Jumaat, 29 Jun 2012

BSN ATM Topup Charge RM0.50

Selalunya bila aku takde cash, kredit hp low dan lalu kat ATM, aku akan direct topup kat ATM je. Setiap kali aku topup adalah RM10 dan aku akan gunakan samada Maybank atau RHB. Tapi bila aku dapat tahu je BSN ada buat Topup ATM RM5 kat semua no yang ada, aku pun cubalah topup pakai ATM BSN.

Memang bagus la BSN bagi topup ATM RM5, yang paling rendah dalam pasaran sebab aku pun kurang guna kredit hp aku ni. Lagi-lagi aku ni kan jenis penjimat (bukan kedekut ya!) dan menggunakan banyak no hp. Bukan nya dah expired date baru aku topup tp bila no hp aku nak dekat kena terminate baru aku topup. Huhu.. betapa kedekut.. eh! penjimatnya aku..

Hari ni aku cuba la login kat website MyBSN nak tengok gaji yang baru masuk. Aku tengok ada 3 kali charge perkhidmatan RM0.50 di kenakan. Check punya check, aku tengok RM0.50 tuh dikenakan selepas ada debit RM5 dibawah "BAYARAN BIL - PINDAHAN". Cis, kod itu adalah untuk topup RM5 aku tuh dan rupanya setiap kali topup di ATM, BSN mengenakan yuran perkhidmatan RM0.50. Punya la tak jujur dan aku rasa di tipu. Dalam iklan kat ATM BSN tu takde pulak dia kata ada fee charges. Dan dan je dia curik duit kita secara senyap.

Kompem la lepas ni aku takkan pakai perkhidmatan Topup pakai ATM BSN ni lagi.

Selasa, 26 Jun 2012

Anak Arnab 2nd Batch Tak Menjadi

Ini adalah pengalaman kali kedua aku menghasilkan batch anak untuk kali kedua.

Ikutkan dalam minggu ini dah bertimbun-timbun aku dapat anak arnab tapi yang mengecewakan aku, dari 7 ekor induk yang telah aku kahwinkan pada sebulan yang lepas, sekor anak pun tak dapat. Di mulakan dengan jangkaan tarikh beranak pada 17/June sehinggah 24/June, sehingga hari ini 27/June pagi masih tiada perkabaran yang dijangkakan.

Bermula dengan ibu pertama bunting palsu, di ikuti dengan ibu kedua dan ketiga. Semua nya mencabut bulu perut pada pertengahan tempoh bunting. Apabila tiba masa sebulan tiada pula anaknya. Dan bila di kahwinkan semula, semua induk mahu sahaja. Maknanya sebelum nmemang sah si jantan menembak kosong. Atau mungkin juga kesilapan dari aku sendiri.

  1. Jika di batch pertama sebelum ni aku cukup lengkap dengan segala catatan semasa aku mengahwinkan induk-induk tersebut tapi untuk kali ini, batch kedua, aku tiada membuat sebarang rekod di buku. Kalau ada pun aku hanya menampal memo kertas kecik di setiap reban. Pun begitu bila hujan lebat, habis hancur semua memo.
  2. Kali ini aku mengharapkan pada bapak jantan yang tinggal seekor sahaja. Sebelum ni si jantan sekor ni di bantu oleh Naib Penjantan Putih yang telah mati beberapa bulan lalu. Mungkin Jantan tunggal ni letih sebab ramai sangat aku kahwinkan so jumlah benih yang di hasilkan agak berkurang. Ikutkan jumlah induk yang paling afdal adalah 5 ekor bagi seekor jantan. Aku bagi 7 ekor. Mana tak terlayan.
  3. Mungkin juga pertengahan tahun bukan la musim untuk arnab beranak. Cuaca yang sentiasa panas membuatkan jantan kurang subur.
Maka untuk itu, aku telah menyediakan 7 ekor penjantan baru dari anak 1st batch yang 30ekor. Sekarang tinggal 8 ekor. Sekor lagi betina sudah pun aku buat test dengan mengahwinkan dengan bapak dan penjantan-penjantan yang baru naik.

Aku sudah pun mengahwinkan semula semua induk tapi aku tak menggunakan bapak jantan tuh terlalu kerap. Aku sudah hadkan 2 hari sekali je dia kawin. Tapi aku masih tidak merekodkan data. OK selepas ni aku rekodkan semula, dan buat anlysis.


Isnin, 25 Jun 2012

51st Blood Donotion

Inilah sijil terbaru yang aku dapat. Kali terakhir aku dapat sijil macam ni untuk kali ke 37. Dah banyak kali aku derma, so sijil ni dah tak da nilai untuk aku. Apa yang aku harapkan selepas ini ialah anugerah dari Blood Bank.

Jumaat, 15 Jun 2012

DIY Auto Water Tank

Water tank ni sama seperti water tank dalam rumah yang diletakkan di bawah bumbung. Tapi ni untuk saiz kecik je. Jika kat rumah water tank adalah untuk safety semasa air takde, tapi untuk DIY water tank ni, aku buat untuk mengelakkan masa aku terluang semasa mengisi air minuman secara manual.


Bahan-bahannya ialah;

1. Container 15L with top cover - cukup untuk saiz "level air auto" (Auto water level)
2. Level air auto
3. Inlet Connector
4. Outlet Nipple

Bahan lain seperti rubber washer dan seal tape yang digunakan  untuk mencegah air bocor di antara sambungan. Kabel tie pula untuk menyambungkan semula lengan bola yang dikerat sebab terlalu panjang. Hehe.

Buat tak sampai 1 jam dengan kos RM25. Sesuai untuk seberapa banyak reban arnab yang kita ada sebab benda ni auto. Level air drop je, automatik air masuk. So, nak order? RM35 seunit siap penghantaran sekitar Melaka...

Rabu, 13 Jun 2012

Merging to New Blog: RingVille Rabbit, Arnab Jasin di Melaka

Assalamulaikum...

Sebelum ni aku ada menukar nama blog personal aku ke blog arnab kan, tp aku ada berfikir sejenak. Aku rasa macam tak sesuai la pulak sebab blog personal tu ada gak aku cerita kan benda lain. So bila dah bercampur-campur, aku rasa tak sesuai kalau aku nak promosi pasal arnab tp aku suruh rujuk blog yang bercampur-campur.

Nama di blog personal aku yang akan di alihkan ke blog arnab

Then aku ingat aku nak tambah lagi satu blog yang cerita pasal hobi aku yang utama ini dengan lebih kepada perniagaan dan serius. Tidak ada campuran dengan hal yang lain. Hanya pasal arnab. Jadi dengan itu nama "RingVille Rabbit, Arnab Jasin di Melaka" yang ada di blog ini akan di pisah kan menjadi brandnya yang tersendiri. Lagipun kat Facebook aku dah wujudkan Webpage aku tersendiri dengan menggunakan nama "RingVille Rabbitary". Tapi kalau nak merapu-rapu pasal arnab aku tetap update kat blog personal aku.

Harap dengan wujudnya blog baru dan webpage ni, hobi aku akan berkembang lagi menjadi pendapatan sampingan. Mana la tau kalau-kalu suatu hari aku akan menjalankan perniagaan ini secara serius plak. Insya Allah. Doakan saja harapan dan kejayaan kami ya.

Ahad, 10 Jun 2012

Bunting Palsu

Sekarang induk-induk sedang sibuk mengambil feeling untuk beranak. Sibuk mengais-ngais membuat sarang. Kalau atas tanah, memang gerenti kaisan itu akan menjadi lubang yang amat dalam. Dan sesuailah habitat arnab yang sememangnya beranak dalam tanah.

Semalam aku tengok induk yang paling besar dalam jagaan aku yang berwarna perang sudah mencabut bulunya. Aku tengok tarikh due nya jauh lagi, lebih kurang lagi 2 minggu. Mengikut pengalaman dan pembacaan aku, ini di namakan bunting palsu di mana, induk yang sudah dikahwinkan menunjukkan ciri-ciri awal untuk beranak tetapi tak beranak disebabkan usia bunting yang belum genap 31hari. Orang kata arnab ni menggatallah. 


Induk yang menggatal cabut bulu sebelum tiba masanya.

Orang kata arnab ni tak bunting, dan patut di kahwinkan semula. Tapi pada aku, aku biarkan dulu sampai duenya, kalau tak beranak jugak baru aku kahwinkan. Kadang-kadang dalam keadaan macam ni arnab ada stress sikit. Yelah, yang lain dok mengais-ngais, maka dia sendiri pun terasa tempias untuk beranak walaupun dia tak bunting.

Sehingga takat ni, aku tengok semua induk sihat-sihat. Induk yang bunting, akan kurang makan sebab dok sibuk memikirkan dan sibuk nak buat sarang. Kita sebagai penjaga yang prihatin, kena la support induk-induk ni. Takkan tau nak untung je kan. Bagi la sediki sokongan moral kat induk-induk ni seperti membelai-belai supaya dorang tak stress. Di samping tuh kita bagila daun-daun kering ke dalam kotak didik dia untuk dia senang duduk dalam tuh. Tak payah la dia dok mengais-ngais besi BRC tu sampai tercabut.

Walaupun cuaca sekarang agak panas tapi semalam ada sedikit hujan. Hopefully tak hujan selalu sebab bila masa beranak nanti tak la anak-anak arnab ni kesejukan. Sampai sekarang aku tak dapat rasa apa-apa ketulan berupa bentuk anak arnab di perut induk-induk ni. Maybe awal lagi kot walaupun due yang terdekat lagi seminggu lagi.

Tak sabar rasanya nak menunggu masa yang akan tiba. Kalau dulu sekali turun nak dekat 20ekor dalam masa sebulan untuk 4 ekor induk yang beranak, kali ni aku target 30 ekor dengan pertambahan induk lagi 2 ekor. Jumlah semua 6 ekor. Lagi sekor yang last tak maw kawin aku dah biarkan dia ngan jantan selama sebulan. Miang nak kawin tak sampai-sampai, itu la yang aku akan buat. Lagi pun batch last.

Seminggu lagi, 16hb/June.. kita tunggu je, jadi ke tak.

Jumaat, 8 Jun 2012

Penukaran Nama Blog : RingVille Rabbit, Jasin Melaka

Disebabkan dah terlalu banyak aku cerita pasal arnab kat blog aku ni, so dengan rasminya blog aku ni akan ditukar nama dari "RINGVILLE, JUST-IN" ke "RingVille Rabbit, Jasin Melaka". Lagipun senang orang search kat blog nanti, terus keluar kata carian seperti "Rabbit Jasin" atau "Arnab Melaka". Aku tengok pun takde orang dari jasin yang mencebur bidang penternakan arnab secara kecil-kecilan apatah lagi secara kormersil dan serius.

Lepas ni aku kena buat logo untuk RingVille Rabbit ni. Doakan kejayaan aku.

Selamat tinggal nama lama

Hasil Terbaik Setakat Ini

Semenjak aku menerima 2 ekor jantan masing-masing baka Anggora dan Melakacute pada hujung tahun lepas, aku mula mendapat anak baka mix. Selepas 6 bulan inilah hasil yang terbaik setakat ni,


2 ekor anak betina ini yang berusia 4 bulan adalah hasil kacukkan Jantan Melaka cute dengan betina mixed Anggora. Sebelah kanan adalah dari ibu yang merupakan anak kepada ibu anak sebelah kanan. Maknanya ibu coklat ni adalah nenek kepada anak putih ni. Dan pangkat antara dorang berdua ni kira anak buah - makcik la. Buat pengetahuan Jantan Melaka cute ni dah mati 2 bulan lepas.

Persoalan di sini, agak-agak korang berapa harga baka mixed ni? hehe Kalau aku kata anggora pun org akan caya, sebab bulu anggora dorang ni sekali imbas tak melambangkan ciri-ciri mixed. Aku ingat aku nak simpan 2 ekor ni menjadi induk.

Dalam simpanan aku, adik-beradik coklat ada 4 ekor. Sekor dah aku jualkan RM40 tempoh hari tapi bulu dia tak la dominon anggora. Yang putih ni, adik beradiknya 7 ekor. 4 sudah di jual. Tinggal lagi 3. Lagi 2 ekor tak punya bulu anggora. Macam mixed anggora biasa-biasa je.

So inilah hasil pengacukan arnab dari pelbagai baka. Layan je la gambar dorang dua ekor ni.



Khamis, 7 Jun 2012

Mencabut Ubi Kayu

Ubi ni sudah setahun jugak aku tanam. Ikutkan kata otai Ubi biasanya akan matang pada usia 6-8 bulan. Takut gak aku bila aku dapat tahu ubi ni dah setahun. Takut tak boleh cabut disebabkan ubi sudah menjadi keras dan tertanam dalam tanah. So aku dengan rela hati, meluangkan masa untuk melakukan aktiviti mencabut ubi. Ini pun atas permintaan rakan-rakan aku kat ofis untuk membawa ubi aku ni untuk di rebus dan makan ramai-ramai.

~sambung nanti~

Menuai Kunyit

Beberapa minggu yang lepas (19/05/2012) aku telah menuai hasil tanaman aku iaitu kunyit yang telah di tanam lebih setahun yang lepas. Aku terpaksa menuai tanaman ni sebab kunyit ni dah tak boleh keluarkan daun lagi. Walaupun daun dah tak keluar, tp kunyit ni tetap hidup dengan percambahan ubi di bawah tanah. Tengok je la gambah kat bawah.

Susah jugak nak menyungkil dan menyiang kunyit yang dah berusia lebih setahun ni

Ikutkan ni kali kedua aku mencungkil kunyit. Kali pertama aku cungkil kunyit yang tumbuh kat dapur. Pun dah tak keluar daun sebab terlalu lama. Dan aku ada rumpun ketiga yang terakhir bersebelahan dengan rumpun kedua ni.

Dalam serumpun aku boleh dapat lebih sekilo kunyit. Tapi tak berapa laku untuk dijual sebab mak aku kata warna kunyit ni tak berapa merah. Kuning je. Mak aku kata kunyit aku ni kurang baja. Memang betul aku kurang membaja pokok kunyit ni bila dah sampai tahap satu masanya tiba.

Adalah 1.2kg untuk serumpun kunyit
Last-last aku bagi separuh kat mak aku. Sementara separuh lagi bersama-sama ibu kunyit dalam 3 ketul, aku bagi kat mak mertua aku. Mak aku kata ibu kunyit tuh sesuai untuk perempuan baru lepas bersalin. Caranya dengan merebus ibu kunyit dan meminum air rebusannya.

Pokok kunyit ni kalau di jaga dengan betul dan konsisten, hasilnya memang lumayan. Contohnya kat rumah kampung aku, keliling rumah bapak aku tanam dengan kunyit. Daunnya di bawa jual ke pasar di Jasin. Memang sentiasa ada permintaan. Maklum la, orang kata orang melaka ni kuat makan rendang. Rendang kalau takde daun kunyit memang tak sah!. Siap kunyit2nya sekali mak aku boleh jual. Kalau dah boleh jual, mesti kualitinya dah kira OK.

Masa aku jaga masalah yang aku hadapi adalah serangan ular beluncas berwarna hijau berkepala hitam. Aku tak tau ulat beluncas ni bila membesar jadi apa, tp mengikut maklumat yang bapak aku bagitau, ulat ni akan jadi kumbang tanduk. Ntah ye ke tak, aku pun menngiyakan jer. Bapak aku bagi petua, kalau ada ulat ni, sembur je pakai racun tanaman. Insya Allah hilang le.



OK. So tapak kunyit kat depan rumah tu dah kosong. Aku ada rancang nak tanam sesuatu tapi tak tau apa lagi sebab lokasinya teduh di bawah pokok mangga. Agak tak sesuai untuk tanaman yang memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. Takut aku tanam kang terbantut plak. So aku biarkan kosong dulu je la.

Rabu, 6 Jun 2012

Perancangan Menambah Sangkar

Selepas sedikit pemantauan, aku merancang nak manambahkan sangkar yang bersaiz 1' x 1' x 2' sahaja. Reban-reban ni sesuai untuk induk seekor. Walaupun kecil, bila induk dah beranak masih ok lagi sebab anak dalam takung didik, tp bila agak2 dah sebulan dan anak dah mula keluar dari takung, baru aku pindahkan ke reban yang besar.

Jika sebelum ni aku menempatkan induk dan anak berusia sebulan lebih ke reban yang besar 1.5x1.5x2 sehingga 2bulan iaitu tempoh cerai susu, tp kali ni aku merancang untuk menempatkan semua anak berusia 2 bulan lebih ke sebuah reban yang bakal aku bina. Panjang berapa tak tahu lagi tp ketinggaan dan lebar aku ku letak ikut standard 2' lebar x 1' tinggi. Ini semua berdasarkan pemerhatian aku dalam kes-kes sebelum ni.

Saiz 1.5x1.5x2 adalah terlalu tinggi kerana terdapat ruang yang luas bila arnab berada di bawah. Sampaikan aku boleh buat 2 tingkat untuk menampung kapasiti. Tp yang tak bagusnya bila aku buat 2 tingkat, arnab kat atas akan berak dan kena arnab di bawah. Untuk arnab yang berbulu pendek boleh lagi la.. tapi kalu jenis berbulu panjang (anggora), silap haribulan, bulu dia yang halus dan meremang tuh boleh jadik hancur luluh bila terkena bahan kumbahan dari arnab di atas.

Tengok je la contoh di bawah.

Reban 2 tingkat. Yang bawah tu bulunya hancus.

Reban setingkat. Penghuninya cantik-cantik tp ruang atas teramat luas
 So pas ni takde lagi reban 2 tingkat satu sangkar ye. Semua single storey je.

Takung Didik Arnab

Kali ni aku nak cerita pasal bekas arnab beranak atau lebih dikenali sebagai Takung Didik.

Malam tadi aku meluangkan masa untuk menambahkan takung didik lagi 2 bijik. Kali ni aku buat untuk sangkar yang bersaiz 1' x 1' x 2' bermakna memang takung didik ni kecik. Cukup-cukup untuk induk ni beranak. Tak boleh baring-baring dalam takung didik ni.

Seperti biasa bahan-bahan yang aku perlukan ialah, plywood, stapler-gun, dan kayu kecik selain gergaji untuk potong kayu dan plywood tu. Senang je buat benda ni, cuma kita perlu kreatif sikit. Kayu dan plywood tuh pun aku dapat dari kawasan perindustrian bukit rambai yang memang terkenal dengan industri pembuatan produk kayu kayan.

Sebelum ni aku ada 5 induk bermakna aku ada 5 takung didik; 1 saiz besar, 3 saiz sederhana dan 1 saiz kecil yang menjadi contoh untuk aku buat 2 yang baru. Aku tambah lagi 2 sebab induk aku dah bertambah lagi 1 dan 1 lagi sebagai backup sebab ada takung didik lama yang tak elok untuk digunakan lagi.
Bawah ni aku tunjukkan cara-cara aku yang kreatif dalam menghasilkan takung didik buatan sendiri.

1. Bahan-bahannya plywood lebar 5", kayu kecik lebar 1" dan gun stapler
2. Keratkan plywood sepanjang 11" x 3pcs, 8" x 2pcs dan kayu kecik panjang 2" x 4pcs
3. Staplerkan kayu kecik di hujung plywood x 4 penjuru
4. Staplerkan kayu kecik di plywood lagi satu untuk membentuk sudut
5. Teruskan stapler keempat penjuru hingga mewujudkan sebuah segi empat tepat
6. Terbalikkan dan tutup bawah dengan plywood @ kayu

7. Dah siap sebuah takung didik yang besaiz 11"x 8"x 5"
Aku dah siapkan 3 bijik. Semua dah dimasukkan kedalam sangkar. Nampaknya induk pun selesa duduk dalam takung ni.

3 takung didik baru yang dimasukkan kedalam reban masing-masing.
Terus induk-induk ni duduk dalam konon nak amik feeling nak beranak.
Takung didik ni elok di letakkan minggu ke 3 atau seminggu sebelum dia beranak untuk dia membiasakan lepak dalam takung ni. Lagi satu nak mengelakkan takung didik jahanam sebelum tiba masanya. Maklumla, induk bunting nak beranak memang kuat mengais dan menggigit. Tiap-tiap malam ada je bunyi dorang bertukang.

Promosi Hotlink Internet 500MB/30days for RM10

Pada hari isnin 4hb aku mendapat satu msg dari HotlinkGift;

Ekslusif utk anda!Dptkn RM9 kredit PERCUMA pd 11/6 apb tmbh nilai min satu RM30 dr 4-6/6. TIDAK SAH utk Share-A-TopUp atau Hot Tiket.(2539B4)

Aku buat dek je dengan HotlinkGift ni sebab biasa biasanya aku menunggu dia bagi lebih 50% extra kredit baru aku topup. Selalunya topup RM10 percuma RM5 atau topup RM10 percuma RM10. Tapi kali ni aku dapat lagi 1 msg apabila semalam sedang aku belek-belek hp yang mempunyai no Maxis yang jarang aku pakai ni, rupanya pada 5hb ada masuk 1 msg dari hotlink.

RM0.Exclusive:You've been selected for a one-time limited offer.Get 500MB/30days Mobile Internet Pass @RM10 (NP:RM38).Valid till 08/06. Dial *136*3#.T&C Apply.

Bermakna lagi sekali aku dapat promosi internet dari Hotlink. Pagi ni terus aku topup RM30 melalui maybank2u.com untuk memberikan laluan sebulan tempoh aktif ke atas promosi tersebut. Selepas aku dial *136*3# dan mengikut arahan yang tertera, RM10 telah di tolak.

RM0. Thank you. You have activated 30days 500MB Pass at RM10. Pass starts from 09:02 06-06-2012 & ends at 00:00 07-07-2012. Start sufing now!

Bermakna bukan itu saja. Kali ni aku dapat bonus berganda. Selain internet, aku juga akan dapat RM 9 pada 11/6 ni. Jimat memang jimat!. Bermakna juga aku hanya perlu membayar RM1 sahaja untuk promosi internet ini dengan percumanya RM9. Bijak tak?

Walaupun tempoh hari semasa promosi 1.5GB/30 hari yang berharga RM20 aku hampir habis pakai kuotanya, tp kali ni aku kena bijak memakai sebab 500MB je. Pada aku takde masalah, takat kontrol usage, aku memang boleh.

Terima kasih Hotlink. Dah lama tak pakai service percuma dari Hotlink ni. hehe

Jemputan High Tea Blood Bank


Semalam aku dapat surat dari Jabatan Patologi Melaka seperti yang tertera di chop yang ada di depan surat tersebut. Disebabkan adanya chop Patologi, pikiran aku terus teringat pasal kes arnab aku ngn Jabatan Haiwan. Adakah aku dapat surat warning dari Jabatan Haiwan?

Tapi bila aku tengok isi surat di dalam... jeng... jeng.. jeng...


Rupanya ada jemputan dari Jabatan Patologi, Hospital Melaka bersempena Hari Penderma Darah Sedunia 2012. Jika sebelum ni dorang buat sambutan tahunan secara Sukaneka di stadium atau di kawasan lapang, kali ni dorang but lain dari yang lain... iaitu mengadakan "Teh Tinggi" (Hi-Tea) di Bayview Hotel, Melaka. Paling gempak majlis ni juga di hadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Terus pagi ni aku telefon Blood Bank Melaka menanyakan kehadiran aku ke majlis tersebut. Tapi aku boleh datang sorang je la. Kena bawak surat ni jugak sebagai bukti aku di jemput.

Secara peribadi, sebagai penderma yang sudah menderma untuk kali ke 51, memang bagus la dorang buat acara mcm ni untuk para penderma yang bertungkus lumus menderma dengan ikhlas. Memang aku tak mengharapkan apa-apa. Dah nama pun penderma. Tapi kalau sekali-sekala di hargai memang rasa terharu gak.

Apa-apa pun memang menderma ni bagus untuk kesihatan. Dan aku menuju ke angka 100kali. Tak tau la bila nak sampai 100 kali tu. Maybe lagi 10 tahun lagi kot.

Selasa, 5 Jun 2012

Menyusun Reban Arnab

Malam tadi aku menyusun lagi reban arnab. Ini kali untuk reban baris kedua yang mengandungi 2 sangkar kecil dan 2 sangkar besar jenis ready made. Sama seperti baris reban pertama sebelum ni, aku mengalihkannya ke atas tanah atas alasan yang sama iaitu untuk memudahkan penyelenggaraan najis dan mengurangkan bau.

Jika sebelum ini ada takung najis di bawah reban, kali ni aku telah membiarkan bawah reban ini kosong. Ini beerti bila arnab berak, najis terus jatuh ke tanah dan air kencingnya di serap.

Gambar sebelum yang agak sempit untuk laluan

Gambar Selepas
Selepas di alih di bawah pokok jambu
Reban baris kedua ni aku alihkan ke suatu kawasan yang dulunya tempat pembakaran. Punya lah banyak tanah hitam yang ada kat situ hasil daripada pembakaran bahan-bahan pertanian domestik (daun, ranting), tahi arnab, kotak dan macam-macam benda lagi. Aku rasa dalam 60kg aku dapat tanah hitam ni. Elok buat tanam pokok kontan ni. Buat sementara aku simpan dulu tanah hitam ni sampai la bini aku balik nanti.

Dan persoalan aku sebelum ni, bila aku nak buat reban baru?. Dan aku berkira-kira untuk menyusun semula induk-induk ke reban yang sedia ada sebelum dorang start beranak. Paling awak 15hb/July ni iaitu 2 minggu lagi.. Aku pun dah start meraba-raba perut induk yang aku dah kahwinkan. Rasa macam dah ada je.. hehe.. RM.. RM...

Isnin, 4 Jun 2012

Nokia 101

Rentetan dari kehilangan hp Nokia C2-05 tempoh hari, aku mula mengusha hp baru. Antara kriteria yang aku cari adalah sama seperti hp yang hilang iaitu dual simkad. Selain itu, sememangnya nokia tetap dalam jenama yang aku gemari sejak dulu. Dalam aku mencari nokia dua sinmkad di gsmarena.com, nokia telah menyenaraikan 11 buah model hp untuk aku nilaikan. 

Dalam senarai tersebut, aati aku mula tertarik pada satu model yang simple pada harga yang memang berpatutan. Maka selepas 6 hari iaitu pada 1hb/June aku telah membeli hp yang seterusnya. Model hp berkenaan adalah Nokia 101.



Ia mempunyai Dual simkad bagi menggantikan hp C2-03 aku yang hilang. Sementara flashlight untuk aku menyuluh arnab aku pada waktu malam. Hahaha.. Walaupun hp ini adalah ringkas tetapi dia mempunyai kelebihan pada harga RM100 iaitu MP3 player yang menampung kad memori SD sehingga 16GB. Selain itu ada Express-on cover untuk aku menukar warna yang aku gemari.

Ikutkan aku mahukan warna hitam, tapi apa nak buat, selepas 4 kedai aku meronda untuk mendapatkan harga bawah RM100, semua hp yang berwarna hitam menawarkan harga melebih RM110. Last sekali aku pergi semula ke kedai pertama yang aku pergi. Lagipun aku dah bagitau amoi kedai tuh, kalau aku suka, aku akan datang ke kedai dia semula.

Hari ni dah 4 hari aku pakai, so far so good untuk hp yang ringkas ni. Aku telah memakaikan no celcom dan no digi aku ke dalam hp ni. Target aku nak pakai hp ni untuk supplier call je. Yg no biasa aku pakai tetap aku letakkan kat handphone touch screen aku.

Jumaat, 1 Jun 2012

Jual Arnab - baki 19ekor

Malam tadi aku telah menjual 3 ekor arnab yang berusia 5 bulan dengan harga RM40 sekor. Baka mix anggora dan chinchilla (2 ekor) dan mix anggora. Nak panggil anak lagi dah tak sesuai sebab usia 5 bulan memang dah elok untuk di kahwenkan terutamanya bagi arnab betina.

Permintaan pun dari seorang budak sekolah menengah yang sedang "kecewa" dengan baka anggora betina dan loop jantan belaannya yang tidak beranak-beranak hampir 2 tahun yang lepas. Pesan sepasang aku bawak 3 pasang, maka di beli 3 ekor. (1 jantan, 2 betina). Maka stock aku pun berkurang la menjadi 19 ekor dan membuatkan 1 sangkar besar hampir kosong. Ok lah tuh, aku target memang macam tu.

Pas ni aku kena fikirkan bagaimana aku nak menempatkan 5 ekor induk jika dah beranak sekali gus nanti. Buat masa sekarang, induk-induk ni berada di dalam reban kecil yang sesuai untuk 2 ekor. Agak kurang selesa jika aku masukkan kotak didik dalam reban kecil sekarang ni untuk jangka masa yang lama.

Nak tak nak aku kena tambahkan lagi reban aku yang berjumlah 11 sangkar ke suatu jumlah yang munasabah. Qty dan saiz reban yang aku ada sekarang ni adalah seperti berikut.

1. Saiz 1' x 1' x 2' = 3 unit
2. Saiz 1.5' x 1.5' x 2' = 3 unit
3. Saiz sangkar besi besar = 2 unit
4. Saiz sangkar besi kecil = 2 unit
5. Saiz 1' x 1' x 1.5' = 1 unit




Dah lama aku tak tambah jumlah reban. Dan bilakah masa aku nak tambah reban aku ek?