Selalunya bila aku takde cash, kredit hp low dan lalu kat ATM, aku akan direct topup kat ATM je. Setiap kali aku topup adalah RM10 dan aku akan gunakan samada Maybank atau RHB. Tapi bila aku dapat tahu je BSN ada buat Topup ATM RM5 kat semua no yang ada, aku pun cubalah topup pakai ATM BSN.
Memang bagus la BSN bagi topup ATM RM5, yang paling rendah dalam pasaran sebab aku pun kurang guna kredit hp aku ni. Lagi-lagi aku ni kan jenis penjimat (bukan kedekut ya!) dan menggunakan banyak no hp. Bukan nya dah expired date baru aku topup tp bila no hp aku nak dekat kena terminate baru aku topup. Huhu.. betapa kedekut.. eh! penjimatnya aku..
Hari ni aku cuba la login kat website MyBSN nak tengok gaji yang baru masuk. Aku tengok ada 3 kali charge perkhidmatan RM0.50 di kenakan. Check punya check, aku tengok RM0.50 tuh dikenakan selepas ada debit RM5 dibawah "BAYARAN BIL - PINDAHAN". Cis, kod itu adalah untuk topup RM5 aku tuh dan rupanya setiap kali topup di ATM, BSN mengenakan yuran perkhidmatan RM0.50. Punya la tak jujur dan aku rasa di tipu. Dalam iklan kat ATM BSN tu takde pulak dia kata ada fee charges. Dan dan je dia curik duit kita secara senyap.
Kompem la lepas ni aku takkan pakai perkhidmatan Topup pakai ATM BSN ni lagi.
Kompem la lepas ni aku takkan pakai perkhidmatan Topup pakai ATM BSN ni lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan