Dalam masa terdekat ni aku akan sibuk dengan 2 perkara iaitu;
1. Kelahiran anak kedua dalam family dan
2. Menumpukan sepenuh perhatian terhadap study untuk semester baru
Jadi sempena kedatangan sem 7 yang akan ku tempuh dalam tempoh sebulan lebih ni, aku telah membuat azam atau target baru. Aku akan mengurangkan tanggungjawab yang kadang-kadang membuatkan aku leka dan lupa pada tanggungjawab asal sebagai ketua keluarga dan pelajar separuh masa. Salah satu nya tanggungjawab itu adalah mengurangkan aktiviti penternakan arnab.
Mengurangkan Aktiviti Penternakan Arnab
Untuk mengurangkan aktiviti ini, maka terpaksa la aku cari jalan keluar. Nak tak nak sekarang aku terpaksa membuat keputusan... 13 ekor arnab daging perlu disembelih dan dijual dengan kadar segera. Aku menyasarkan 13 ekor arnab ini boleh menjanakan 13kg daging mentah (karkas) yang berharga RM 455. Kebanyakan orang mengatakan harga daging arnab RM35/kg adalah terlalu mahal. Tetapi kalau nak kurang dari harga ini boleh saja.. boleh bawak la berbincang.
Selain daripada itu aku ni suka sangat termenung kat depan reban arnab aku. Melihat telatah dan kerenah mereka menyebabkan aku leka. Bayang kan kalu dari pukul 10mlm aku boleh leka sampai pukul 1 pagi. Macam dah kena badi arnab jer. So masa yang aku anggap membazir ini elok lah aku alihkan ke aktiviti sebenar aku iaitu mendapat keputusan cemerlang dalam study aku.
Mengembali dan Meningkatkan Prestasi Pembelajaran Aku.
Benda ni aku akan ceritakan kat blog study aku.
Aku harap dengan dua azam ni, aku akan berubah. Manusia ni ada sifat yang istimewa berbanding dengan makhluk lain. Manusia ada sikap motivasi dan motivasi ini la yang membuatkan manusia berjaya di atas muka bumi ini. So kalau aku tak berjaya, bermakna aku sama la ngan makhluk-makhluk yang lain.
Semoga aku succes lepas nih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan