Water tank ni sama seperti water tank dalam rumah yang diletakkan di bawah bumbung. Tapi ni untuk saiz kecik je. Jika kat rumah water tank adalah untuk safety semasa air takde, tapi untuk DIY water tank ni, aku buat untuk mengelakkan masa aku terluang semasa mengisi air minuman secara manual.
Bahan-bahannya ialah;
1. Container 15L with top cover - cukup untuk saiz "level air auto" (Auto water level)
2. Level air auto
3. Inlet Connector
4. Outlet Nipple
Bahan lain seperti rubber washer dan seal tape yang digunakan untuk mencegah air bocor di antara sambungan. Kabel tie pula untuk menyambungkan semula lengan bola yang dikerat sebab terlalu panjang. Hehe.
Buat tak sampai 1 jam dengan kos RM25. Sesuai untuk seberapa banyak reban arnab yang kita ada sebab benda ni auto. Level air drop je, automatik air masuk. So, nak order? RM35 seunit siap penghantaran sekitar Melaka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan