Rupanya dorang berminat dengan wira buruk yang aku parking kan kat belakang rumah aku. Dia bagitau sudah lama dia tengok kereta tu ada kat situ. Memang dah lama pun kat situ. Adalah dalam setahun. Dia cuba jugak nak menanyakan tentang kereta itu pada hari lain tapi tak berkesempatan disebabkan tuan rumah selalu takde. So pada hari semalam baru dia sempat berjumpa dan menanyakan tentang kereta itu. Jadi nak cerita banyak, budak ni ajak la aku g kelakang kasi tengok itu kereta. Aku amik kunci, hidup kan la kereta tu. Punya la susah hidup, yelah nak dekat setahun aku tak hidupkan. Tp dalam masa seminit, sudah hidup. Enjin running senyap lagi tu.
Ni lah gambar kereta aku.
Gambar ni di ambil pada Feb, 2011. Pada masa ni bumbung dan bonet baru sahaja di cat semula. Tu yang nampak cantik |
Kalau aku dah takde hati nak jual, maka aku pun bukak la cerita buruk pasal kereta ni. Pernah dapat major excident pada tahun 1999 di bahagian depan. Lantai bonet tempat letak tayar spare dah karat dan bocor. Disebabkan keter ni lowered, bawah kereta memang teruk. Selalu bergesel ngan bumper. Bahagian arial radio aku dah tampal, cassette player da takde.
Macha tuh tanya aku berapa aku nak jual. Aku cakap aku tak mo jual. Pastuh dia tengok-tengok dan belek-belek la keter tu. Pastuh dia tanya lagi. Aku tau ramai orang yang tanya pasal kereta ni, dan kebanyakannya dari kaum india. Pas tuh dia tanya lagi, "kalau abang jual berapa abng mau bukak? Aku pun main bukak je harga. RM8,000. Macha tuh senyap sekejap, "takda kurang lagi ka?" Aku cakap tunggu la orang lain tanya lagi, kalau ada orang follow harga aku ni, aku let go je la. Ni pun kira ok aku dah bukak harga, kalau orang lain sebelum ni, jgn harap la aku layan.
Pastuh datang lagi sorang budak india. Dorang bertiga pun borak-borak dalam bahasa tamil yang tentunya aku tak paham. Pastuh mahrib pun menjelma. Macha tuh pun mintak diri. Mungkin dia tengah congak-congak lagi sama ada berbaloi tak habiskan RM8,000 untuk wira sedan aku ni.
Untuk pengetahuan, tahun lepas sebelum aku cat kereta ni, aku ada hantar bengkel untuk tukar shaft stering aku yang bocor pada masa tuh. Ntah macam mana aku ade saja-saja bukak harga RM5,000 kat tokei bengkel tu. Tokei tuh pulak peramah, habis di canangnya kat orang lain. Pastu, 4-5 orang datang bengkel dia tengok kereta aku. Aku yang bergurau time tuh sudah jadi cuak. Hati aku dah berbelah bagi.
Nak ikutkan cerita masa tiba aku rumah baru decide takmo jual keter aku. Aku nak hold. Mungkin harga RM5,000 tuh terlalu rendah untuk keter aku. Ya! memang betul. Pada hari yang sama ada orang telefon aku menanyakan kereta aku masih nak jual lagi tak. Aku terus kata aku nak hold dulu.
Hold punya hold sampai la sekarang dah setahun lebih. Kehx3..
Mak aku pun dah bising-bising, dia kata kalau dah ada orang nak tu, pegi jual je la sementara ada harga lagi. Lagipun sekarang aku dah beli Kancil 2nd. Sampai 3 biji keter kat rumah aku nak buat ape kan? Aku pun terkebil-kebil. Ntah sampai bila aku nak hold keter wira aku ni pun aku tak tau.. huhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan