Sebenarnya dah lama aku perhatikan bila elektrik TNB aku yang sentiasa dalam lingkungan RM22 ke RM26 sebulan. Dan semakin lama aku tengok semakin sakit hati aku. Jadi tindakan proaktif telah diambil selepas 2 tahun (baru nak bertindak??) aku dok membayar bil api setiap 5-6bulan sekali tu. Di sini aku mensasarkan 2 barang yang terlalu kerap aku pakai dan mempunyai alernatif lain untuk mengurangkan bil letrik bulanan aku bawah RM20 sekali gus layak mendapat 100% pembiayaan dari kerajaan malaysia. Barang-barang tersebut adalah Periuk Nasi Elektrik dan Cerek Eletrik. Maka di bawah ini adalah analisa aku.
1. PERIUK NASI yang aku dapat dari hadiah kahwin 3 tahun lepas. Kuasa periuk nasi ni adalah 700W iaitu bersamaan 0.7kW. Setiap hari aku pakai lebih kurang 30min = 0.5jam dan dalam sebulan aku telah menggunakan selama 0.5j x 30hari = 15jam. Jadi untuk periuk nasi ni aku telah menggunakan 0.7kW x 15j = 10.5kWj.
2. Mari pulak kira benda yang selalu aku pakai dan mempunyai kuasa yang paling tinggi sekali.. Iaitu sebuah CEREK AIR (pun dapat dari hadiah kawen) berkapasiti 1.5liter yang mempunyai 2200W = 2.2kW!. Dalam satu hari secara purata aku menggunakan sebanyak 3kali sebab kami bertiga dlm keluarga memang kuat minum air. Maka dalam sebulan aku telah menggunakan sebanyak 2.2kW x 3kali x 10/60j x 30hari = 33kWj
Secara keseluruhannya aku telah menggunakan 2 benda yang paling mencekik darah dalam sebulan iaitu;
Periuk Nasi + Cerek Letrik = 10.5kWj + 33kWj = 43.5kWj
Jika tarif letrik TNB adalah 0.218 sen bagi setiap 1kWj maka untuk 2 barang ni sahaja aku perlu membayar RM 0.218 x 43.5kWj = RM 9.483.
OK, sekarang secara teorinya aku akan berjaya mengurangkan bil aku dari RM 22-26 sebulan ke RM 13 - 17 (dan tentulah ianya jadi PERCUMA). Sebagai alternatif, aku telah pun menukarkan cerek air dan periuk nasi yang menggunakan gas bermula pada 12hb April 2012. Tapi disebabkan bil api bulanan hanya akan dapat pada 5hb depan, maknanya langkah penjimatan aku ini bermula pada tengah bulan. Jadi sikit lebih kurang ia akan mengurangkan lebih kurang RM5 untuk bi letrik bulan April ni. Agak2 dpt la jugak bawah RM20. Bulan 5 baru boleh dikatakan bulan bermulanya penjimatan bil api. Bayangkan RM25 sebulan selama setahun kita boleh jimatkan wang kita sebanyak RM 25 x 12 = RM300?? kalau 10 tahun dah jadik RM 3,000. Banyak tuh..
Ada satu lagi perkakas letrik dalam pandangan aku iaitu SETERIKA berkuasa 1100W = 1.1kW yang digunakan seminggu sekali selama setengah jam. Disebabkan benda ni takde alternatif lain yang boleh diganti, aku pun teruskan pakai. Lagipun kWj yang digunakan dalam sebulan, 1.1kW x 4kali x 0.5j = 2.2kWj, adalah terlalu kecil iaitu 2.2kWj x 0.218 sen = RM 0.48 jer..
Tapi aku tak lupa kesan akibat selepas aku jimatkan kegunaan elektrik ni. Lepas ni aku kena tengok pulak penggunaan gas aku. Sebelum ni aku pakai satu tong untuk setahun je, tapi selepas cerek air ngan periuk nasi ini menggunakan gas, secara otomatiknya kegunaan gas aku tentulah akan berubah. So benda ni pun aku kena pantau jugak. Tapi kira berbaloi la kalau setahun boleh jimat RM300, takat tambahan lagi 1 tong gas setahun pun masih dibawah lingkungan RM 30.
Ada banyak lagi benda lain yang boleh buatkan kita berjimat. Ini hanyalah salah satu caranya. Dan aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana quota yang diwujudkan telah memotivasikan diri aku untuk berjimat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan