti bateri 1,320mAh dan skrin 3.7inci.
 
Kekurangan J berbanding Sola
Yang kurang untuk J adalah ia mempunyai single processor 1GHz tapi tak nampak beza sangat pun dengan prestasi dual core Sola 1GHz. Selain itu memori dalaman J mempunyai 2GB (dari 4GB) untuk pengguna sementara Sola mempunyai 5GB (dari 8GB). Persembahan video juga sedikit kurang mengancam berbanding Sola kerana J menggunakan VGA.
 
Selain itu J tidak menyokong USB host iaitu pendrive tidak boleh di baca berbanding Sola. tidak mempunyai bunyi 3D. Tapi kira Ok la dengan harga yang tak sampai RM800.
 
 
Dan yang paling penting Sola aku sudah improve. Di posting yang lepas aku ada mengutuk pasal display yang tak boleh on dan ada masa Sola aku hang je. Rupanya masalah ini telah dapat di atasi kerana aku menggunakan memori card micro SD 8GB yang rosak. Selepas aku menggantikan dngan 4GB micro SD atau 16GB, semuanya OK. Tersenyum lebar aku.
 
Aku sudah rekemenkan kat kawan pejabat aku, rata-rata meminati Xperia J yang memang berbaloi dengan harga dan rekabentuknya yang berkrin besar dan melengkung. Dan ada beberapa orang menyuruh aku membelikan untuk mereka. Caya lah...
 
Lepas ni aku target untuk mendapatkan Xperia yang kalis air dan debu iaitu Xperia V yang mempunyai skrin 4.3 inci, dual core 1.5Ghz, 13MP camera dan lain-lain hal yang lebih mengancam termasuk harganya sekitar RM1,500 yang tentunya bukan dalam budget aku. Tunggu je la harganya turun bawah RM1,000, pasti akan ku beli (ntah berapa lama la nak turun tu).
 
Xperia V
 

Selasa, 22 Januari 2013

Beli Rim Sukan 15 inci

Ikutkan dah lebih sepuluh tahun sejak aku mempunyai kereta sendiri, join pulak dengan kelab kereta, kena perli ngan rakan, aku tak jugak membeli rim sukan. Akhirnya aku beli jugak rim sukan yang pertama dalam hidup aku pada hari jumaat 18hb Jan lepas . Itupun rim sukan terpakai (2nd hand) kononnya untuk mengambil rasa memakai benda baru (terpakai).

Ianya bermula dengan cadangan untuk menghidupkan wira hitam aku yang dah tersadai lebih dari setahun. Dan pada hari jumaat tersebut, kebetulan aku ada hal lain yang membuatkan aku terpaksa mengambil cuti sekerat hati.


Kedai Kedua - Klebang.

Selepas sembahyang jumaat, aku terus ke kedai kedua, kedai pertama aku dah pergi semalam. Kedai kedua yang terletak di Klebang ini adalah cadangan dari salah seorang rakan CMMC. Dia selalu pergi ke kedai ini. Kata harga boleh tawar gila-gila. Tiba ke kedai, lengang, maklumlah orang baru lepas sembahyang jumaat. Tanya la rim 15 terpakai siap tayar. Tokey tunjuk la tempatnya. Tak banyak pilihan la pulak. Kalau ada pun rim Japan yang diletakkannya harga merepek sehingga RM 1,050 siap tanya. Bangang. Disarankan aku mengambil rim baru dalam harga RM900. Ah! Budget aku dalam RM500 je. Merepek la kalau aku amik RM900 baru. Borak sikit lebih kurang sambil tawar menawar harga rim baru RM900 ni yang tentunya dia takkan kurangkan, terus aku ke kedai seterusnya di Malim.


Kedai Ketiga - Malim

Kedai ni juga disarankan oleh rakan CMMC yang lain. Aku pernah pergi ke kedai ni untuk tukar tayar kereta isteri aku. Tokey dan anak buahnya mesra pelanggan. Terlalu mesra. Tiba kedai sama jugak macam kedai tadi, lengang. Keadaan ini membuatkan aku menjadi perhatian dari anak buahnya yang tak da kerja pada petang jumaat ni. Tiba-tiba tokey dia datang dengan pertanyaan. Aku terus jawab dengan bergurau, "mau tengok telo". Kah, kah kah.. aku tau tokey dan anak buahnya suka meraba alat sulit pelanggan yang boleh di ajak bergurau. Itu sebab aku jawab macam tu. Tapi tokey ni memang mempunyai skill berniaga yang calang-calang orang lain ada. Kata mati. Sport rim yang aku tanya di jawabnya dalam harga RM420. Terus aku minat tanpa berkata apa-apa. Puas aku bertanya harga yang lain, ditunjukkan jugak rim yang aku minat tu. Mungkin dia tau dari riak muka aku, terus ditarik nya aku ke store tayar di seberang kedai dia untuk memilih tayar terpakai seperti yang aku budgetkan.

Mula-mula dia tunjukkan tayar 90% bunga. Pergh! Harga pun boleh tahan, siap tayar dah jadi RM750. Aku cakap la terus terang, aku tak pernah pakai rim sukan. Aku beli ni pun saja suka-suka nak pakai. Dan aku nak gunakan kat wira aku yang dah lama tak gerak. Nak kena anta inspection lagi. Jadi harga jangan la bagi yang bukan-bukan. Dia tariknya tangan aku lagi sambil di selitkan di ketiaknya. Lagak budak-budak la tokey ni. Dia nak tunjuk tayar lain yang memang aku akan suka. Sambil dia tunjuk dia kata rim siap tayar RM680. Tanpa tunggu jawapan dari aku, dia angkut 2 biji tayar, dan lagi 2 bijik aku pulak yang angkat.

Pam, pum, pam, pum dia terus pasang tayar kat rim. Mulut aku pulak membebel je sebab tokey ni layan orang sampai tak boleh duduk. Belum setuju dah terus di pasangnya tayar dam rim. "Ini macam customer memang tak pergi tempat lain dah. Terus MATI datang sini". Tokey tu gelak ja.

 
So ini lah sport rim yang aku katakan.

Semalam aku dah pakai kan kat kereta wira isteri aku. Dah test bawak, memang lembut stereng nak pusing. Dan rasa tinggi pulak. Rim standard kat wira isteri aku akan di pindahkan ke kereta wira hitam aku. Kita tunggu gambarnya ya.
 
Ikutkan kalau aku tak sangkut kat kedai di malim ni aku nak pergi ke Kota Laksamana untuk survey kedai keeempat. Tapi apa nak buat, dah MATI kat sini. Siap tawar harga dan nut tambahan, total semua RM720. Tokey tu hutang aku cap rim yang masih bogel.

Sony Xperia Sola review yang tak OK



Ari ini dah genap sebulan aku pakai Xperia Sola aku yang dibeli pada 22nd Dec tahun lepas . Antara kelemahan ketara handphone aku ni (nak kutuk la ni),

Semasa pakai v2.3 (Gingerbread).
1. Wifi tak boleh connect, selalu ada error 491 yang bangang nak mampos. Puas aku search internet untuk selesaikan masalah ni, last-last error ni solve bila upgrade ke ICS. Antara punca, mungkin wifi line tak kuat menyebabkan v2.3 tak dapat terima data dengan baik, bila aku pakai direct broadband boleh pulak.

2. Tidak banyak free program dari Play Store berbanding ICS.

Selepas upgrade ke v4.0 (Ice Cream Sandwich)
1. Sola selalu hang, program tak stable sehingga menyebabkan aku terpaksa menekan butang power + vol up selama 10 sec untuk off kan handphone. Sola tidak mempunyai bateri yang mesra alam dimana pengguna tidak dapat mencabut baterinya untuk offkan handphone.

2. Bateri kurang power, dengan kapasiti 1,320mAH tak banyak yang kita boleh lakukan selama 4 jam menggunakan wifi dan melayari internet. Charger USB sentiasa kena standby.

3. Skrin selalu tak on bila butang power ditekan, kena tekan banyak kali sampai jari naik lebam baru skrin dah on. Itupun aku terpaksa membuat restart/on-off setiap kali aku bengang bila aku pakai handphone ni. Restart/on-off lagi laju dari menunggu skrin nak on.

4. Bila skrin tak on, maka bila dalam panggilan masuk, memang tak tau siapa yang telepon. Dah la butang angkat call takde (tak nampak), jadi terkial-kial la bila nak menjawab panggilan yang tentu nya tak boleh jawab bila skrin off. Bangang!


Antara sebab masalah ini berlaku, Sola dikeluarkan dengan version 2.3 Gingerbread. Ia tidak stabil bila di upgrade ke ICS. Mcm kereta baru tapi enjin lama la... So, kalau nak beli handphone tu lebih baik beli yang dah ada software yang terkini. Jgn nak mengatal-gatal upgrade version yang terlalu tinggi untuk handphone versi lama.

Secara keseluruhannya, pendapat aku tentang ICS memang OK bila ia kena pada gadgetnya.. boleh la aku amik Sola J lepas ni.. kekekeh.. 

Jumaat, 18 Januari 2013

Wira Tersadai Hampir 2 tahun

Ini la gambar-gambar kereta wira kesayangan aku yang tersadai hampir 2 tahun sejak April 2011. Parking pun kat belakang rumah tanpa berselindung apa-apa. Hari-hari kena hujan panas. Macam hidup segan mati tak mahu. Roadtex pun dah setahun mampos. Tapi boleh pulak hidup enjin nya bila aku start. Alhamdullilah. Aku dah tukar minyak hitam ngn filter nya. Bateri pun baru.
 
Lepas ni nak gi tukar tayar ngan sport rim 15. Pas tuh hantar kedai bikin apa yang patut, cantik mana yang perlu. Then hantar ke JPJ buat inspeksen. Oh ye.. insuran tak lupa untuk renew.

Baru lepas basuh
Memang nampak berkilat skit
Macam baru.. baru basuh la..
Tapi bonet dah naik kematu dek sinaran matahari.
 

Cuti Setengah Hari

Hari ni cuti setengah hari. Plan pertama ingin balik awal ke batu pahat menemani isteri kerana adik ipar bertunang pada esok hari. Tapi aku tengok lain pulak ceritanya. Bertalu-talu "Things To Do" pada cuti sekerat hari ni.

Jadi aku kena lah listkan "Things To Do" seperti biasa yang aku lakukan. Antara perancangan itu adalah;
 
  1. Keluar ofis pukul 1 tengahari terus ke Masjid MITC untuk solat Jumaat. Akan habis lebih kurang pada pukul 2:15ptg.
  2. KE CIMB Ayer Keroh untuk mengambil borang pendaftaran Akaun Semasa untuk bakal projek yang di lakukan dalam masa sebulan dua lagi.
  3. Ke SSM untuk menambah bidang kerja Syarikat CMMC Resources. Hari ini Jumaat, dah tentu ofis SSM bukak 2:45 petang. Tapi aku akan tunggu. Target usursan selama 1 jam iaitu sehingga 3:45ptg.
  4. Balik ke rumah dalam pukul 4:15ptg, ingatkan nak keluarkan ASB, tapi urusan ASB tutup pada pukul 4:00ptg, jadi aku kena pinjam dulu duit isteri. Antara sebab aku pinjam kerana aku nak beli soprt rim untuk kereta wira aku yang dah lama tersadai.
  5. Pergi kedai Insuran kereta pukul 4:30 ptg untuk menanyakan insuran kereta wira aku yang expired pada hari ini tetapi cukai jalan dah lama tamat tempoh sehingga wira hitam aku kena pergi ke Puspakom.
  6. 5:00ptg ke kedai tayar. Ini hanya plan sahaja sebab semalam aku ada tanya pasal rim kereta
  7. Pastuh balik ke rumah semula ntah pukul berapa la sampai. Nak melayan arnab makan lagi sebab kena tinggalkan 2 hari. Wahduh.
Tuptup, lewat jugak la aku balik ke kampung isteri aku. Huhu.

Sport Rim untuk Wira

Semalam aku ada pergi ke kedai kat Ayer Merbau menanyakan sport rim untuk kereta wira aku yang tersadai. Antara budget aku dalam RM500 dengan menyasarkan sport rim 2nd hand dan tayar 2nd hand. Antara sport rim yang murah adalah seperti berikut.
 
 

RIM 17


Rim 17. Tayar 50%. Harga RM780

Pandangan pada bunga tayar rim 17
Rim 17 2nd ni aku tengok memang cantik. Dah search kat Internet SA-70 ni buatan jepun. Harga rim baru RM950. Tapi kedai bagi RM780 siap tayar. Tawar punya tawar dia bagi RM750. Mungkin kalau jadi angkat, rim lama aku trade in dia akan bagi kurangkan ke RM700. Tapi yang masalahnya nasihat dari kawan-kawan ialah bila pakai rim 17;
  • Kereta rasa berat untuk dibawa. Lagi-lagi kereta wira 1.5 aku dah berusia nak dekat 20tahun (Dec 1993).
  • Bila bawak kena perlahan je sebab selalu kena elak lubang kat jalan untuk mengelakkan rim bengkok. Aku pulak jenis tak kisah je, nampak bonggol ke, lubang ke, aku hantam jer. Maybe kalau aku jadi angkat rim ni, aku kena ubah attitude aku ni.
  • Bila dah pasang kat wira, tayar belakang senang kena body mudguard lebih-lebih lagi jika bawa muatan penumpang belakang sebab saiz terlalu besar dan ruang kelegaan antara tayar dan body amatlah terhad. Aku pernah tengok member pakai bawak muatan 3 orang sampai berasap tayar kena body.
  •  
Bila aku pikir-pikir benda ni, pemikiran aku pergi ke Rim yang menjadi trend sekarang ni iaitu rim 15.


RIM 15
 


Rim 15 recon set. RM580
Kedai pun tanyala aku budget berapa. Aku kata dalam RM500. So dorang tunjukkan aku rim 15 ni. Harga RM580, recon set, dah cat semula. Aku belek-belek memang ada dented tapi dah repair. Barang pun 2nd hand. Di sebabkan masa dah terhad, mata aku tak tengok ke rim lain dah. Aku dok tawar2 dapat RM550 jer. Kedai cakap kalau nak murah, rim wira standard lama tuh di trade in dia bagi RM500. Yang ni tanpa tayar beb. Jadi aku kena tambah dalam RM120 untuk tayar 2nd 4 bijik yang ada bunga 75%!. Wow bunga banyak tuh. Kalau jadik total aku kena bayar RM620.
 
Aku tanya lagi ni brand apa, dah tak jumpa da brand apa sebab semua dia dah lay. Takde tanda-tanda brand yang timbul. Sudah.
 
 
KESIMPULAN 
 
Aku terus balik je, malas nak duduk lama kat situ, Aku tanya kalau jadi aku datang balik. Kedai cakap letak RM50 deposit kira jadik terus. Ah, kusut kepala aku terus chiow. Huhu. Kat rumah aku whatsapp kat CMMC tanya pendapat siap bagi gambo. Dorang bg pendapat macam kat atas la. Tapi dorang suka kalau design rim 17 tuh kena ke rim 15 yang menjadi trend kegilaan sekarang.
 
Dorang ada bagi cadangan untuk carikan aku, kena tunggu la. Tapi aku nak cepat sebab wira aku nak hantar ke puspakom! Dah takde masa lagi dah.
 
 
 

Rabu, 26 Disember 2012

Sony Xperia Miro, Sola & J

Itu hari aku ada buat entri pasal nak beli handphone baru berjenama SONY Xperia model Miro yang berbudget RM550.
 
Miro
 
Tup-tup dapat bonus 22hb/Dec itu hari aku jadi rambang mata kejap, terus aku sambar Xperia Sola yang aku anggap tambahan RM60 tuh kira OK untuk dapatkan skrin 3.7inci dan mempunyai BRAVIA Engine dan designnya lagi cantik berbanding Miro
 
 
Sola
 
 
Sekarang tak ku sangka ada model lagi baru yang berharga RM630 iaitu si J. Mempunyai tebal yang kurang 0.6mm berbanding Sola. Pakai ICS berbanding Sola yang masih di takuk lama (Gingerbread). Aku ingat masa dapat Sola dah di upgrade ke ICS, rupanya tidak. Wahduh! terkilan la pulak nak pakai ICS.
 
J
Dan mata aku memang tak lekang tengok si J yang masih berbudget RM600+. Design lagi OK berbanding Sola apatah lagi Miro. Maybe aku bagi kan ajelah si Sola ke isteri aku. Si J ni aku pakai sendiri. Tak puas hati ma! Nanti aku buat sendiri review pasal Sola yang baru pakai 3 hari ni. Banyak yang aku tak puas hati.