30hb April ni aku bakal mendapat gaji baru. Gaji baru ni maksudnya gaji pokok aku dah tak sama dengan bulan-bulan sebelum ni. Yang bagusnya, dengar cerita gaji aku telah di kemaskini berdasarkan pasaran masa sekarang. Yeke? Adakah suara aku di dengar untuk sekian lamanya? Jika tahun-tahun sebelum ni suara aku di ibarat angin lalu jer. Yang di janjikan hanyalah naik pangkat, naik pangkat. dengan gaji ciput, kali ni betul ke?
Aku pernah cerita pasal azam 2012 aku kan pada entry sebelum ni. Salah satu azam tersebut ialah BERHENTI KERJA. Ada banyak faktor-faktor yang mempengaruhi azam ni. Antaranya;
1. Sebagai salah satu motivasi ke atas diri aku sendiri. Yelah, kalau takde satu batasan atau cut off, sampai bila aku nak berada di takuk lama? Bila azam ni aku cipta, secara automatiknya aku akan bertindak sendiri untuk pergi ke arah yang lain. Bukan lagi ke arah kerja makan gaji. Memang betul, aku mula mencari benda-benda yang boleh membuatkan aku balik ke kampung dan juga aktiviti-akiviti yang bakal aku lakukan kat kampung nanti.
2. Dengan syarat, jika gaji baru ini tidak melebihi target yang aku tetapkan, secara automatiknya, dari bulan 5 ke bulan 7 pada tahun ini aku akan berhenti kerja dan balik kampung untuk meneruskan agenda aku di situ. Tapi jika gaji aku memuaskan hati aku, mungkin aku akan tahan lagi dalam 2-3 tahun.
3. Mak abah dah tua. Takde sape kat sana. So korang paham-paham je la.
Ntah betul ntah tidak, aku pun mula la pasang perancangan baru. Kalau betul la gaji aku di adjust, pada bulan pertama aku akan sedekahkan beza gaji baru aku ngan gaji lama kat kawan-kawan aku seperti mana yang aku buat pada tahun lepas. Tapi ahun lepas masa aku naik pangkat gajinya ciput jer. Kalau tahun ni skala atau percentagenya besar, memang takat belanja makan memang tak luak, aku nak bawak kengkawan opis aku g Melaka Wonderland. hahaha.
Tapi yang tak sedapnya, ada suara yang macam ugut aku supaya menjaga imej dan tingkah laku kerja aku disebabkan pihak pengurusan sudah mengadjust gaji aku. Ah! Peduli ape aku, yang aku tahu penyelarasan gaji baru aku ni adalah sebagai bayaran tunggakan untuk gaji ciput aku yang lepas-lepas. Dan paling tak bagusnya, orang bersuara sumbang itu adalah orang yang sebelum ini menjanjikan gaji segunung emas, intan permata semasa aku naik pangkat pada 3 tahun lepas. Tiap-tiap tahun aku tunggu janji cabuk tuh tapi habuk pun tarak. Kuat pelupa, Raja segala semut. Chet!
Ahad, 29 April 2012
Jumaat, 27 April 2012
Wira 1.5 Sedan (M) 1993
Semalam semasa aku sibuk melayan kerenah anak aku bermain kejar-kejar dengan arnab di laman sebelah rumah, aku di datangi oleh dua orang budak india yang sedang menaiki motor. Aku tengok mata budak tuh melilau ke arah belakang rumah aku. Dalam hati aku, dia berminat ke dengan arnab aku? Selepas budak tu berhenti di depan pagar rumah, aku mendekati mereka dan menanyakan tujuan dorang berhenti kat depan pagar rumah aku.
Rupanya dorang berminat dengan wira buruk yang aku parking kan kat belakang rumah aku. Dia bagitau sudah lama dia tengok kereta tu ada kat situ. Memang dah lama pun kat situ. Adalah dalam setahun. Dia cuba jugak nak menanyakan tentang kereta itu pada hari lain tapi tak berkesempatan disebabkan tuan rumah selalu takde. So pada hari semalam baru dia sempat berjumpa dan menanyakan tentang kereta itu. Jadi nak cerita banyak, budak ni ajak la aku g kelakang kasi tengok itu kereta. Aku amik kunci, hidup kan la kereta tu. Punya la susah hidup, yelah nak dekat setahun aku tak hidupkan. Tp dalam masa seminit, sudah hidup. Enjin running senyap lagi tu.
Ni lah gambar kereta aku.
Aku bagitau sebenarnya sudah ramai yang menanyakan kereta wira aku tuh. Bila orang tanya aku terus katakan aku tak berminat untuk menjualnya. Aku ada plan untuk kereta tu. Aku ingat aku nak bikin balik kasi tinggi, pastuh aku nak catkan semula, lengkapkan segala yang kurang dan aku nak installkan NGV kat kereta aku. Yelah dengan spec enjin 1.5 dan tahun 1993 (first model), boleh dikatakan kereta ni agak kuat makan minyak.
Kalau aku dah takde hati nak jual, maka aku pun bukak la cerita buruk pasal kereta ni. Pernah dapat major excident pada tahun 1999 di bahagian depan. Lantai bonet tempat letak tayar spare dah karat dan bocor. Disebabkan keter ni lowered, bawah kereta memang teruk. Selalu bergesel ngan bumper. Bahagian arial radio aku dah tampal, cassette player da takde.
Macha tuh tanya aku berapa aku nak jual. Aku cakap aku tak mo jual. Pastuh dia tengok-tengok dan belek-belek la keter tu. Pastuh dia tanya lagi. Aku tau ramai orang yang tanya pasal kereta ni, dan kebanyakannya dari kaum india. Pas tuh dia tanya lagi, "kalau abang jual berapa abng mau bukak? Aku pun main bukak je harga. RM8,000. Macha tuh senyap sekejap, "takda kurang lagi ka?" Aku cakap tunggu la orang lain tanya lagi, kalau ada orang follow harga aku ni, aku let go je la. Ni pun kira ok aku dah bukak harga, kalau orang lain sebelum ni, jgn harap la aku layan.
Pastuh datang lagi sorang budak india. Dorang bertiga pun borak-borak dalam bahasa tamil yang tentunya aku tak paham. Pastuh mahrib pun menjelma. Macha tuh pun mintak diri. Mungkin dia tengah congak-congak lagi sama ada berbaloi tak habiskan RM8,000 untuk wira sedan aku ni.
Untuk pengetahuan, tahun lepas sebelum aku cat kereta ni, aku ada hantar bengkel untuk tukar shaft stering aku yang bocor pada masa tuh. Ntah macam mana aku ade saja-saja bukak harga RM5,000 kat tokei bengkel tu. Tokei tuh pulak peramah, habis di canangnya kat orang lain. Pastu, 4-5 orang datang bengkel dia tengok kereta aku. Aku yang bergurau time tuh sudah jadi cuak. Hati aku dah berbelah bagi.
Nak ikutkan cerita masa tiba aku rumah baru decide takmo jual keter aku. Aku nak hold. Mungkin harga RM5,000 tuh terlalu rendah untuk keter aku. Ya! memang betul. Pada hari yang sama ada orang telefon aku menanyakan kereta aku masih nak jual lagi tak. Aku terus kata aku nak hold dulu.
Hold punya hold sampai la sekarang dah setahun lebih. Kehx3..
Mak aku pun dah bising-bising, dia kata kalau dah ada orang nak tu, pegi jual je la sementara ada harga lagi. Lagipun sekarang aku dah beli Kancil 2nd. Sampai 3 biji keter kat rumah aku nak buat ape kan? Aku pun terkebil-kebil. Ntah sampai bila aku nak hold keter wira aku ni pun aku tak tau.. huhu
Rupanya dorang berminat dengan wira buruk yang aku parking kan kat belakang rumah aku. Dia bagitau sudah lama dia tengok kereta tu ada kat situ. Memang dah lama pun kat situ. Adalah dalam setahun. Dia cuba jugak nak menanyakan tentang kereta itu pada hari lain tapi tak berkesempatan disebabkan tuan rumah selalu takde. So pada hari semalam baru dia sempat berjumpa dan menanyakan tentang kereta itu. Jadi nak cerita banyak, budak ni ajak la aku g kelakang kasi tengok itu kereta. Aku amik kunci, hidup kan la kereta tu. Punya la susah hidup, yelah nak dekat setahun aku tak hidupkan. Tp dalam masa seminit, sudah hidup. Enjin running senyap lagi tu.
Ni lah gambar kereta aku.
Gambar ni di ambil pada Feb, 2011. Pada masa ni bumbung dan bonet baru sahaja di cat semula. Tu yang nampak cantik |
Kalau aku dah takde hati nak jual, maka aku pun bukak la cerita buruk pasal kereta ni. Pernah dapat major excident pada tahun 1999 di bahagian depan. Lantai bonet tempat letak tayar spare dah karat dan bocor. Disebabkan keter ni lowered, bawah kereta memang teruk. Selalu bergesel ngan bumper. Bahagian arial radio aku dah tampal, cassette player da takde.
Macha tuh tanya aku berapa aku nak jual. Aku cakap aku tak mo jual. Pastuh dia tengok-tengok dan belek-belek la keter tu. Pastuh dia tanya lagi. Aku tau ramai orang yang tanya pasal kereta ni, dan kebanyakannya dari kaum india. Pas tuh dia tanya lagi, "kalau abang jual berapa abng mau bukak? Aku pun main bukak je harga. RM8,000. Macha tuh senyap sekejap, "takda kurang lagi ka?" Aku cakap tunggu la orang lain tanya lagi, kalau ada orang follow harga aku ni, aku let go je la. Ni pun kira ok aku dah bukak harga, kalau orang lain sebelum ni, jgn harap la aku layan.
Pastuh datang lagi sorang budak india. Dorang bertiga pun borak-borak dalam bahasa tamil yang tentunya aku tak paham. Pastuh mahrib pun menjelma. Macha tuh pun mintak diri. Mungkin dia tengah congak-congak lagi sama ada berbaloi tak habiskan RM8,000 untuk wira sedan aku ni.
Untuk pengetahuan, tahun lepas sebelum aku cat kereta ni, aku ada hantar bengkel untuk tukar shaft stering aku yang bocor pada masa tuh. Ntah macam mana aku ade saja-saja bukak harga RM5,000 kat tokei bengkel tu. Tokei tuh pulak peramah, habis di canangnya kat orang lain. Pastu, 4-5 orang datang bengkel dia tengok kereta aku. Aku yang bergurau time tuh sudah jadi cuak. Hati aku dah berbelah bagi.
Nak ikutkan cerita masa tiba aku rumah baru decide takmo jual keter aku. Aku nak hold. Mungkin harga RM5,000 tuh terlalu rendah untuk keter aku. Ya! memang betul. Pada hari yang sama ada orang telefon aku menanyakan kereta aku masih nak jual lagi tak. Aku terus kata aku nak hold dulu.
Hold punya hold sampai la sekarang dah setahun lebih. Kehx3..
Mak aku pun dah bising-bising, dia kata kalau dah ada orang nak tu, pegi jual je la sementara ada harga lagi. Lagipun sekarang aku dah beli Kancil 2nd. Sampai 3 biji keter kat rumah aku nak buat ape kan? Aku pun terkebil-kebil. Ntah sampai bila aku nak hold keter wira aku ni pun aku tak tau.. huhu
Khamis, 26 April 2012
Azam pertengahan tahun
Dalam masa terdekat ni aku akan sibuk dengan 2 perkara iaitu;
1. Kelahiran anak kedua dalam family dan
2. Menumpukan sepenuh perhatian terhadap study untuk semester baru
Jadi sempena kedatangan sem 7 yang akan ku tempuh dalam tempoh sebulan lebih ni, aku telah membuat azam atau target baru. Aku akan mengurangkan tanggungjawab yang kadang-kadang membuatkan aku leka dan lupa pada tanggungjawab asal sebagai ketua keluarga dan pelajar separuh masa. Salah satu nya tanggungjawab itu adalah mengurangkan aktiviti penternakan arnab.
Mengurangkan Aktiviti Penternakan Arnab
Untuk mengurangkan aktiviti ini, maka terpaksa la aku cari jalan keluar. Nak tak nak sekarang aku terpaksa membuat keputusan... 13 ekor arnab daging perlu disembelih dan dijual dengan kadar segera. Aku menyasarkan 13 ekor arnab ini boleh menjanakan 13kg daging mentah (karkas) yang berharga RM 455. Kebanyakan orang mengatakan harga daging arnab RM35/kg adalah terlalu mahal. Tetapi kalau nak kurang dari harga ini boleh saja.. boleh bawak la berbincang.
Selain daripada itu aku ni suka sangat termenung kat depan reban arnab aku. Melihat telatah dan kerenah mereka menyebabkan aku leka. Bayang kan kalu dari pukul 10mlm aku boleh leka sampai pukul 1 pagi. Macam dah kena badi arnab jer. So masa yang aku anggap membazir ini elok lah aku alihkan ke aktiviti sebenar aku iaitu mendapat keputusan cemerlang dalam study aku.
Mengembali dan Meningkatkan Prestasi Pembelajaran Aku.
Benda ni aku akan ceritakan kat blog study aku.
Aku harap dengan dua azam ni, aku akan berubah. Manusia ni ada sifat yang istimewa berbanding dengan makhluk lain. Manusia ada sikap motivasi dan motivasi ini la yang membuatkan manusia berjaya di atas muka bumi ini. So kalau aku tak berjaya, bermakna aku sama la ngan makhluk-makhluk yang lain.
Semoga aku succes lepas nih.

Rabu, 25 April 2012
Anak arnab mati sekor
Malam tadi aku rasa letih sangat. Aku rasa aku tido dalam pukul 10. So bila dah rasa letih, aku malas nak jenguk arnab aku kat belakang rumah. So pada malam tadi arnab aku berlapar seketika. Pagi ni dalam pukul 6:45 pagi dlm keadaan agak gelap, aku jenguk seperti biasa untuk memberikan makan. Apa yang aku lihat, suasana agak kurang menarik dengan keadaan simen dan reban basah sana sini.
Baru aku teringat semalam wife aku ada bagtahu hujan lebat melanda taman aku pada waktu petang sebelum aku tiba rumah. Dan aku pun tak tau yang ia ada effect kat belakang rumah aku. Hampir separuh kawasan belakang rumah aku basah. Dan yang tak bestnyer, aku tengok bekas kotak anak dlm sangkar yang menempatkan induk dan anak yang baru di lahirkan 3 hari lepas, terbalik secara menegak dengan keadaan bawah menghadap aku.
Bila aku pergi belek kotak tu, aku tengok anak 4 ekor semua dah takder. Terus aku geledah dan mencari sekitar reban. Perkara yang aku suspect anak-anak arnab itu akan jatuh ke longkang yang dalamnya hampir satu meter. Tapi sekejap je aku dapat jumpa anak pertama dan kedua 5 meter dari sangkar. Tempatnya di sebalik makanan yang aku tempatkan di dinding luar dapur. Pandai pulak anak ni cari tempat yang jauh dari kesejukan. Anak ke tiga aku jumpa setengah jam selepas itu. Itu pun selepas aku menyelak karung makanan. Mencari tempat panas di celah-celah guni makanan.
Anak ke-4 paling last aku jumpa 45 minit selepas anak pertama jumpa. Itu pun selepas hari mula cerah. Tapi aku jumpa dalam keadaan yang menyedihkan. Anak ke 4 sudah mati. Mati kelemasan selepas jatuh ke dalam longkang yang bergenang air hujan. Ntah aku pun tak tahu, sama ada dia jatuh sebelum hujan atau selepas hujan lebat.
Tapi apa nak buat.. benda dah jadi. Aku tengok kotak tuh terbalik sebab mungkin ibunya terpijak tebing kotak. Atau ibunya menyelongkar bawah kotak yang menyebabkannya terbalik. Kotak tuh pun diperbuat dari plywood dan amat ringan. Kalau ringan, arnab memang suka terbalik-terbalik kan. Sebagai langkah sementara, aku masukkan mangkuk makanan yang berat ke dalam kotak anak tersebut. Kukuh sikit kotak tuh. Pas nih aku kena ikat kotak tuh jgn bagi dia bergerak. Kalau tak benda yang sama akan berulang.
Sebelum pegi keja aku suh ibu tuh masuk ke dalam kotak nyusukan anaknya. Anak arnab ni tak kisah kalau tak nyusu lebih 12 jam sebab arnab menyusukan anak dia dalam 1-2 kali sehari. Yang aku risaukan anak arnab ni akan mati sebab ia sudah berada dalam keadaan sejuk dalam tempoh masa yang lama. Harapan aku, jgn la anak ni mati. Moga dia dapat membesar dengan jayanya.
Stock sekarang dah tinggal 30ekor.
Baru aku teringat semalam wife aku ada bagtahu hujan lebat melanda taman aku pada waktu petang sebelum aku tiba rumah. Dan aku pun tak tau yang ia ada effect kat belakang rumah aku. Hampir separuh kawasan belakang rumah aku basah. Dan yang tak bestnyer, aku tengok bekas kotak anak dlm sangkar yang menempatkan induk dan anak yang baru di lahirkan 3 hari lepas, terbalik secara menegak dengan keadaan bawah menghadap aku.
Bila aku pergi belek kotak tu, aku tengok anak 4 ekor semua dah takder. Terus aku geledah dan mencari sekitar reban. Perkara yang aku suspect anak-anak arnab itu akan jatuh ke longkang yang dalamnya hampir satu meter. Tapi sekejap je aku dapat jumpa anak pertama dan kedua 5 meter dari sangkar. Tempatnya di sebalik makanan yang aku tempatkan di dinding luar dapur. Pandai pulak anak ni cari tempat yang jauh dari kesejukan. Anak ke tiga aku jumpa setengah jam selepas itu. Itu pun selepas aku menyelak karung makanan. Mencari tempat panas di celah-celah guni makanan.
Anak ke-4 paling last aku jumpa 45 minit selepas anak pertama jumpa. Itu pun selepas hari mula cerah. Tapi aku jumpa dalam keadaan yang menyedihkan. Anak ke 4 sudah mati. Mati kelemasan selepas jatuh ke dalam longkang yang bergenang air hujan. Ntah aku pun tak tahu, sama ada dia jatuh sebelum hujan atau selepas hujan lebat.
Anak ke 4 yang berada di dalam longkang dan sudah tidak bernyawa |
Sebelum pegi keja aku suh ibu tuh masuk ke dalam kotak nyusukan anaknya. Anak arnab ni tak kisah kalau tak nyusu lebih 12 jam sebab arnab menyusukan anak dia dalam 1-2 kali sehari. Yang aku risaukan anak arnab ni akan mati sebab ia sudah berada dalam keadaan sejuk dalam tempoh masa yang lama. Harapan aku, jgn la anak ni mati. Moga dia dapat membesar dengan jayanya.
Stock sekarang dah tinggal 30ekor.
Selasa, 24 April 2012
Jualan Arnab Ke-2
Alhamdulillah, doa dan hasrat aku untuk mengurangkan stok arnab termakbul. Pada 22/04/2012, lagi sekor anak arnab terjual. Ni pun hasil promosi aku yang tak disengajakan.
Sejak 2-3 hari ni arnab aku sering terlepas ke laman sebelah rumah aku disebabkan salah satu reban yang menanggung 8 ekor anak sudah bocor. Bocor pun akibat jaring dah berkarat dan perlu di tukar. Akibat kekangan masa, aku tutup ala kadar je dengan mangkuk makanan. Tapi tetap arnab-arnab ni dapat keluar jugak selepas dorang alihkan mangkuk tersebut. Pandai!
Kalau dah terlepas keluar ke laman tuh, tau-tau jer lah, berlari la arnab ini ke sana ke sini. Kadang-kadang melompat kegembiraan. Sebenarnya aku pun tawakkal je la bila arnab ni terlepas. Sebab di bahagian pintu pagar ada ruang-ruang besar untuk arnab ini keluar dengan senangnya. Tapi aku tengok arnab-arnab ni ok plak. Paling jauh dia pergi pun sampai bawah kereta. Pastuh duduk diam je kat bawah tu.
Nak di ikutkan cerita, selang satu hari tu di waktu petang yang dingin, semasa aku dalam rumah memakai seluar pendek sambil menonton tv, aku terdengar suara orang bercakap-cakap di luar rumah. Jarang ada orang bercakap depan rumah aku dalam jangka masa yang panjang. So aku pun intai la dari pintu grill rumah aku. Ada 2 orang kakak dan 2-3 orang budak yang kebetulan jiran depan rumah sedang berdiri diluar pagar rumah aku dan rancak melihat dan menegur kerenah arnab-arnab di dalam kawasan laman rumah aku. Di sebabkan terlalu rancak sangat, aku pun serta merta pakai seluar dan baju untuk melayan kerenah mereka.
Sampai je kat luar aku terus tegur bagitau akak tu yang arnab aku terlepas sebab reban bocor.
Aku tengok akak ni sedang mempromote kan arnab aku ke salah sorang budak lelaki yang berumur 10tahun. Ntah budak tuh pun blur je. Mungkin dia malu-malu kot nak mintak mak dia belikan sekor arnab dari aku. Pastuh aku pun tangkap la arnab-arnab aku. Senang je tangkap sebab arnab aku jinak. Habis tangkap aku masuk ke rumah untuk makan malam pada pukul 6 petang.
Selang beberapa minit selepas suapan pertama, ada orang bagi salam. Dalam hati aku takkan ada org tabligh datang waktu-waktu petang ni? Aku g jenguk rupanya ada seorang jiran aku menanyakan jika aku berminat untuk menjual sekor arnab untuk adiknya.. budak yang tadi la tu. Dia kata dia nak carikan kawan untuk arnab dia kat rumah. Lorr.. jiran aku pun ada bela arnab gak ke?. Budak ni kata dia tak tau nak jantan ke betina sebab arnab kat rumah pun dia tak tau lagi jantina nya. Aku pun mengofferkan diri untuk periksa jantina arnab jiran aku ni.
Aku pergi ke rumah jiran, aku tengok kecik je arnab tuh. Bulu pun tak cantik, compang camping. Kurus semacam. Dalam hati aku, mesti pasal arnab ni tak happy dengan kehidupan dia. Maybe kat makanan nya kot. Aku tanya umur, jiran aku ni tak tau. Dia kata sebelum ni ada 2 ekor, sekor dah mati. Tuh yang dia nak carikan kawan. Aku pun check, arnab jiran aku ni jantan maknanya aku kena jualkan yang betina la.
So aku pun ajak mak budak, adik tu dan seorang kakak pegi melawat reban kat belakang rumah aku. Sebenarnya aku jarang terima lawatan reban dari jiran-jiran aku. Ni jiran yang kedua datang melawat. Dorang pun amatlah terkejut sebab terlalu banyak arnab yang aku ada. Mata dorang pun rambang sebab ada arnab yang cantik-cantik untuk dorang pilih. Tapi yang penting adik tu la yang kena pilih. Lepas di offer, adik tuh pilih arnab berusia 110hari, berwarna hitam, baka kacuk anggora. Aku tolak murah je RM30. Kalau ikutkan harga arnab tuh mau dalam RM50 sebab dah kira besar. Berat pun dalam 1.5kg. Jiran punya pasal aku pun let go je la.
Aku pun mengiringi penghantaran arnab tuh ke rumah jiran aku yang terletak di depan rumah. Lagipun bakul yang dorang pakai buat pindah arnab tu bakul aku. Tiba kat rumah dorang aku pun cerita la serba sedikit tentang penjagaan arnab dan perihal arnab. Macam-macam la aku cerita. Dah nak maghrib baru aku balik.
Alhamdulillah, kurang lagi sekor jadi 31 ekor dan bertambah side income aku.. :)
Kelahiran ke-12 (21/04/2012-4 ekor)
Tanpa di duga dan di rancang aku telah menerima kelahiran 4 ekor anak arnab buat kali ke-12 pada 21/04/2012. Aku pelik kerana bila masa aku kahwenkan arnab sejak 28 - 31 hari lepas?
Aku terus periksa 6 sangkar induk. Aku perhatikan sekali imbas memang tiada sedikit pun kesan bulu-bulu yang di cabut atau berserakan dlm sangkar iaitu keadaan di mana induk sudah melahirkan anak. Cuma bila aku perhatikan betul-betul terdapat sekor lagi anak dalam salah satu sangkar induk, Aku rasa tak percaya bahawa itu adalah induk kepada anak-anak arnab yang bersepah ni kerana induk tersebut baru saja melahirkan 5 ekor anak dlm kelahiran ke11 yang lepas dan kesemuanya mati selepas 2-5 hari selepas itu. Kali ini adalah kelahiran ke12 dan aku perlu mencari kepastian.
Disebabkan arnab ni beranak bersepah, aku mencari-cari sekitar kawasan dan berjumpa dengan anak yang ke 4 di bawah plastic atas timbunan tahi arnab. Cepat-cepat aku masukkan yang ke 4 ni ke dalam tong kayu bersama-sama yang lain dan si ibu. Kali ni aku beralih ke sangkar yang besar sebab sebelum ni anak-anaknya yang terakhir mati disebabkan terpijak di dalam sangkar yang kecil. So aku pun meletakkan induk tersebut kedalam tong anaknya tp ibunya tak biasa seakan-akan bingung. Aku kena tolong ibu arnab ni. So aku pun terlentang ibu ni dan mencabut bulu disekitar puting-putingnya (5 pasang puting!) supaya si anak senang menyusu nanti dan bulu-bulu yang di cabut boleh dibuat selimut untuk memanaskan anak-anaknya. Lagipun kita kena biasakan bau ibu dengan anak-anaknya. Kalau tak kang ibu nya tak bagi nyusu anaknya, mana kala anak tak kenal ibu. Boleh bawak mati woo…
Dah habis proses mencabut bulu, aku terus masukkan ibu ke dalam tong anaknya. Si ibu menolak dan menghentak kaki beerti dia tak selesa apa yang aku buat. Aku tengok hari pun dah lewat. So aku ambil keputusan membiarkan ibu nya di luar kotak dengan harapan esok takde la anak-anaknya mati. Pagi esoknya aku tengok 4 ekor anak masih hidup. Aku check perut ibunya, ada bulu basah di sekitar puting beerti proses penyusuan telah berlaku. Bulu pun makin bertambah maknanya si ibu sudah mengaku dia ada anak untuk di jaga. Tadi aku tengok dia pun dah masuk ke dalam kotak menyusukan anaknya dengan selesa.
Alhamdulillah, harapan aku 4 ekor anak ni akan hidup membesar seperti yang di harapkan. 1 bulan dah boleh jual. Takpun 3 bulan dah boleh semelih. So sekarang stok arnab aku bertambah semula menjadi 32 ekor. Walaupun sebelum ni aku target nak kurang kan stok to Allah dah bagi rezeki kita terimalah dengan hati terbuka.
Ceritanya begini... malam lebih kurang pukul 11:30 mlm hari tersebut aku rasa malas sangat untuk mejenguk arnab aku tapi ingin sekali memeriksa bahagian belakang reban aku yang penuh dengan sisa buangan domestik. Semasa aku melangkah nak kebelakang reban, dibendul lantai aku terlihat ada 2 makhluk terkulat-kulat mencari perlindungan dari rimbunan daun yang berlonggok kat situ. Selepas aku perhatikan betul-betul, ada 2 ekor anak arnab berwarna hitam baru lahir tp dah kering dan berbulu kilat... dengan kadar segera aku terus mengangkat anak2 tersebut dan mencari bekas untuk anak arnab. Aku tergaru-garu, induk manakah antara 6 ekor yang telah beranak senyap-senyap ni?...
Aku terus periksa 6 sangkar induk. Aku perhatikan sekali imbas memang tiada sedikit pun kesan bulu-bulu yang di cabut atau berserakan dlm sangkar iaitu keadaan di mana induk sudah melahirkan anak. Cuma bila aku perhatikan betul-betul terdapat sekor lagi anak dalam salah satu sangkar induk, Aku rasa tak percaya bahawa itu adalah induk kepada anak-anak arnab yang bersepah ni kerana induk tersebut baru saja melahirkan 5 ekor anak dlm kelahiran ke11 yang lepas dan kesemuanya mati selepas 2-5 hari selepas itu. Kali ini adalah kelahiran ke12 dan aku perlu mencari kepastian.
Untuk mendapatkan kepastian bahawa induk tersebut baru beranak, aku terus periksa bulu diperut induk tersebut. Tiada kesan bulu di cabut dan muka induk tuh pun selamba mcm takde berlaku apa-apa. Kemudian aku periksa kemaluan nya. Bulu dikemaluan nya rasa keras sedikit seperti kesan kanji yang baru kering beerti kesan beranak mungkin telah berlaku sejak 6-8 jam yang lepas. Masa itu aku masih di waktu bekerja. Untuk menyakinkan, aku pegi ambil rekod dan melihat bahawa kelahiran untuk induk tersebut sebelum ni adalah 21/03/2012. Kali ini tarikhnya adalah 21/04/2012. Aku buat kira-kira, 31 hari selang masa kelahiran.. wow, tepat sekali waktu buntingnya.. Aku imbas kembali… semasa dia beranak sebelum ni dia masih bersama Jantan. Jadi aku membuat kesimpulan, pada selang masa beranak hingga aku jumpa anak-anaknya di kelahiran 11, dia sempat mengawan dengan jantan tuh. Dan hasilnya dia beranak selepas 31 hari bunting! Dasar Playboy! Hahaha.
Disebabkan arnab ni beranak bersepah, aku mencari-cari sekitar kawasan dan berjumpa dengan anak yang ke 4 di bawah plastic atas timbunan tahi arnab. Cepat-cepat aku masukkan yang ke 4 ni ke dalam tong kayu bersama-sama yang lain dan si ibu. Kali ni aku beralih ke sangkar yang besar sebab sebelum ni anak-anaknya yang terakhir mati disebabkan terpijak di dalam sangkar yang kecil. So aku pun meletakkan induk tersebut kedalam tong anaknya tp ibunya tak biasa seakan-akan bingung. Aku kena tolong ibu arnab ni. So aku pun terlentang ibu ni dan mencabut bulu disekitar puting-putingnya (5 pasang puting!) supaya si anak senang menyusu nanti dan bulu-bulu yang di cabut boleh dibuat selimut untuk memanaskan anak-anaknya. Lagipun kita kena biasakan bau ibu dengan anak-anaknya. Kalau tak kang ibu nya tak bagi nyusu anaknya, mana kala anak tak kenal ibu. Boleh bawak mati woo…
Dah habis proses mencabut bulu, aku terus masukkan ibu ke dalam tong anaknya. Si ibu menolak dan menghentak kaki beerti dia tak selesa apa yang aku buat. Aku tengok hari pun dah lewat. So aku ambil keputusan membiarkan ibu nya di luar kotak dengan harapan esok takde la anak-anaknya mati. Pagi esoknya aku tengok 4 ekor anak masih hidup. Aku check perut ibunya, ada bulu basah di sekitar puting beerti proses penyusuan telah berlaku. Bulu pun makin bertambah maknanya si ibu sudah mengaku dia ada anak untuk di jaga. Tadi aku tengok dia pun dah masuk ke dalam kotak menyusukan anaknya dengan selesa.
Alhamdulillah, harapan aku 4 ekor anak ni akan hidup membesar seperti yang di harapkan. 1 bulan dah boleh jual. Takpun 3 bulan dah boleh semelih. So sekarang stok arnab aku bertambah semula menjadi 32 ekor. Walaupun sebelum ni aku target nak kurang kan stok to Allah dah bagi rezeki kita terimalah dengan hati terbuka.
4 ekor anak kelahiran je 12 yang sedang bergolek. Baka ni kalu jaga elok 3 bulan dah 1.7kg |
Spesifikasi Arnab Kelahiran ke 12;
Induk : Chinchila Kelabu
Penjantan : Anggora Kelabu I
Kelahiran sebelum : 21/03/2012 - 5 ekor tp semua mati selepas hari pertama hingga hari ke 5
Tarikh mengawan : 21/03/2012 (tak sengaja)
Tarikh Kelahiran : 21/04/2012 - 4 ekor bersepah.
Jumlah kelahiran : Kali ke 3
Jumlah anak : 8 + 5 + 4 = 17 ekor (tempoh 3 bulan 5/1/2012 - 21/04/2012)
Ahad, 22 April 2012
Jualan Anak Arnab Pertama
Dalam entry arnab sebelum ni aku ada menyebut stok anak arnab aku ada 11 ekor kan.. So ini la kesinambungan cerita stok anak arnab ni.
Tempoh hari masa aku cuti exam, aku ada balik kampung jap dengan membawa 8 ekor anak arnab selepas aku dapat tahu dari mak aku ada org nak 2 pasang arnab berumur lebih kurang sebulan. Aku bawakkan jugak lagi 2 ekor yang berumur lebih 2 bulan. Stok yang aku bawak adalah 6/7 ekor anak umur 50hari dan 2/4 ekor anak umur 78hari.

Jadi, pada hari Jumaat 20hb April 2012 merupakan tarikh keramat bagi aku selepas 2 tahun bergelar penternak arnab belakang rumah (back yard) kerana aku telah berjaya menjual 4 ekor (2 pasang arnab) baka mix anggora. Dengan harga timbang/borong setengah kilo RM15 seekor, 4 dari 7 ekor adik beradik yang berusia 50hari (kelahiran 9 - 1/3/2012) telah dijual kepada seorang rakan kampung mak aku. Aku personally handover pada brader tuh. Dia kata ada budak-budak kilang order.
Aku pun ader terpikir-pikir dari mana la brader ni dapat cerita yang aku ada bela dan nak jual anak arnab. Rupa-rupanya selepas 4-6 jam aku duduk kat kedai mak aku baru tahu rupanya mak aku yang pukul canang pada setiap orang kampung yang singgah ke warung mak aku. Patutlah...
Pastuh aku pun ada terpikir-pikir, kalau network dan promosi brader ni kat budak-budak kilang ni bagus, market aku boleh pegi jauh ni. Buat pengetahuan brader ni adalah seorang pemandu bas kilang yang ulang alik mengangkut orang kampung aku ke sebuah kilang terkemuka di Batu Berendam.
Dugaan aku memang betul. Satu hari lepas tuh mak aku call brader tuh nak lagi sepasang. Tadi aku balik kampung jap, brader tuh takde. So takde la jualan pada hari ini.
Pada hari yang sama juga selepas selesai urusan dengan brader tuh aku gi ke tempat belajar aku untuk ambil exam terakhir tuk semester ni. Aku ada tinggalkan lagi 4 ekor kat kedai mak aku supaya tengok-tengokkan. Mana la tau ada orang berkenan. Selesai exam mak aku telefon ada orang kat warung nak sepasang dan bertanyakan harga. Aku bagitau mak aku tolak je sepasang RM30. Kalau yang besar tuh sepasang RM60. Baka mix anggora beb.. Bulu panjang takkan nak tolak murah. Disebabkan mak aku pun tak tau sangat mcm mana nak pilih jantan betina, aku pun suh tunggu aku balik ke kampung selepas exam.
Petang tuh aku tiba kampung dengan membawa pertambahan 3 ekor anak dari adik beradik yang sama. Tapi aku hampa sebab org yang bertanyakan harga tuh telah ditawarkan RM40 oleh mak aku dan harga tetap itu tak diterima oleh bakal pembeli. Nak tak nak aku balik ke rumah dengan membawa semula baki 7 ekor. So pada hari tersebut aku mempunyai baki 32-4 = 28 ekor.
Malam ni, Insya Allah aku nak g semelih 4 ekor stock pedaging. 1 mak aku order, 1 abang aku nak test power buat goreng saja dan lagi 2 aku nak makan sendiri. So selepas ini stok daging hidup tinggal 9ekor saja.
Sabtu, 21 April 2012
Selepas cuti exam 1 hari
Semalam aku cuti exam 1 hari untuk final paper sem 6.. hari ni masuk opis semula, keja biasa.. berlambak pulak keja yang tertangguh.. ni keja baru biasa, belum lagi keja tambahan yang akan diberi oleh 3 boss. Kalau dorang bagi kerja tambahan gak, aku rasa lepas pukul 3 petang la baru aku boleh buat. Macam ni la keja aku sejak jadi Production Planning Officer sejak 8 tahun lepas. Nak tak nak kerana terima... Nak carik makan...
Tengok tuh, tengah aku menaip ni boleh pulak datang Japanese aku suh buat revised sales budget tuk bulan ni dan 2 bulan akan datang... nak sebelum tengahari ni (dalam 2 jam setengah je)
Cis.. Ni bukan pukul 3 petang lagi.. skarang jugak nak kena buat.. so buat je la.. dah dia bagi time completion.. lagipun report ni mmg kena buat sebab dah hujung-hujung bulan dah ni..

Khamis, 19 April 2012
Update Arnab 19/04/2012 -32 ekor
Stok sekarang: 8 induk + 24 ekor anak = 32 ekor
Semalam aku buat inventory untuk stok daging hidup. Sekarang ada 13 ekor yang berumur 90-109hari.
1.50kg - 1.56kg = 3 ekor
1.40kg - 1.49kg = 3 ekor
1.30kg - 1.39kg = 4 ekor
1.20kg - 1.29kg = 3 ekor
Ada 11 ekor lagi anak dari dua induk berasingan yg masing-masing 4 ekor berusia dua bulan lebih (berat 0.8kg - 1.12kg) dan 7 ekor berusia sebulan lebih (400-550gram). Semalam aku dapat panggilan dari kpg mengatakan ada org tgh carik 2 pasang anak untuk dibela. So 4 dari 7 ekor anak ini akan diletgo. Mula-mula aku nak letak RM20 seekor tp aku rasa mahal sangat untuk penternak yang baru mula mcm aku ni. So aku letak harga RM15 seekor dengan harapan selepas ini ada la pertambahan order. Buat pengetahuan, kalau jadi jual yang ni akan menjadi 1st jualan under katergori anak.
Mggu lepas hari Ahad ada jugak org dari kpg bgtau nak arnab dewasa sepasang nak buat makan. Tp dia nak bela dulu. Kira dia nak beli arnab hidup la. Berdasarkan market, harga arnab hidup adalah RM35 sekilo. Disebabkan berat arnab aku bermur 3 bulan dalam lingkungan 1.5kg maka harga yang sepatutnya dijual dalam RM 52.50. Terperanjat gak aku tgk harga untuk sekor ni. Takkan aku nak jual lebih RM100 tuk dua ekor pulak kan? Sbb org yg nak beli ni adalah org kpg yg rapat ngan aku. Maka aku pun bgtau la tgk arnab dulu kalau setuju ngn harga yang aku tawarkan. Kalau nak murah tak de masalah. Boleh bawak berbincang.
Buat masa sekarang atas sebab-sebab tertentu aku sedang mengurangkan stok aku bawah 20 ekor. Dan jika permintaan sentiasa ada, aku akan mengurangkan lagi stok hingga tinggal induk 8 ekor sahaja. Aku bela arnab ni pun kerana nak timba pengalaman dalam bidang penternakan. So selama setahun setengah aku bela, sikit sebanyak aku dah paham selok belok dan kerenah makhluk yg senyap ni. Harapan aku, pernternakan aku ni boleh berkembang ke arah yang lebih baik. Bukan sahaja kat arnab, mana tau suatu hari nanti ke ayam ke, lembu ke, ikan ke. Aku tengok yang penting haiwan penternakan kita tuh happy, dah kira OK. Selain tuh, mintalah doa dari Allah supaya dijauhkan segala kesulitan.
Moga kita mendapat yang TERBAIK dari Allah swt.

4 beradik bertarikh 31/Mac 2012 - 56hari Hari ini sudah berumur 75 hari. |
7 dwarf masa umur 30hari (30/3/2012). Comel kan |
Dua gambar di atas dari bapak yang sama tp dua induk yang berpangkat ibu-anak.
Mggu lepas hari Ahad ada jugak org dari kpg bgtau nak arnab dewasa sepasang nak buat makan. Tp dia nak bela dulu. Kira dia nak beli arnab hidup la. Berdasarkan market, harga arnab hidup adalah RM35 sekilo. Disebabkan berat arnab aku bermur 3 bulan dalam lingkungan 1.5kg maka harga yang sepatutnya dijual dalam RM 52.50. Terperanjat gak aku tgk harga untuk sekor ni. Takkan aku nak jual lebih RM100 tuk dua ekor pulak kan? Sbb org yg nak beli ni adalah org kpg yg rapat ngan aku. Maka aku pun bgtau la tgk arnab dulu kalau setuju ngn harga yang aku tawarkan. Kalau nak murah tak de masalah. Boleh bawak berbincang.
Buat masa sekarang atas sebab-sebab tertentu aku sedang mengurangkan stok aku bawah 20 ekor. Dan jika permintaan sentiasa ada, aku akan mengurangkan lagi stok hingga tinggal induk 8 ekor sahaja. Aku bela arnab ni pun kerana nak timba pengalaman dalam bidang penternakan. So selama setahun setengah aku bela, sikit sebanyak aku dah paham selok belok dan kerenah makhluk yg senyap ni. Harapan aku, pernternakan aku ni boleh berkembang ke arah yang lebih baik. Bukan sahaja kat arnab, mana tau suatu hari nanti ke ayam ke, lembu ke, ikan ke. Aku tengok yang penting haiwan penternakan kita tuh happy, dah kira OK. Selain tuh, mintalah doa dari Allah supaya dijauhkan segala kesulitan.
Moga kita mendapat yang TERBAIK dari Allah swt.
Isnin, 16 April 2012
Bil Eletrik PERCUMA Part I
Sebenarnya dah lama aku perhatikan bila elektrik TNB aku yang sentiasa dalam lingkungan RM22 ke RM26 sebulan. Dan semakin lama aku tengok semakin sakit hati aku. Jadi tindakan proaktif telah diambil selepas 2 tahun (baru nak bertindak??) aku dok membayar bil api setiap 5-6bulan sekali tu. Di sini aku mensasarkan 2 barang yang terlalu kerap aku pakai dan mempunyai alernatif lain untuk mengurangkan bil letrik bulanan aku bawah RM20 sekali gus layak mendapat 100% pembiayaan dari kerajaan malaysia. Barang-barang tersebut adalah Periuk Nasi Elektrik dan Cerek Eletrik. Maka di bawah ini adalah analisa aku.
1. PERIUK NASI yang aku dapat dari hadiah kahwin 3 tahun lepas. Kuasa periuk nasi ni adalah 700W iaitu bersamaan 0.7kW. Setiap hari aku pakai lebih kurang 30min = 0.5jam dan dalam sebulan aku telah menggunakan selama 0.5j x 30hari = 15jam. Jadi untuk periuk nasi ni aku telah menggunakan 0.7kW x 15j = 10.5kWj.
2. Mari pulak kira benda yang selalu aku pakai dan mempunyai kuasa yang paling tinggi sekali.. Iaitu sebuah CEREK AIR (pun dapat dari hadiah kawen) berkapasiti 1.5liter yang mempunyai 2200W = 2.2kW!. Dalam satu hari secara purata aku menggunakan sebanyak 3kali sebab kami bertiga dlm keluarga memang kuat minum air. Maka dalam sebulan aku telah menggunakan sebanyak 2.2kW x 3kali x 10/60j x 30hari = 33kWj
Secara keseluruhannya aku telah menggunakan 2 benda yang paling mencekik darah dalam sebulan iaitu;
Periuk Nasi + Cerek Letrik = 10.5kWj + 33kWj = 43.5kWj
Jika tarif letrik TNB adalah 0.218 sen bagi setiap 1kWj maka untuk 2 barang ni sahaja aku perlu membayar RM 0.218 x 43.5kWj = RM 9.483.
OK, sekarang secara teorinya aku akan berjaya mengurangkan bil aku dari RM 22-26 sebulan ke RM 13 - 17 (dan tentulah ianya jadi PERCUMA). Sebagai alternatif, aku telah pun menukarkan cerek air dan periuk nasi yang menggunakan gas bermula pada 12hb April 2012. Tapi disebabkan bil api bulanan hanya akan dapat pada 5hb depan, maknanya langkah penjimatan aku ini bermula pada tengah bulan. Jadi sikit lebih kurang ia akan mengurangkan lebih kurang RM5 untuk bi letrik bulan April ni. Agak2 dpt la jugak bawah RM20. Bulan 5 baru boleh dikatakan bulan bermulanya penjimatan bil api. Bayangkan RM25 sebulan selama setahun kita boleh jimatkan wang kita sebanyak RM 25 x 12 = RM300?? kalau 10 tahun dah jadik RM 3,000. Banyak tuh..
Ada satu lagi perkakas letrik dalam pandangan aku iaitu SETERIKA berkuasa 1100W = 1.1kW yang digunakan seminggu sekali selama setengah jam. Disebabkan benda ni takde alternatif lain yang boleh diganti, aku pun teruskan pakai. Lagipun kWj yang digunakan dalam sebulan, 1.1kW x 4kali x 0.5j = 2.2kWj, adalah terlalu kecil iaitu 2.2kWj x 0.218 sen = RM 0.48 jer..
Tapi aku tak lupa kesan akibat selepas aku jimatkan kegunaan elektrik ni. Lepas ni aku kena tengok pulak penggunaan gas aku. Sebelum ni aku pakai satu tong untuk setahun je, tapi selepas cerek air ngan periuk nasi ini menggunakan gas, secara otomatiknya kegunaan gas aku tentulah akan berubah. So benda ni pun aku kena pantau jugak. Tapi kira berbaloi la kalau setahun boleh jimat RM300, takat tambahan lagi 1 tong gas setahun pun masih dibawah lingkungan RM 30.
Ada banyak lagi benda lain yang boleh buatkan kita berjimat. Ini hanyalah salah satu caranya. Dan aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana quota yang diwujudkan telah memotivasikan diri aku untuk berjimat.

10 Sebab Kenapa Anda Patut Makan Daging Arnab
1. Ia adalah salah satu daripada daging putih terbaik yang terdapat di pasaran hari ini.
2. Daging arnab mempunyai peratusan protein yang tinggi dan mudah dihadam.
3. Ia mengandungi paling kurang jumlah lemak di kalangan daging lain.
4. Daging arnab mengandungi kalori nilai yang kurang daripada daging lain.
5. Daging arnab adalah bebas kolesterol dan oleh itu ia "mesra" dengan pesakit jantung.
6. Kandungan garam dalam daging arnab adalah paling kurang berbanding daging lain.
7. Kalsium dan fosforus kandungan daging ini adalah lebih daripada mana-mana daging lain.
8. Nisbah daging kepada tulang yang tertinggi bermaksud ia mempunyai daging yang lebih untuk dimakan berbanding daging ayam.
9. Daging arnab ada banyak faedah kesihatan, ia tidak mempunyai rasa yang kuat dan setanding dengan ayam tetapi tidak serupa.
10. Arnab adalah salah satu daripada haiwan ternakan domestik yang paling produktif. Arnab boleh menghasilkan 6 paun daging pada makanan dan air yang sama seperti lembu ambil tetapi lembu hanya akan menghasilkan 1 paun daging.
Jadi anda boleh melihat terdapat banyak faedah kesihatan untuk memakan daging arnab.
Ia adalah sihat untuk anda dan murah untuk dihasilkan. Mengapa tidak mencuba untuk menggabungkan beberapa daging arnab ke dalam diet anda hari ini.
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Stock daging arnab pada 16hb April 2012
Assalamualaikum,
Secara kasarnya, stock daging arnab hidup (usia dari 60hari ke 100hari) pada hari ini 16hb April 2012;
1. 1.5kg = 2ekor,
2. 1.4kg = 4ekor,
3. 1.3kg = 4ekor,
4. 1.2kg = 3ekor,
5. 1.0kg = 4ekor..
6. lain2 ada 7 ekor yg berusia sebulan lebih menanti besar untuk di jadikan stok daging.
Jika jadikan stok daging, berat daging adalah 2/3 dari berat hidup.
RM38/kg untuk daging segar, dan RM35/kg untuk sejuk beku.
Hubungi kami dengan segera sementara stock masih ada.
Jumaat, 13 April 2012
Pisang Oh! Pisang
Sebelum aku menyewa rumah ni aku mmg perasan ada pokok pisang yang tak berapa subur tumbuh kat sebelah rumah ni. Tuan rumah pun ada bagitau, kalau pokok tuh berbuah, ko amik je la buah tu buat makan sebab dia yang tanam. So aku tak expect tiap-tiap tahun dia berbuah untuk aku sekeluarga
Nama pisang ni orang panggil pisang 40 hari.. Orang bagi nama mcm tu sebab start dia berbuah, 40hari pas tuh dia akan masak. Ye betul ke tak tak tau la.. Tahun ni aku akan merasa pisang ni berbuah buat kali kedua. Bukan pisang berbuah dua kali ye, tp rumpun pisang yang sama berbuah buat kali kedua.. Kali ni pokok yang tumbuh adalah paling tinggi dalam sejarah. Mungkin dia dapat baja tahi arnab dari reban berdekatan kot.
Tahun lepas rasa-rasa aku adalah 5 kali pisang ni berbuah. Ada satu masa tuh, aku dapat 5 tandan pisang dlm masa seminggu. So rezeki kengkawan la.. aku suh wife aku bagi kat pengasuh anak aku, bagi jiran depan rumah adalah 2 buah rumah, bawak balik kampung mertua, bagi mak aku kat jasin, bawak ke opis.. ada yg g bagi tuan rumah.. mmg mewah la kalau pisang ni buah serentak.
Ada satu masa tuh aku ingat nak kurangkan jumlah pokok pisang yg tumbuh ni sebab makin lama dia makin jauh dari rumpun yang asal. Tp bila aku tgk tak lah banyak dia bercambah, aku biarkan aje.. kalau dah lebih dari 5 pokok, aku rasa aku nak tebang je selebihnya.. Tp setakat ni pokok ni mmg tak mengecewakan aku.. mmg buah dia sedap.. Terima kasih tuan rumah...

May 2010: ni gambor masa mula-mula aku duduk Belakang tuh la pokok pisang tu tumbuh |
Oktober 2010 - Rasa aku batch ni la yg akan menghasilkan pisang 5 tandan. |
Apr 2011 - Pokok pisang selepas 5 batch.. semua katik2 |
March 2012 : Kali kedua untuk tahun ni. |
Mesin Rumput
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Rumah yang aku duduk sekarang ni adalah sebuah rumah sewa korner lot bersaiz
3,652kps. Kalau diikutkan saiz rumah 20'x70' kaki, so tanah sebelah rumah berbaki
lebih 2,000kps amat lah luas untuk aku maintain kan rumputnya tiap-tiap bulan. Selama
2 tahun ni aku byk kali meminjam mesin rumput dari bapak aku kat kampung dan
terpaksa berulang alik memikul dari kampung ke rumah. Perkara ni sedikit sebanyak
menimbulkan masalah untuk aku memaintainkan tanah tersebut. So dpd aku buang
masa, tenaga dan duit aku ulang alik, adalah amat berbaloi kalau aku terus
mempunyai sebuah mesin rumput.
So pada 17hb/Mar aku nekad membeli sebuah mesin rumput untuk kegunaan sendiri.
Aku survey dua kedai je kat Bandar Jasin. Pada mulanya aku agak terperanjat
jugak la bila tokei kedai bagitau harga yang disurvey dlm lingkungan RM1,000
lebih. Bila aku terangkan kegunaan aku hanya la sebulan sekali dan untuk tanah sekangkang
kera di sebelah rumah, baru la tokei kedai tu mengesyorkan aku amik yang paling
murah; RM285 brand Tanaki. Yang negativenya brand ni takde warranty dan enjin
cepat jem kalau pakai terlalu lama. Bincang punya bincang tokei kedai tuh bagi
aku personal warranty 1 bulan. Siap sekali dia cadangkan kedai yang boleh
repair mesin ni kalau rosak. Dalam hati aku, mmg kompem la mesin ni cepat rosak
kalau dah siap rekemen tempat repair.
Pas dorang pasang kat kedai, aku bawak balik rumah, terus pegi beli petrol
dan minyak 2T. Nak dijadikan cerita aku main tuang je minyak 2T rasa-rasa dalam
nisbah 1/10 kot dengan petrol. Then aku pun mula hidupkan enjin mesin. 2-3 kali
tarik tak nak hidup. Adjust punya adjust (aku pun tak tau apa aku adjust), baru
la hidup tuh pun tak constant bunyinya. Aku pikir mungkin mesin tuh baru nak
belajar jadik mesin rumput kot, tuh yang aku biarkan dia panas seketika. Tp aku
dengar bunyinya kejap laju kejap perlahan... kejap laju kejap perlahan.. eh
takkan baru lagi dah semput.. ah.. hantam je la.. aku pun angkat mesin naik ke
belakang aku terus g mesin.. mmg betul la, mesin tu kejap laju kejap perlahan.
Lama-lama pas tuh dia mati.. nak start balik kena turunkan dari belakang aku
pulak tuh. Kalau ringan aku tak kisah.. aku start hidup pulak.. aku main
throttle dia ok.. so aku naikkan semula ke belakang aku dan g mesin rumput.. tp bila aku main throttle
dia, jadi semput.. mcm angin lebih jer..
Dalam 1 jam aku mesin, aku naik boring plak sebab byk kali mati. Disebabkan tengahari aku nak balik ke batu pahat, wife aku pun dah sms tanya bila nak bertolak balik, aku matikan aje hasrat aku nak mesin semua rumput. On the way balik batu pahat tuh aku ada pikir-pikir mungkin aku terlebih pakai minyak 2T. Dan tekaan aku betul bila aku tanya bapak aku..
Seminggu selepas tu, lepas aku habiskan minyak yg terlebih 2T tu aku letakkan 2T 1/25 bahagian petrol. Kali ni memang laju je aku mesin rumput dan enjin pun takde semput dan mati. Mungkin mesin tuh dah ngaku yg dia memang hidup sebagai mesin rumput. Jadi dia kena lah jadi yang terbaik untuk tuan dia. So kali kedua aku pakai mesin tuh kepuasan aku meningkat 50%. Masih banyak yang aku kena improve dalam mencari skill mesin rumput yang terbaik. Mana lah tau sikit hari aku boleh amik tender mesin rumput rumah orang pada hari minggu. Ada jugak side income dan senaman untuk aku ye tak? Nih le sebahagian gambo before and after.
Isnin, 9 April 2012
Azam 2012
Assalamua’alaikum dan salam sejahtera.
Rasanya tak terlambat lagi aku nak mencoretkan azam yg telah aku buat untuk tahun ni sebab ada beberapa azam yang masih lagi aku keep follow –up.
Biasanya tiap-tiap hujung tahun aku akan mengemaskini azam aku yang telah dah belum lagi di tunaikan. Seperti biasa mana-mana azam yg lain belum ditunaikan akan aku update sama ada untuk carry forward ke depan atau tangguh kan atau terus delete dari list yg ada dlm tangan aku. So untuk tahun ni ada 4 azam utama yang telah aku setkan sebelum tahun baru 2012 lagi. Secara umumnya adalah;
1. Mempunyai rumah sendiri
2. Mempunyai sebuah kenderaan yg cost-saving
3. Memulakan kerja-kerja yang dapat menjanakan pendapatan sampingan secara berterusan
4. Berhenti kerja (mengikut T & C)
Untuk pengetahuan sehingga takat ini, azam #1 dalam proses. Azam #2 sudah pun tertunai dengan adanya sebuah kereta Kancil bercapacity 660cc tahun 2005. Sebulan bayar RM150. Oklah tuh. Jadi le untuk aku ke hulur hilir untuk menjalankan kerja sampingan. Azam #3 aku rasa korang mesti ingat aku jual arnab kan, tp sebenarnya tidak. Aku sedang study satu jenis bidang penternakan lain yg boleh menjanakan keuntungan lebih besar. Dan aku rasa dari segi teori aku telah faham. MODAL BESAR, RISIKO BESAR tapi UNTUNG pun BESAR.
Dan azam #4 jgn terperanjat plak kalu pas bulan 4-7 ni aku dah takde kat keja sekarang ni. Tuh pun bergantung pada terma dan syarat yg telah aku tetapkan.
Ikutkan banyak lagi yg boleh aku ceritakan kat azam ni. Tapi masa aku kat opis pun dah suntuk. Aku nak balik. Kat rumah plak nak study. So nanti-nantila aku update bila ada masa.. Till then, see you.
Wassalam
Iklan di Mudah: Daging Rabbit Arnab Segar RM38/kg
Assalamua'laikum & Salam Sejahtera,
Sebenarnya dah lama KAMI berbincang untuk menceburkan diri dalam penjualan daging arnab secara kecil-kecilan. Disebabkan stock daging yg kejap ada kejap takde, maka kami pendamkan dulu hasrat ni. Sekarang, sesudah wujudnya sebuah cawangan backyard arnab di jasin atas nama fagrorabitray, stock kami dikatakan cukup untuk menampung permintaan dari orang perseorangan dan keluarga, maka buat kali pertama kami mengeluarkan iklan di mudah.my berjenamakan Fagrorabitary.
Iklannya serba ringkas atas permintaan tuan punya jenama. Dan selama seminggu ni juga la sudah 5 ekor arnab aku di sembelih, 3 di jual, 2 aku simpan buat kegunaan keluarga. Sapa nak boleh order kat no seperti yg tertera kat alamat mudah.my kat atas. Daging arnab yang kami jual adalah baka kampung tempatan mixed. Usia dalam 3 bulan. Dan berat seekor dlm 1kg (selepas di bersihkan).
Doa kan la kami supaya terus berkekalan dalam perniagaan daging arnab ini. Mana la tau berkat doa kalian akan wujud plak ladang Fagrorabitary. Sapa tau kan. Insya Allah, hasil usaha doa dan tawakkal kita akan dapat yang terbaik dari Allah swt.
Wasslam.
Blog yang melekakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni aku mula bekerja untuk minggu ke 15 dalam tahun ni dengan pengalaman baru; Update Blog semasa hari kerja! Ternyata pengalaman baru ini sedikit sebanyak mengganggu kepala hotak aku yg sentiasa berfikir semasa aku bekerja. Dan buat kali pertama juga aku GAGAL untuk mengadaptasikan situasi ini. Jadi hari ini aku kerja je la dulu. Kalau tak nanti satu keja aku tak siap. Lagipun aku ada exam hari sabtu ni.. So baik aku menguruskan masa aku dengan sebijak-bijaknya... Mind aku kena set semula: Blog is the last priority.
Inilah meja yg aku hari hari ngadap masa kerja. So sendiri mau ingat la.
NO EXCUSE
- NEVER ENDING IMPORVEMENT-
Ahad, 8 April 2012
Daging arnab hasil titik peluh sendiri..
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...
Ini lah gambar2 berat arnab kampung yg telah disembelih dan siap di siang (lapah).
Nak tunjuk gambar yg lain ada org tak sampai hati plak nak tengok sbb jenis org yg mcm ni, bila suruh komen je pasal apa tak sampai hati, dorg selalu kata MCM KUCING.. Yang pastinya binatang ni halal di makan. So pada aku takde bantahan di situ.
Nanti aku cerita mcm mana aku leh terlibat ngan penternakan arnab secara back yard ni gara-gara idea yg dicetuskan oleh abang aku.
Hari ni 2 ekor lagi arnab aku di sembelih untuk stok daging. Tp buat kali ke 5 ni aku jadikan makanan untuk family aku sendiri.. yelah takkan 4 ekor sebelum ni sembelih asyik jual kat org lain jer... bila nak merasa air tangan sendiri ye tak? Yg tukang sembelihnya tak lain tak bukan abang aku sendiri yg tempatnya berada lebih kurang 20minit perjalanan. Nak harapkan aku ni, belum lagi pandai nak mencuba.. nanti ada masa aku belajar la sendiri... dah yakin aku sembelih kat rumah aku je..
Ini lah gambar2 berat arnab kampung yg telah disembelih dan siap di siang (lapah).
Dua gambar pertama aku punya,
yg belah kanan tuh abg akunya bahagian..
yg belah kanan tuh abg akunya bahagian..
Nak tunjuk gambar yg lain ada org tak sampai hati plak nak tengok sbb jenis org yg mcm ni, bila suruh komen je pasal apa tak sampai hati, dorg selalu kata MCM KUCING.. Yang pastinya binatang ni halal di makan. So pada aku takde bantahan di situ.
Bab permantauan size, berat arnab.. abang aku lagi tahu la sebab dia ternak arnab lagi dulu dari aku.. baka2 (arnab kampung) yg aku dapat pun dari dia.. Abang aku kata selama 90hari aku ternak arnab sudah mencapai berat 1.5kg adalah sesuatu yg boleh dibangga kan.. ternyata 4 ekor arnab yg aku bagi dia sembelih, semuanya berusia 90-95hari adalah dalam lingkungan berat tersebut. Bila dah siap dilapah, berat karkas yg tinggal dlm 950gram ke 1.05kg. Dan buat pengetahun harga daging segar adalah dlm RM38/kg.
Ikutkan dah setahun lebih aku menternak arnab, ini la kali pertama aku merasa sendiri hasil ternakan aku.. dan daging arnab ni aku suruh wife aku masak ringkas je - digoreng. Adalah dalam 3 ketul size standard ayam kerat 8. Bila digoreng, bau nya saja dah buat aku terangkat... belom lagi tang makan.. pergh.. mmg superb.. first rasa, aku kata mcm ayam kampung sebab ada liat-liat ayam kampung. Wife aku plak ckp rasa burung. Mmg betul pun.. dan 3 ketul tuh aku rasa tak cukup. Tp aku suh dia simpan untuk hari lain.. buat masa skrg target buat goreng jer...

mcm ayam goreng jer..
Nanti aku cerita mcm mana aku leh terlibat ngan penternakan arnab secara back yard ni gara-gara idea yg dicetuskan oleh abang aku.
Exam semester 6 bermula..
Assalamualaikum...
Maka hari ini bermulala aku mengambil exam tuk sem ke 6 dengan serba tak kena. Aku menjangkakan paper hari ini mmg favourite subject aku tp disebabkan permulaan yg kurang bagus pada awal semester dengan ditambahkan lagi komitmen baru aku pada awal tahun ni membuatkan aku leka. Dan mmg aku target paper ni aku akan ulang semula examnya pada semester depan. Yag membuatkan aku lagi yakin aku nak repeat sem depan sebab aku ada sorg kawan study group dari Accounting yg terpisah 3-4 sem yang akan mengambil subject yg sama.
Memang semester ni aku rasa seba tak kena dan paling teruk dalam semester-semester lepas. Dgn takde kawan nak study, e-tutor yg hampeh, masalah ngn registar OUM, mcm2 jenis alasan la kalu aku nak. Tapi aku pasrah. Aku bawak je la sem ni dgn apa yg ada.
Aku ada lagi 2 paper pada 14 dan 20hb ni. Kedua-duanya paper teori yg mmg bukan favourite subject aku... yang penting baca, baca, baca... salin balik ape yg aku baca... Insya Allah, moga Allah permudahkan segala urusan aku.

Sabtu, 7 April 2012
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera
Ini adalah posting aku yg pertama.. Blog ini akan menceritakan kisah aku dlm mencari jalan "pulang". Insya allah kita akan mendapat kebaikan dari Allah swt.
Wassalam
Ini adalah posting aku yg pertama.. Blog ini akan menceritakan kisah aku dlm mencari jalan "pulang". Insya allah kita akan mendapat kebaikan dari Allah swt.
Wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)