Jumaat, 18 Januari 2013

Cuti Setengah Hari

Hari ni cuti setengah hari. Plan pertama ingin balik awal ke batu pahat menemani isteri kerana adik ipar bertunang pada esok hari. Tapi aku tengok lain pulak ceritanya. Bertalu-talu "Things To Do" pada cuti sekerat hari ni.

Jadi aku kena lah listkan "Things To Do" seperti biasa yang aku lakukan. Antara perancangan itu adalah;
 
  1. Keluar ofis pukul 1 tengahari terus ke Masjid MITC untuk solat Jumaat. Akan habis lebih kurang pada pukul 2:15ptg.
  2. KE CIMB Ayer Keroh untuk mengambil borang pendaftaran Akaun Semasa untuk bakal projek yang di lakukan dalam masa sebulan dua lagi.
  3. Ke SSM untuk menambah bidang kerja Syarikat CMMC Resources. Hari ini Jumaat, dah tentu ofis SSM bukak 2:45 petang. Tapi aku akan tunggu. Target usursan selama 1 jam iaitu sehingga 3:45ptg.
  4. Balik ke rumah dalam pukul 4:15ptg, ingatkan nak keluarkan ASB, tapi urusan ASB tutup pada pukul 4:00ptg, jadi aku kena pinjam dulu duit isteri. Antara sebab aku pinjam kerana aku nak beli soprt rim untuk kereta wira aku yang dah lama tersadai.
  5. Pergi kedai Insuran kereta pukul 4:30 ptg untuk menanyakan insuran kereta wira aku yang expired pada hari ini tetapi cukai jalan dah lama tamat tempoh sehingga wira hitam aku kena pergi ke Puspakom.
  6. 5:00ptg ke kedai tayar. Ini hanya plan sahaja sebab semalam aku ada tanya pasal rim kereta
  7. Pastuh balik ke rumah semula ntah pukul berapa la sampai. Nak melayan arnab makan lagi sebab kena tinggalkan 2 hari. Wahduh.
Tuptup, lewat jugak la aku balik ke kampung isteri aku. Huhu.

1 ulasan: