Alhamdulillah, tiada apa yang aku boleh katakan. Pada 22hb/July yang lepas genapla usia 10 tahun aku bekerja di tempat sekarang. Dari seorang yang berjawatan Technichian, sekarang aku sudah bergelar Senior Officer. Dalam Bahasa Melayu nya seorang "Pegawai Kanan" lah. (Best gak nama ni.) Ikutkan sejarah sudah 4 kali di naikkan pangkat dan 1 kali bertukar jawatan (2005). Dari basic bawah RM1K sekarang sudah lebih (sedikit) RM2K.
Technichian (2002) > Senior Technichian (2003) > Dept Assistant (2005) > Assistant Officer (2007) > Officer (2009) > Senior Officer (2012)
Ikutkan gaji RM2K itu adalah kecil berbanding perkhidmatan yang telah diberikan kepada syarikat. Tapi aku bersyukur kerana gaji ini jugalah aku menjana harta dan mendapat rezeki. Aku gunakan gaji yang aku dapat untuk mendirikan rumah tangga, berhutang dengan bank, beli makan pakai.
Banyak yang aku tempuhi dalam tempoh bekerja ni. Salah satu pengalaman yang paling dihargai ialah bagaimana kita mengawal dan memisahkan perasaan antara kerja dan peribadi. Terima Kasih kepada boss dan rakan-rakan di atas sokongan moral dan peribadi. Jasa kalian memang aku tak dapat lupakan. Memang sesekali dorang ni memang suka menyakitkan hati aku dalam bidang pekerjaan, tapi apa nak buat, dah tempat cari makan kena la kita hadapinya sebaik yang mungkin.
10 tahun dahulu syarikat ini di perkenalkan oleh beberapa rakan kerja yang telah sama-sama diberhentikan kerja dan sama-sama juga mengambil kursus yang di tawarkan oleh pihak kerajaan. Asalnya ada 4 orang yang 2 minggu awal bekerja dahulu. 2 minggu kemudian baru aku masuk. Kemudian seorang demi seorang meninggalkan syarikat membawa haluan masing-masing yang lebih baik di luar sana. Aku masuk bekerja pun guna SPM dan sedikit pengalaman. Itu yang boleh terus dapat title Technichian.
Awalnya kerja di bahagian pengeluaran (production) yang agak selesa sebab bekerja dengan orang-orang lama yang tak lokek ilmu. Tapi selepas 5 bulan bekerja, atas kepercayaan orang atasan aku di tukar ke bidang yang lebih kepada pejabat. Itu bidang Perancangan (Planning). Maka bermula la aku dengan bidang yang bermain dengan nombor. Hari-hari terdapat tekanan yang tak di duga. Hari-hari kena meeting dengan orang berkaitan untuk merancang itu dan ini. Ada masa aku hampir kecundang dek tekanan kerja dan sampai satu tahap dah terset kat minda aku untuk berhenti kerja jika aku ada peluang lain.
Hari demi hari, bulan berganti tahun, sampai la aku dapat membiasakan dengan kerja harian. Aku bertambah baik dan bertambah selesa dengan tempat dan jawatan sekarang ni. Tapi bak orang kata, keperluan manusia sentiasa bertambah. Kalau ikut Teori Messlow of Need, sekarang ni aku di tahap "pengiktirafan" dengan kerja yang aku lakukan. Bukan lagi boleh di kaburkan dengan wang ringgit.
Maka, bermula mind set yang baru kepala aku ni untuk bekerja sendiri. Insya Allah, aku akan berhenti kerja jika "seru" dah tiba. Pengetahuan dah ada, modal dah ada. Gerak hati sahaja yang belum kuat. Tunggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan