Kerana penangan dari Adriod Tablet dari posting sebelum ni, wife aku ada cita-cita untuk membeli lagi sebijik pada expo akan datang. Dan pada 10hb Nov, wujud la tablet Android kedua yang di beli pada PC expo di MITC. Ini adalah perbandingan yang terkini;
Sebelum (Jun'12)
Jenama : Samsonic
Processor : 1.0 GHz
Memori : 4GB
RAM : 512MB
OS : Android 4.0
Bateri : 1,000mAh (1 jam)
Harga : RM299
Supplier : KL
Terbaru (Nov'12)
Jenama : Samsonic
Processor : 1.5 GHz
Memori : 4GB
RAM : 1GB
OS : Android 4.0.3
Bateri : 3,000mAh (3-4 jam)
Harga : RM199
Supplier : KL
Bayangkan harga yang turun dalam masa 5 bulan je lebih kurang 33% dan spec yang naik lebih dari 50% dari segi batery.
Tetapi disebabkan pengalaman berhubung dengan supplier dari KL yang agak menyusahkan apabila berlakunya mal-function, kali ni aku mengambil supplier dari Melaka sahaja. Jenama yang dia jual pun lain; Metakey. Senang sikit bila berlaku apa-apa hal kat tablet ni. Tetapi harga ada up sedikit ke RM230 kerana ada tambahan eksersori (pouch), membership card dan voucher. Kiranya ok la berbanding supplier KL yang dapat kosong je.
Tup-tup, 23- hari selepas tuh, tablet pertama aku kondem terus selepas anak aku muntah kat atas tablet tu sampai masuk ke dalam maotherboard. Puas aku membersih dan mengeringkan tablet tu pun tak ok-ok. Aku bukan dan tengok kat kaki ic dalam tablet tuh dah jadik karat. Short curcuit la tuh.
Apa nak buat, barang pun murah. Jadi aku putuskan untuk membeli lagi 1 tablet pada expo akan datang. Yes! Expo akan datang adalah pada PC Fair Melaka III pada 14hb-16hb Disember depan. Aku jangkakan harga akan maintain dengan spec yang sedikit upgrade. Kalau mahal pun aku akan ambil je dari supplier KL yang harga RM199 tuh. Janji puas hati. Berbaloi-baloi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan