Nama pisang ni orang panggil pisang 40 hari.. Orang bagi nama mcm tu sebab start dia berbuah, 40hari pas tuh dia akan masak. Ye betul ke tak tak tau la.. Tahun ni aku akan merasa pisang ni berbuah buat kali kedua. Bukan pisang berbuah dua kali ye, tp rumpun pisang yang sama berbuah buat kali kedua.. Kali ni pokok yang tumbuh adalah paling tinggi dalam sejarah. Mungkin dia dapat baja tahi arnab dari reban berdekatan kot.
Tahun lepas rasa-rasa aku adalah 5 kali pisang ni berbuah. Ada satu masa tuh, aku dapat 5 tandan pisang dlm masa seminggu. So rezeki kengkawan la.. aku suh wife aku bagi kat pengasuh anak aku, bagi jiran depan rumah adalah 2 buah rumah, bawak balik kampung mertua, bagi mak aku kat jasin, bawak ke opis.. ada yg g bagi tuan rumah.. mmg mewah la kalau pisang ni buah serentak.
Ada satu masa tuh aku ingat nak kurangkan jumlah pokok pisang yg tumbuh ni sebab makin lama dia makin jauh dari rumpun yang asal. Tp bila aku tgk tak lah banyak dia bercambah, aku biarkan aje.. kalau dah lebih dari 5 pokok, aku rasa aku nak tebang je selebihnya.. Tp setakat ni pokok ni mmg tak mengecewakan aku.. mmg buah dia sedap.. Terima kasih tuan rumah...
May 2010: ni gambor masa mula-mula aku duduk Belakang tuh la pokok pisang tu tumbuh |
Oktober 2010 - Rasa aku batch ni la yg akan menghasilkan pisang 5 tandan. |
Apr 2011 - Pokok pisang selepas 5 batch.. semua katik2 |
March 2012 : Kali kedua untuk tahun ni. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan