Rabu, 19 Disember 2012

Jiran Kenduri 2012

Alhamdulillah selesai sudah kenduri jiran sebelah rumah yang secara langsung membabitkan tanah di sebelah rumah aku pada hari Ahad lepas.
 
Khemah yang telah dipasang pada hari Rabu malam minggu lepas telah pun di buka pada malam semalam hari Selasa yang terus di bawa ke tempat kenduri lain. Yang tinggal hanyalah lalat, bau-bau minyak, bau sisa makanan yang kurang menyenangkan. Tak ketinggalan lantai depan rumah yang melekit dan kotor dengan gula, minyak, lemak dan lumpur hasil tapak kaki jiran-jiran selepas hujan pada hari kenduri.
 
Ikutkan pengalaman aku sejak lebih 2 tahun duduk di rumah sewa berkorner lot, ini adalah kali kedua kenduri telah di adakan dengan menggunakan tapak sebelah rumah untuk memasak. Kali pertama pada bulan 5 tahun ini yang melibatkan jiran depan rumah. Kali kedua yang baru lepas ni adalah jiran dari sebelah rumah. Antara kedua-dua majlis ini apa yang aku dapat simpulkan, memang kenduri kawen mengotorkan kawasan rumah yang terlibat dengan aktiviti memasak.
 
Tapi apa yang perlu dibanding antara kedua majlis ini, majlis yang pertama adalah lebih baik dari yang kedua. Antara sebabnya ialah dari segi;
  1. Kebersihan - Majlis pertama mempunyai jiran yang mesra dari segi teguran dan sikap toleransi di mana sikap "rumah jiran di anggap rumah sendiri" di amalkan. Selepas majlis, segala benda yang tak enak di mata di ambil berat. Majlis kedua amatlah jauh ibarat langit dan bumi. Jiran kedua tidak mengamalkan kebersihan yang memberangsangkan. Apakan tidak, sisa sampah tidak dibersihkan dengan seadanya. Bolehkah sisa tulang dan makanan yang berulat tetapi masih dalam karung guni dibakar sahaja di laman jiran tanpa tiada usaha untuk mengalihkan ke lori tong sampah yang datang pada hari 3 selepas kenduri? Terdapat juga plastik sampha hitam yang mengandungi sisa makanan di letakkan di belakang rumah aku yang sudah naik baunya. Ikutkan apa salahnya sisa tersebut di bawa sahaja ke depan rumah, di dalam tong sampah?
  2. Tanggungjawab - Walaupun majlis pertama mempunyai seorang sahaja akak, tetapi dia memainkan peranan penting sebagai jiran yang prihatin. Dikemasnya laman rumah, diberusnya lantai depan, disusunkan segala yang tinggal, di bakarnya sampah (yang boleh di bakar). Tapi majlis kedua, walaupun ada sedara mara dan anak-anak bujang (4 orang termasuk pengantin), tiada usaha  proaktif yang dapat dilihat pada hari ketiga (semalam). Harapan aku hari ini (Rabu), bersih la depan dan laman rumah. Hanya lalat-lalat dan bau tidak menyenangkan sahaja yang boleh dibiarkan untuk hilang dalam perjalanan masa.
  3. Kemesraan - Majlis pertama mempunyai hubungan yang erat sebagai jiran yang bertanggungjawab. Setiap masa ada sahaja bahasa dan celoteh akak depan rumah sambil membersihkan laman rumah aku. Jiran kedua aku tak nampak sangat, salah satu sebab aku selalu balik lewat untuk mengelakkan dari melihat lalat yang banyak semasa siang. Aku lebih memerapkan diri dalam rumah.
Cerita banyak pun tak guna, buat tambah dosa. Pulak jiran seumur hidup tuh. Apa yang penting, hari ni, lepas balik kerja, jiran aku kena alihkan perabut kerusi yang ada ditumpangkan dalam rumah aku, Selepas tuh baru aku mengalihkan kereta masuk semula ke dalam rumah. Jika ada masa aku akan ajak bincang post mortem dengan jiran sebelah sebab anak keduanya pula bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun depan dan jika masih berniat untuk menggunakan laman rumah aku dengan kehadiran anak bini aku, dia kena bersedia lebih awal. Bukan seperti majlis yang baru sahaja habis ni. Keutamaan lebih kepada kebersihan!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan