Assalamualaikum,
Buat kali kedua dalam tahun ni aku hilang handphone. Kali ni C5-03. Hilang semasa kenduri akikah anak aku kat Parit Sulong pada Sabtu 7hb/July. 2 bulan yang lepas aku ada hilang sebijik handphone C2-03. Sedeh woo.... nak dekat RM500 dah aku lost!
Then hari isnin aku pegi terus usha handphone baru. Tup tup aku terus beli Sony Ericsson pertama aku. Tapi biasa la.. standard aku barang 2nd hand. Aku pilih Model Xperia X10 Mini kerana harganya RM260. Dengar cerita pun barang ni baru pakai 2 minggu. Harga asal RM400. Dan ia menggunakan Android OS yang aku baru berjinak-jinak sekarang ni.
So far aku pakai sudah 2 hari OK la dengan harganya. Yang tak OK charger USB nya tak constant. Kena cucuk kuat2 sket baru charge masuk. Pas ni, handphone Android je la yang menjadi kegilaan aku. huhu..
Akhirnya berubah jugak pendirian aku menggunakan handphone lain selain nokia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan