Isnin, 9 April 2012
Azam 2012
Assalamua’alaikum dan salam sejahtera.
Rasanya tak terlambat lagi aku nak mencoretkan azam yg telah aku buat untuk tahun ni sebab ada beberapa azam yang masih lagi aku keep follow –up.
Biasanya tiap-tiap hujung tahun aku akan mengemaskini azam aku yang telah dah belum lagi di tunaikan. Seperti biasa mana-mana azam yg lain belum ditunaikan akan aku update sama ada untuk carry forward ke depan atau tangguh kan atau terus delete dari list yg ada dlm tangan aku. So untuk tahun ni ada 4 azam utama yang telah aku setkan sebelum tahun baru 2012 lagi. Secara umumnya adalah;
1. Mempunyai rumah sendiri
2. Mempunyai sebuah kenderaan yg cost-saving
3. Memulakan kerja-kerja yang dapat menjanakan pendapatan sampingan secara berterusan
4. Berhenti kerja (mengikut T & C)
Untuk pengetahuan sehingga takat ini, azam #1 dalam proses. Azam #2 sudah pun tertunai dengan adanya sebuah kereta Kancil bercapacity 660cc tahun 2005. Sebulan bayar RM150. Oklah tuh. Jadi le untuk aku ke hulur hilir untuk menjalankan kerja sampingan. Azam #3 aku rasa korang mesti ingat aku jual arnab kan, tp sebenarnya tidak. Aku sedang study satu jenis bidang penternakan lain yg boleh menjanakan keuntungan lebih besar. Dan aku rasa dari segi teori aku telah faham. MODAL BESAR, RISIKO BESAR tapi UNTUNG pun BESAR.
Dan azam #4 jgn terperanjat plak kalu pas bulan 4-7 ni aku dah takde kat keja sekarang ni. Tuh pun bergantung pada terma dan syarat yg telah aku tetapkan.
Ikutkan banyak lagi yg boleh aku ceritakan kat azam ni. Tapi masa aku kat opis pun dah suntuk. Aku nak balik. Kat rumah plak nak study. So nanti-nantila aku update bila ada masa.. Till then, see you.
Wassalam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan