Ahad, 22 April 2012

Jualan Anak Arnab Pertama

Dalam entry arnab sebelum ni aku ada menyebut stok anak arnab aku ada 11 ekor kan.. So ini la kesinambungan cerita stok anak arnab ni.

Tempoh hari masa aku cuti exam, aku ada balik kampung jap dengan membawa 8 ekor anak arnab selepas aku dapat tahu dari mak aku ada org nak 2 pasang arnab berumur lebih kurang sebulan. Aku bawakkan jugak lagi 2 ekor yang berumur lebih 2 bulan. Stok yang aku bawak adalah 6/7 ekor anak umur 50hari dan 2/4 ekor anak umur 78hari.

Jadi, pada hari Jumaat 20hb April 2012 merupakan tarikh keramat bagi aku selepas 2 tahun bergelar penternak arnab belakang rumah (back yard) kerana aku telah berjaya menjual 4 ekor (2 pasang arnab) baka mix anggora. Dengan harga timbang/borong setengah kilo RM15 seekor, 4 dari 7 ekor adik beradik yang berusia 50hari (kelahiran 9 - 1/3/2012) telah dijual kepada seorang rakan kampung mak aku. Aku personally handover pada brader tuh. Dia kata ada budak-budak kilang order.

Aku pun ader terpikir-pikir dari mana la brader ni dapat cerita yang aku ada bela dan nak jual anak arnab. Rupa-rupanya selepas 4-6 jam aku duduk kat kedai mak aku baru tahu rupanya mak aku  yang pukul canang pada setiap orang kampung yang singgah ke warung mak aku. Patutlah...

Pastuh aku pun ada terpikir-pikir, kalau network dan promosi brader ni kat budak-budak kilang ni bagus, market aku boleh pegi jauh ni. Buat pengetahuan brader ni adalah seorang pemandu bas kilang yang ulang alik mengangkut orang kampung aku ke sebuah kilang terkemuka di Batu Berendam.

Dugaan aku memang betul. Satu hari lepas tuh mak aku call brader tuh nak lagi sepasang. Tadi aku balik kampung jap, brader tuh takde. So takde la jualan pada hari ini.

Pada hari yang sama juga selepas selesai urusan dengan brader tuh aku gi ke tempat belajar aku untuk ambil exam terakhir tuk semester ni. Aku ada tinggalkan lagi 4 ekor kat kedai mak aku supaya tengok-tengokkan. Mana la tau ada orang berkenan. Selesai exam mak aku telefon ada orang kat warung nak sepasang dan bertanyakan harga. Aku bagitau mak aku tolak je sepasang RM30. Kalau yang besar tuh sepasang RM60. Baka mix anggora beb.. Bulu panjang takkan nak tolak murah. Disebabkan mak aku pun tak tau sangat mcm mana nak pilih jantan betina, aku pun suh tunggu aku balik ke kampung selepas exam.

Petang tuh aku tiba kampung dengan membawa pertambahan 3 ekor anak dari adik beradik yang sama. Tapi aku hampa sebab org yang bertanyakan harga tuh telah ditawarkan RM40 oleh mak aku dan harga tetap itu tak diterima oleh bakal pembeli. Nak tak nak aku balik ke rumah dengan membawa semula baki 7 ekor. So pada hari tersebut aku mempunyai baki 32-4 = 28 ekor.

Malam ni, Insya Allah aku nak g semelih 4 ekor stock pedaging. 1 mak aku order, 1 abang aku nak test power buat goreng saja dan lagi 2 aku nak makan sendiri. So selepas ini stok daging hidup tinggal 9ekor saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan