Semalam aku ada pergi ke kedai kat Ayer Merbau menanyakan sport rim untuk kereta wira aku yang tersadai. Antara budget aku dalam RM500 dengan menyasarkan sport rim 2nd hand dan tayar 2nd hand. Antara sport rim yang murah adalah seperti berikut.
RIM 17
Rim 17. Tayar 50%. Harga RM780 |
Rim 17 2nd ni aku tengok memang cantik. Dah search kat Internet SA-70 ni buatan jepun. Harga rim baru RM950. Tapi kedai bagi RM780 siap tayar. Tawar punya tawar dia bagi RM750. Mungkin kalau jadi angkat, rim lama aku trade in dia akan bagi kurangkan ke RM700. Tapi yang masalahnya nasihat dari kawan-kawan ialah bila pakai rim 17;
- Kereta rasa berat untuk dibawa. Lagi-lagi kereta wira 1.5 aku dah berusia nak dekat 20tahun (Dec 1993).
- Bila bawak kena perlahan je sebab selalu kena elak lubang kat jalan untuk mengelakkan rim bengkok. Aku pulak jenis tak kisah je, nampak bonggol ke, lubang ke, aku hantam jer. Maybe kalau aku jadi angkat rim ni, aku kena ubah attitude aku ni.
- Bila dah pasang kat wira, tayar belakang senang kena body mudguard lebih-lebih lagi jika bawa muatan penumpang belakang sebab saiz terlalu besar dan ruang kelegaan antara tayar dan body amatlah terhad. Aku pernah tengok member pakai bawak muatan 3 orang sampai berasap tayar kena body.
Bila aku pikir-pikir benda ni, pemikiran aku pergi ke Rim yang menjadi trend sekarang ni iaitu rim 15.
RIM 15
Kedai pun tanyala aku budget berapa. Aku kata dalam RM500. So dorang tunjukkan aku rim 15 ni. Harga RM580, recon set, dah cat semula. Aku belek-belek memang ada dented tapi dah repair. Barang pun 2nd hand. Di sebabkan masa dah terhad, mata aku tak tengok ke rim lain dah. Aku dok tawar2 dapat RM550 jer. Kedai cakap kalau nak murah, rim wira standard lama tuh di trade in dia bagi RM500. Yang ni tanpa tayar beb. Jadi aku kena tambah dalam RM120 untuk tayar 2nd 4 bijik yang ada bunga 75%!. Wow bunga banyak tuh. Kalau jadik total aku kena bayar RM620.
Aku tanya lagi ni brand apa, dah tak jumpa da brand apa sebab semua dia dah lay. Takde tanda-tanda brand yang timbul. Sudah.
KESIMPULAN
Aku terus balik je, malas nak duduk lama kat situ, Aku tanya kalau jadi aku datang balik. Kedai cakap letak RM50 deposit kira jadik terus. Ah, kusut kepala aku terus chiow. Huhu. Kat rumah aku whatsapp kat CMMC tanya pendapat siap bagi gambo. Dorang bg pendapat macam kat atas la. Tapi dorang suka kalau design rim 17 tuh kena ke rim 15 yang menjadi trend kegilaan sekarang.
Dorang ada bagi cadangan untuk carikan aku, kena tunggu la. Tapi aku nak cepat sebab wira aku nak hantar ke puspakom! Dah takde masa lagi dah.
kalu nk pakai xtanya org bro..tepuk dada Tanya selera..aq guna rim17 dah 15 thn dah 4 biji kete aq pakai k je..
BalasPadamAlat ape nk psg kt kete bg mengelak kna mudguard
Padamterima kasih atas komen.. lain orang lain ragam dan selera.. pada saya tepuk poket tanya diri adakah keperluan atau kehendak?
BalasPadamwahh..kedai kat mane ea..??
BalasPadamnak g survey..sb sy hendak cari rim 15 jga tok kete sy ni..hehe
murah tu 620 hehe
saya pon tgh cri gak ni utk saga flx saya....195 50/15
BalasPadamarea pantai klebang melaka dik.. depan petronas seberang jalan.
BalasPadamBukan at sebelah petronas ke bro?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSitu murah ke malim ngn teman merdeka pun ok
BalasPadam17 kalo tayar 205 45 17 xsangkut
BalasPadam