Selepas aku membeli PC tablet di PC EXPO tempoh hari 29hb/June, aku menuju lah ke jalan keluar Expo. Macam biasa, kat jalan keluar ni penuh dengan promosi tarik menarik pelanggan. Yang menjadi keawajipan adalah supplier dari broadband dan promoter Bank yang menawarkan kad kredit dengan bermacam-macam faedah.
Selalunya aku tak layan dengan kerenah dorang ni. Tp kali ni ntah macam mana, aku boleh berhenti jugak kat seorang promoter dari RHB Bank. Kononnya saja nak melayan dorang. Dengar ceritanya promoter ni datang dari jauh, JB. Umur 19 tahun baru nak berjinak-jinak dengan marketing. Agak-agaklah dorang ni buat promosi, macam la melaka ni takde RHB Bank. OD aku pun buat kat RHB.
Borak punya borak sampai la nak dekat 1 jam. Sampai aku yang tak pernah ada kad kredit ni pun termakan jugak dengan pujuk rayu promoter muda ni. Pasal muka dia jujur la aku rela hati memberi segala maklumat untuk memohon kad kredit ni. Dipendekkan cerita aku pun blah dari situ selepas mendapat sekaki payung dan sebiji mug ada logo RHB. Free gift la tuh.
Semggu lepas tuh aku dapat panggilan dari satu nombor tak dikenali tapi dari local line Johor. Aku angkat telefon tuh rupanya dari mamat promoter ni la. Dia kata application aku tak dapat go through process pemohonan disebabkan EPF statement aku yang nampak pelik. Dia pun dapat agak apa yang pelik kat EPF statement tu. Ia disebabkan basic gaji aku ada penyelerasan yang memberikan sedikit kenaikan dia antara dua bulan. So officer yang nak meluluskan pemohonan aku ni tak dapat nak lepaskan. So promoter ni suh aku faxkan slip gaji aku.
Ikutkan aku tak payah bagi sebab dia dapat EPF statement tuh terus dari kiosk EPF. Bukan aku yang printkan statement tuh, mamat tu sendiri yang ambil statement tu keluar dari kiosk. Tapi apa nak buat, orang lain dah tak percaya. Lagipun aku tengok mamat tuh memang hati ikhlas. Muka kesian. So aku bagitau kat dia yang aku akan bagi dia salinan payslip pada keesokkan hari nya.
Esoknya aku bawa payslip aku, tapi aku lupa nak bawak handphone aku. Dalam hati aku, mesti berlambak miskol dari mamat tuh kat handphone yang tertinggal kat rumah. Memang betul pun. 3 kali miskol. Esoknya lagi aku tunggu mamat tuh telefon. Senyap.
Dan semalam 24hb/July, aku dapat surat dari RHB KL mengatakan pemohonan kad kredit aku tak diluluskan untuk sementara waktu. Alhamdulillah. At least aku tak menambahkan hutang bulanan aku. Dan memang dari awal aku tak mahu kad kredit. Dan yang untungnya, aku dapat payung dan mug percuma. Hehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan