Beberapa minggu yang lepas (19/05/2012) aku telah menuai hasil tanaman aku iaitu kunyit yang telah di tanam lebih setahun yang lepas. Aku terpaksa menuai tanaman ni sebab kunyit ni dah tak boleh keluarkan daun lagi. Walaupun daun dah tak keluar, tp kunyit ni tetap hidup dengan percambahan ubi di bawah tanah. Tengok je la gambah kat bawah.
Susah jugak nak menyungkil dan menyiang kunyit yang dah berusia lebih setahun ni |
Ikutkan ni kali kedua aku mencungkil kunyit. Kali pertama aku cungkil kunyit yang tumbuh kat dapur. Pun dah tak keluar daun sebab terlalu lama. Dan aku ada rumpun ketiga yang terakhir bersebelahan dengan rumpun kedua ni.
Dalam serumpun aku boleh dapat lebih sekilo kunyit. Tapi tak berapa laku untuk dijual sebab mak aku kata warna kunyit ni tak berapa merah. Kuning je. Mak aku kata kunyit aku ni kurang baja. Memang betul aku kurang membaja pokok kunyit ni bila dah sampai tahap satu masanya tiba.
Adalah 1.2kg untuk serumpun kunyit |
Last-last aku bagi separuh kat mak aku. Sementara separuh lagi bersama-sama ibu kunyit dalam 3 ketul, aku bagi kat mak mertua aku. Mak aku kata ibu kunyit tuh sesuai untuk perempuan baru lepas bersalin. Caranya dengan merebus ibu kunyit dan meminum air rebusannya.
Pokok kunyit ni kalau di jaga dengan betul dan konsisten, hasilnya memang lumayan. Contohnya kat rumah kampung aku, keliling rumah bapak aku tanam dengan kunyit. Daunnya di bawa jual ke pasar di Jasin. Memang sentiasa ada permintaan. Maklum la, orang kata orang melaka ni kuat makan rendang. Rendang kalau takde daun kunyit memang tak sah!. Siap kunyit2nya sekali mak aku boleh jual. Kalau dah boleh jual, mesti kualitinya dah kira OK.
Masa aku jaga masalah yang aku hadapi adalah serangan ular beluncas berwarna hijau berkepala hitam. Aku tak tau ulat beluncas ni bila membesar jadi apa, tp mengikut maklumat yang bapak aku bagitau, ulat ni akan jadi kumbang tanduk. Ntah ye ke tak, aku pun menngiyakan jer. Bapak aku bagi petua, kalau ada ulat ni, sembur je pakai racun tanaman. Insya Allah hilang le.
OK. So tapak kunyit kat depan rumah tu dah kosong. Aku ada rancang nak tanam sesuatu tapi tak tau apa lagi sebab lokasinya teduh di bawah pokok mangga. Agak tak sesuai untuk tanaman yang memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. Takut aku tanam kang terbantut plak. So aku biarkan kosong dulu je la.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan