Selasa, 22 Januari 2013

Beli Rim Sukan 15 inci

Ikutkan dah lebih sepuluh tahun sejak aku mempunyai kereta sendiri, join pulak dengan kelab kereta, kena perli ngan rakan, aku tak jugak membeli rim sukan. Akhirnya aku beli jugak rim sukan yang pertama dalam hidup aku pada hari jumaat 18hb Jan lepas . Itupun rim sukan terpakai (2nd hand) kononnya untuk mengambil rasa memakai benda baru (terpakai).

Ianya bermula dengan cadangan untuk menghidupkan wira hitam aku yang dah tersadai lebih dari setahun. Dan pada hari jumaat tersebut, kebetulan aku ada hal lain yang membuatkan aku terpaksa mengambil cuti sekerat hati.


Kedai Kedua - Klebang.

Selepas sembahyang jumaat, aku terus ke kedai kedua, kedai pertama aku dah pergi semalam. Kedai kedua yang terletak di Klebang ini adalah cadangan dari salah seorang rakan CMMC. Dia selalu pergi ke kedai ini. Kata harga boleh tawar gila-gila. Tiba ke kedai, lengang, maklumlah orang baru lepas sembahyang jumaat. Tanya la rim 15 terpakai siap tayar. Tokey tunjuk la tempatnya. Tak banyak pilihan la pulak. Kalau ada pun rim Japan yang diletakkannya harga merepek sehingga RM 1,050 siap tanya. Bangang. Disarankan aku mengambil rim baru dalam harga RM900. Ah! Budget aku dalam RM500 je. Merepek la kalau aku amik RM900 baru. Borak sikit lebih kurang sambil tawar menawar harga rim baru RM900 ni yang tentunya dia takkan kurangkan, terus aku ke kedai seterusnya di Malim.


Kedai Ketiga - Malim

Kedai ni juga disarankan oleh rakan CMMC yang lain. Aku pernah pergi ke kedai ni untuk tukar tayar kereta isteri aku. Tokey dan anak buahnya mesra pelanggan. Terlalu mesra. Tiba kedai sama jugak macam kedai tadi, lengang. Keadaan ini membuatkan aku menjadi perhatian dari anak buahnya yang tak da kerja pada petang jumaat ni. Tiba-tiba tokey dia datang dengan pertanyaan. Aku terus jawab dengan bergurau, "mau tengok telo". Kah, kah kah.. aku tau tokey dan anak buahnya suka meraba alat sulit pelanggan yang boleh di ajak bergurau. Itu sebab aku jawab macam tu. Tapi tokey ni memang mempunyai skill berniaga yang calang-calang orang lain ada. Kata mati. Sport rim yang aku tanya di jawabnya dalam harga RM420. Terus aku minat tanpa berkata apa-apa. Puas aku bertanya harga yang lain, ditunjukkan jugak rim yang aku minat tu. Mungkin dia tau dari riak muka aku, terus ditarik nya aku ke store tayar di seberang kedai dia untuk memilih tayar terpakai seperti yang aku budgetkan.

Mula-mula dia tunjukkan tayar 90% bunga. Pergh! Harga pun boleh tahan, siap tayar dah jadi RM750. Aku cakap la terus terang, aku tak pernah pakai rim sukan. Aku beli ni pun saja suka-suka nak pakai. Dan aku nak gunakan kat wira aku yang dah lama tak gerak. Nak kena anta inspection lagi. Jadi harga jangan la bagi yang bukan-bukan. Dia tariknya tangan aku lagi sambil di selitkan di ketiaknya. Lagak budak-budak la tokey ni. Dia nak tunjuk tayar lain yang memang aku akan suka. Sambil dia tunjuk dia kata rim siap tayar RM680. Tanpa tunggu jawapan dari aku, dia angkut 2 biji tayar, dan lagi 2 bijik aku pulak yang angkat.

Pam, pum, pam, pum dia terus pasang tayar kat rim. Mulut aku pulak membebel je sebab tokey ni layan orang sampai tak boleh duduk. Belum setuju dah terus di pasangnya tayar dam rim. "Ini macam customer memang tak pergi tempat lain dah. Terus MATI datang sini". Tokey tu gelak ja.

 
So ini lah sport rim yang aku katakan.

Semalam aku dah pakai kan kat kereta wira isteri aku. Dah test bawak, memang lembut stereng nak pusing. Dan rasa tinggi pulak. Rim standard kat wira isteri aku akan di pindahkan ke kereta wira hitam aku. Kita tunggu gambarnya ya.
 
Ikutkan kalau aku tak sangkut kat kedai di malim ni aku nak pergi ke Kota Laksamana untuk survey kedai keeempat. Tapi apa nak buat, dah MATI kat sini. Siap tawar harga dan nut tambahan, total semua RM720. Tokey tu hutang aku cap rim yang masih bogel.

6 ulasan:

  1. kalau rim baru n tayar baru bleh dpt berapa ye kat kedai2 mcm nih???

    BalasPadam
  2. maaf.. saya tak pernah pakai barang baru jika ianya di kategorikan sebagai kehendak..

    BalasPadam
  3. Apa name kedai kat Malim ni? Alamat ada? TQ

    BalasPadam
  4. salam bro, kedai dia kat mana eh?

    BalasPadam
  5. salam bro, kedai dia kat mana eh?

    BalasPadam
  6. Salam bro..kedai ni malim tu dkt mna? Nma kedai ape?

    BalasPadam