30hb April ni aku bakal mendapat gaji baru. Gaji baru ni maksudnya gaji pokok aku dah tak sama dengan bulan-bulan sebelum ni. Yang bagusnya, dengar cerita gaji aku telah di kemaskini berdasarkan pasaran masa sekarang. Yeke? Adakah suara aku di dengar untuk sekian lamanya? Jika tahun-tahun sebelum ni suara aku di ibarat angin lalu jer. Yang di janjikan hanyalah naik pangkat, naik pangkat. dengan gaji ciput, kali ni betul ke?
Aku pernah cerita pasal azam 2012 aku kan pada entry sebelum ni. Salah satu azam tersebut ialah BERHENTI KERJA. Ada banyak faktor-faktor yang mempengaruhi azam ni. Antaranya;
1. Sebagai salah satu motivasi ke atas diri aku sendiri. Yelah, kalau takde satu batasan atau cut off, sampai bila aku nak berada di takuk lama? Bila azam ni aku cipta, secara automatiknya aku akan bertindak sendiri untuk pergi ke arah yang lain. Bukan lagi ke arah kerja makan gaji. Memang betul, aku mula mencari benda-benda yang boleh membuatkan aku balik ke kampung dan juga aktiviti-akiviti yang bakal aku lakukan kat kampung nanti.
2. Dengan syarat, jika gaji baru ini tidak melebihi target yang aku tetapkan, secara automatiknya, dari bulan 5 ke bulan 7 pada tahun ini aku akan berhenti kerja dan balik kampung untuk meneruskan agenda aku di situ. Tapi jika gaji aku memuaskan hati aku, mungkin aku akan tahan lagi dalam 2-3 tahun.
3. Mak abah dah tua. Takde sape kat sana. So korang paham-paham je la.
Ntah betul ntah tidak, aku pun mula la pasang perancangan baru. Kalau betul la gaji aku di adjust, pada bulan pertama aku akan sedekahkan beza gaji baru aku ngan gaji lama kat kawan-kawan aku seperti mana yang aku buat pada tahun lepas. Tapi ahun lepas masa aku naik pangkat gajinya ciput jer. Kalau tahun ni skala atau percentagenya besar, memang takat belanja makan memang tak luak, aku nak bawak kengkawan opis aku g Melaka Wonderland. hahaha.
Tapi yang tak sedapnya, ada suara yang macam ugut aku supaya menjaga imej dan tingkah laku kerja aku disebabkan pihak pengurusan sudah mengadjust gaji aku. Ah! Peduli ape aku, yang aku tahu penyelarasan gaji baru aku ni adalah sebagai bayaran tunggakan untuk gaji ciput aku yang lepas-lepas. Dan paling tak bagusnya, orang bersuara sumbang itu adalah orang yang sebelum ini menjanjikan gaji segunung emas, intan permata semasa aku naik pangkat pada 3 tahun lepas. Tiap-tiap tahun aku tunggu janji cabuk tuh tapi habuk pun tarak. Kuat pelupa, Raja segala semut. Chet!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan