Isnin, 9 April 2012

Iklan di Mudah: Daging Rabbit Arnab Segar RM38/kg

Assalamua'laikum & Salam Sejahtera,

Sebenarnya dah lama KAMI berbincang untuk menceburkan diri dalam penjualan daging arnab secara kecil-kecilan. Disebabkan stock daging yg kejap ada kejap takde, maka kami pendamkan dulu hasrat ni. Sekarang, sesudah wujudnya sebuah cawangan backyard arnab di jasin atas nama fagrorabitray, stock kami dikatakan cukup untuk menampung permintaan dari orang perseorangan dan keluarga, maka buat kali pertama kami mengeluarkan iklan di mudah.my berjenamakan Fagrorabitary.


Iklannya serba ringkas atas permintaan tuan punya jenama. Dan selama seminggu ni juga la sudah 5 ekor arnab aku di sembelih, 3 di jual, 2 aku simpan buat kegunaan keluarga. Sapa nak boleh order kat no seperti yg tertera kat alamat mudah.my kat atas. Daging arnab yang kami jual adalah baka kampung tempatan mixed. Usia dalam 3 bulan. Dan berat seekor dlm 1kg (selepas di bersihkan).

Doa kan la kami supaya terus berkekalan dalam perniagaan daging arnab ini. Mana la tau berkat doa kalian akan wujud plak ladang Fagrorabitary. Sapa tau kan. Insya Allah, hasil usaha doa dan tawakkal kita akan dapat yang terbaik dari Allah swt.

Wasslam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan