Jumaat, 13 April 2012

Mesin Rumput

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Rumah yang aku duduk sekarang ni adalah sebuah rumah sewa korner lot bersaiz 3,652kps. Kalau diikutkan saiz rumah 20'x70' kaki, so tanah sebelah rumah berbaki lebih 2,000kps amat lah luas untuk aku maintain kan rumputnya tiap-tiap bulan. Selama 2 tahun ni aku byk kali meminjam mesin rumput dari bapak aku kat kampung dan terpaksa berulang alik memikul dari kampung ke rumah. Perkara ni sedikit sebanyak menimbulkan masalah untuk aku memaintainkan tanah tersebut. So dpd aku buang masa, tenaga dan duit aku ulang alik, adalah amat berbaloi kalau aku terus mempunyai sebuah mesin rumput.

So pada 17hb/Mar aku nekad membeli sebuah mesin rumput untuk kegunaan sendiri. Aku survey dua kedai je kat Bandar Jasin. Pada mulanya aku agak terperanjat jugak la bila tokei kedai bagitau harga yang disurvey dlm lingkungan RM1,000 lebih. Bila aku terangkan kegunaan aku hanya la sebulan sekali dan untuk tanah sekangkang kera di sebelah rumah, baru la tokei kedai tu mengesyorkan aku amik yang paling murah; RM285 brand Tanaki. Yang negativenya brand ni takde warranty dan enjin cepat jem kalau pakai terlalu lama. Bincang punya bincang tokei kedai tuh bagi aku personal warranty 1 bulan. Siap sekali dia cadangkan kedai yang boleh repair mesin ni kalau rosak. Dalam hati aku, mmg kompem la mesin ni cepat rosak kalau dah siap rekemen tempat repair.
 
 
Mesin ni kena pasang kat kedai dulu.
Kalau nak pasang sendiri memang aku respek la
Pas dorang pasang kat kedai, aku bawak balik rumah, terus pegi beli petrol dan minyak 2T. Nak dijadikan cerita aku main tuang je minyak 2T rasa-rasa dalam nisbah 1/10 kot dengan petrol. Then aku pun mula hidupkan enjin mesin. 2-3 kali tarik tak nak hidup. Adjust punya adjust (aku pun tak tau apa aku adjust), baru la hidup tuh pun tak constant bunyinya. Aku pikir mungkin mesin tuh baru nak belajar jadik mesin rumput kot, tuh yang aku biarkan dia panas seketika. Tp aku dengar bunyinya kejap laju kejap perlahan... kejap laju kejap perlahan.. eh takkan baru lagi dah semput.. ah.. hantam je la.. aku pun angkat mesin naik ke belakang aku terus g mesin.. mmg betul la, mesin tu kejap laju kejap perlahan. Lama-lama pas tuh dia mati.. nak start balik kena turunkan dari belakang aku pulak tuh. Kalau ringan aku tak kisah.. aku start hidup pulak.. aku main throttle dia ok.. so aku naikkan semula ke belakang aku dan  g mesin rumput.. tp bila aku main throttle dia, jadi semput.. mcm angin lebih jer..


Dalam 1 jam aku mesin, aku naik boring plak sebab byk kali mati. Disebabkan tengahari aku nak balik ke batu pahat, wife aku pun dah sms tanya bila nak bertolak balik, aku matikan aje hasrat aku nak mesin semua rumput. On the way balik batu pahat tuh aku ada pikir-pikir mungkin aku terlebih pakai minyak 2T. Dan tekaan aku betul bila aku tanya bapak aku..


Seminggu selepas tu, lepas aku habiskan minyak yg terlebih 2T tu aku letakkan 2T 1/25 bahagian petrol. Kali ni memang laju je aku mesin rumput dan enjin pun takde semput dan mati. Mungkin mesin tuh dah ngaku yg dia memang hidup sebagai mesin rumput. Jadi dia kena lah jadi yang terbaik untuk tuan dia. So kali kedua aku pakai mesin tuh kepuasan aku meningkat 50%. Masih banyak yang aku kena improve dalam mencari skill mesin rumput yang terbaik. Mana lah tau sikit hari aku boleh amik tender mesin rumput rumah orang pada hari minggu. Ada jugak side income dan senaman untuk aku ye tak? Nih le sebahagian gambo before and after.

Before - 2 bulan tak mesin dah jadik semak
After - Ni belom habis trim sampai ke tanah

57 ulasan:

  1. Untuk nasihat..pastikan selepas guna mesin tu offkan minyak...dan bila nak start semula onkan balik ok...2T jgn lebih dari 2 penutup minyak 2T untuk satu tangki minyak mesin tu ok..pasti mesin akan senang hidup dan tidak semput atau terbatuk2 ok..selamat berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macamana kalau mesin berasap, maksudnya asap byk dari biasa

      Padam
    2. Asap banyak dari biasa disebabkan terlebih minyak 2T

      Padam
  2. terima kasih kerana info yang di berikan

    BalasPadam
  3. kedai mana beli tu di bandar jasin....bandar jasin lama atau bandar baru jasin.

    Saya pun bercadang nak beli 1 juga

    BalasPadam
  4. Ulasan yang menarik. Terima kasih di atas maklumat.

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas feedback.. yang pasti barang murah belanja kena lebih.. dah dekat dua tahun saya pakai.. dah dua kali service.. RM15 sekali service.. mmg berbaloi daripada pakai mesin harga ribuan ringgit..

    BalasPadam
  6. nisbah 1/25 macam mana sahabat..terangkan sikit.. thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksudnya 40ml minyak 2 bersamaan 1 liter minyak petrol.harap dpt mmbntu.

      Padam
  7. Bagaimana nak adjust timing mesin rumput

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebiasaannya di bahagian karburetor ada satu skru yang boleh pusing. Skru ini boleh guna untuk adjust timing kalau idle tak cun. Tapi pusing ikut manual (tak boleh pusing banyak)

      Padam
  8. 1 liter petrol tambah dengan 25 ml 2t..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak saudara.sbb saya pun baru tahu.

      Padam
    2. Salah tu.. 1 liter petrol tambah dengan 40ml 2T..

      Padam
  9. Agak2 klau nak pinjam mesin rumput ni org bagi tak..

    BalasPadam
  10. Sng je guna 2 pnutup 2T utk 600ml sila guna didlm bekas@botol yg tlh diberikan smasa korang beli mesin tu. Biasa kedai akn ajar ttg pngunaan mesin tu & cra pngunaan nya. TQ

    BalasPadam
  11. Beza yg murah dgn yg mahal ni sng je yg murah nk tebas pakai kabel tu kdg2 x lut..kalau mesin jenama ni die pnye kekuatan tu lebih sikit..kje jd mudah..aku nk upgred la yg mahal sbb yg murah ni 2x aku ulang tmpar sama bg clear..

    BalasPadam
  12. mesin kuat makan minyak.1biji rumah 3 liter habis..ada penjelasan sikit.

    BalasPadam
  13. Hari tu pinjam bapak mertua punya jenama mitsubishi...rigan je.masa potong memmang santai gila.esok nya gi kedai cadang nak tapau satu ushar harga nya perhhh..boleh tahan mahal kena tungu dua bulan gaji lagi baru bleh beli hehe..

    BalasPadam
  14. 1:25 maknanya 40 ml 2T untuk 1 liter petrol

    BalasPadam
  15. Mesin baru...tapi susah hidup..agak2 lau pergi service dekat bengkel berapa ye harga nya?

    BalasPadam
  16. Saya mencari bantuan. Saya ada masalah bila hidup, bilah tak berhenti pusing walaupun dah hentikan controller yang kawal laju bilah tu. Boleh minta whatsapp saya ke 01160757392. Alang2 nak minta ajar guna. Saya duduk sekitar batu caves.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin cable throttle terbelit/tersangkut kot.

      Padam
  17. Saya pun ada tokono mcm kes tuan....brand Tanaka rm200 ajer..campuran 2t terlebih smpi petrol dah tuko kaler hijau pekat bang.Hari Bodoh sya...hi hi hi..

    BalasPadam
  18. Kenapa Mesin rumput bergetar ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dekat bilah bergetar, mungkin bilah dah senget atau mata tak pasang betul

      Kalau tangkai bergetar, kalau dah lama tak servis, servis balik, make sure rod dalam tu dan flexible shaft cukup gris

      Kalau enjin getar, pastikan skru2 dan allenkey ikat ketat.

      Kalau mesin dah lama, mungkin jugak bush getah mounting dia dah out atau tanggal. Boleh cari online tukar

      Kalau isu dalam enjin, maaf takde pengalaman

      Padam
    2. Semalam saya potong rumput pun bergetar. Saya bukak pisau terbalikkan. Dah tak bergetar.

      Saya pun hairan. Pada hal surface pisau tu sama.

      Padam
  19. Tumpang tanya, Saya dah ikut nisbah minyak tu memang 2 penutup 2T tapi still tak boleh hidup. Memang masalah mesin atu kena tarik kuat sikit?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1-Pastikan nisbah petrol:2t betul. Lain mesin lain sebenarnya. Contoh mesin stihl pakai 2t dia 50:1. Kalau mesin China/Jepun standard 25:1

      2-pastikan aliran minyak clear sampai karburetor. Ada tuil open minyak, pastikan terbuka. Pastikan fuel line takde sumbat. Nak tahu biasa bawah karburetor ada skru/punat boleh tekan biar minyak alir keluar sikit nak pastikan semua ok

      3-pastikan tutup tangki bersih. Ada lubang udara kecik pastikan tak sumbat

      4-cek plag. Pastikan bersih. Kalau tak Tak konfiden tukar plag baru

      5-kalau mesin dah lama, cek starter coil sekali, takut dah out

      6-pastikan kabel throttle Tak terbelit atau terlanggar. Nak start biasa masuk minyak sikit/tolak sikit tapi baik2

      7-kalau susah start tutup cok dulu (kat karburetor). Enjin dah sedap baru buka

      8-teknik tarik kena sentap, macam tarik gasing. Bukan tarik layan mancing

      Padam
    2. Baru beli masin.tq trima kasih smua

      Padam
  20. Saya punya mesin boleh hidup...cuma dia x makan bila potong..dia punya putaran mcm slow da lemag sgt..rumput biasa kena lalu dua tiga kali. mOhon pencerahan apa nak buat..bhgian boleh buat 1/2 jam siap..terus jd 1 1/2 jam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau mesin dah berusia sangat, mungkin faktor enjin dah sampai masa. Kena cek blok, piston, piston ring.

      Kalau jarang servis, kena servis. Rod dalam batang tu kena sapu gris lebih.

      Karburetor pun boleh cek, takut jarum tak tarik abis (atau kabel throttle dah longgar). Floater karburetor pun pastikan takde sangkut

      Senang cakap bawak kedai la hehehe

      Padam
  21. Tuan.mohon bantuan bila enjin hidup sye off tuil angin enjin padam..boleh tau kenapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahu saya yang tak berapa arif ni, tuil angin/choke tu fungsinya untuk cold start. Kalau enjin susah hidup, tutup choke, cuba start dua tiga kali. Bila enjin dah mula hidup kena buka. Masa mesin berjalan pun kena buka untuk angin masuk

      Padam
  22. Start xhidup hidup, adakah enjin jem

    BalasPadam
  23. Adoi! Tgh layan sukatan yang bet4Lul mesin Ogawa nih. Kata kedai beli 4L petrol, tambah 2T stiap liter 20ML. Petrol dah jadi biru dgn 2T mesin pokok yg kedai beri percuma. Harga sebotol katanya RM25. Mula2 enjin smooth, lama2 mati. kwn tukang check plug basah. Katanya terlebih 2T. Haru! betul ke apa yg kedai hikayatkan semasa beli. OK. nak sambung drama menyetart mesin rumput...

    BalasPadam
  24. Salaam bro nak tnye..klau hos minyak yang nak lalu ke karbureter tu mngecil (mcm tersepit) tu pon bole jd punce mnyk tak masuk ke krbureter kan? Sbb mse nk drain mnyk tu,takde mnyk yg kluar padahal kat tangki msih ade minyak & choke terbukak..

    BalasPadam
  25. Salam rakan2.Saya nak Tanya sikit ni boleh bagi pencerahan,selama kamu mesin rumput.1Liter minyak petrol dan 25ml 2T tu mesin brand apa sahaja.Anggaran berapa Lebar boleh siap buat.

    BalasPadam
  26. Sya pakai mesin rumput brand HARZ RM 199 jer. Tpi sya potong exhaust bagi lubang besar buka habis kat dlm exhaust..salah satu tahan panas 2. plug tdk tukar2..3 2t tu sya cmpur satu tangki 1 tutup stengah 2t teda masalah.sbb bnyk 2t ne bole jaga piston dan ring..bole pakai lama..

    BalasPadam
  27. Saya nk tanya klau mesin ogawa 600ml bpe tutup 2t nk letak.. sbb sy letak minyk pnuh 2t dua tutup dy mati dan ta blh hdup.. mesin beli ta sampi sbuln lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesen sy jenama stihl guna 1 tutup(10ml) je,klau lebih akn jd semput dan nk guna blk mmg x blh start,plug cepat rosak klau 2t terlebih.Dh 11 tahun power msh mcm baru,puas hati beli.

      Padam
  28. Saya punya mesin senang hidup.. Tapi Matu sendiri selepas panas.. Pastu start 2-3 kali hidup... Kemudian 2 min mati sendiri.. Throttle tak boleh tekan habis.. Nanti mati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah dengan mesin star aku. Bila dah lama pakai dia jadi semput kalau throttle habis. Ingatkan habis minyak tapi banyak lagi. Aku syak terlebih 2t sebab sukatan 2t aku ikut sthill

      Padam
  29. sy nk mohon pencerahan mesin rumput sy jenis stihl selaim choke lps start dh idup kne buka adakah selepas guna mesin kne off kan balik ade butang off ke... kt kedai mse beli takde bgtau suh tekan off lps guna...bila suami tekan butang off terbau minyak petrol sebelom tekan butang off takda bau

    BalasPadam
  30. Saya baru beli jenis OGAWA. 43cc,sekali setet hidup, masalah dia bila masa menebas dia mati,



    BalasPadam
  31. Assalamualaikum tuan..saya ade mesin rumput brand tasto, dah 3 ke 4 tahun pki..saya selalu start buka choke bru hidup..klu tutup terus choke, mesin mati..knpe yer?

    BalasPadam
  32. As salam semua....kalau mesin dah jem tak boleh tarik starter...puncanya lupa letak 2T...brapa ya kos nk repair....atau boleh buat sdiri je

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba tuang minyak dlm lubang plug lps tu tarik start biar piston main (buat dlm keadaan plug di cabut)

      Padam
  33. Sy nk tny knp enjin mesin rumput susah nk stabil kejap tinggi kejap rendah...klau nk mesin kena setting pada choke...cth : timing dh tinggi tp bila choke dibuka semula enjin mati...jdny sy mesin rumput kena adjust dekat choke membolehkn mesin dn stablil...

    BalasPadam