Rabu, 30 Mei 2012

Jual Seekor Arnab - baki 22 ekor

"Salam bro, ada balik x arini, bawakkan aku arnab betina sekor yg dh matang (boleh dikahwini) arnab jantan aku ni dah miang"

Assalamualaikum...

Hari ahad 27hb/May aku mendapat sms dari seorang rakan dari kampung. Bergegas aku balik kampung selepas aku mengambil sekor arnab bertina yang berusia 5 bulan. Memang dalam usia 5 bulan arnab betina dah boleh bunting kalu di kahwin kan dengan jantan matang.

Dan dalam masa aku nak mengurangkan stock, memang baguslah aku ada permintaan macam ni. Lagipun 6 ekor arnab berusia 5 bulan yang mempunyai berat 1.5kg sudah agak sempit untuk sebuah reban bersaiz 1.5' x 1.5' x 2'. Betina yang aku ambil ni adalah dari kelahiran ke6 yang mempunyai 8 adik beradik. Berdasarkan pemerhatian aku, dari 8 ekor adik beradik ni, hanya ada 3 ekor betina manakala 5 ekor lagi adalah jantan.


JANTAN DOMINON

Terlebihnya jantan membuatkan suasana dalam satu reban agak panas kerana dalam usia 5 bulan, si jantan telah mula menunjukkan belang. Mana jantan yang dominon mula menunjukkan ciri-ciri kekuasaan dengan membuli jantan yang minor. Hasilnya dalam satu reban yang terdapat 5 ekor (3 jantan, 2 betina) sekor jantan telah luka di kelopak mata hasil kesan gigitan, manakala jantan yang lain mempunyai kesan-kesan cakar di beberapa bahagian badan.

Jika sudah berlaku perkara macam ni, maka selaku penternak perlulah mengambil tindakan iaitu mengasingkan jantan dominon ke reban nya sendiri. Keesokan harinya aku tengok reban asal yang sudah mulai tenang. Jika sebelum ni arnab-arnab lain ada yang tak makan kerana takut jantan dominon, dorang dah berani makan dan minum sampai habis. Kalau aku tak alihkan jantan dominon tuh, aku pasti suatu hari nanti ada yang akan mati.


STOCK ANAK ARNAB UNTUK BULAN PUASA

Dua hari lepas aku telah berjumpa dengan sifu arnab aku, dia ada menanyakan aku jika ada stock anak arnab kerana beliau juga kekurangan stock anak untuk di salurkan kepada pemborong. Sememangnya beliau sudah tau keadaan aku yang memang tak bersedia menghadapi permintaan yang secara tiba-tiba.

Maka kami pun mengaku yang kami memang tak bersedia dengan permintaan kali ini. Untuk pengetahuan, sepatutnya musim cuti sekolah adalah musim untuk kami membuat duit dengan menjual anak arnab. Kami pun terlupa bahawa sepatutnya dalam 2 bulan yang lepas (dalam bulan 3) kami telah mengahwinkan induk-induk arnab kami supaya dalam masa 2 bulan selepas itu iaitu pada minggu ini, anak arnab sudah membesar lebih dari usia sebulan dan bersedia untuk di pasarkan.

Apa yang sudah berlaku itu sudahlah. Maka kami pun berpakat akan menyediakan stock anak sempena bulan puasa yang akan datang pada pertengahan bulan 7 nanti. Aku sudahpun mengahwin induk-induk aku dari 15hb/May. Dari 7 induk, hanya 5 sahaja induk yang "mahu" dikahwinkan. Manakala lagi 2 ekor masih lagi takde "angin". Jika ikut bunting 31hari, maka pertengah bulan depan akan berduyun-duyunlah baby arnab dalam ternakan aku. Target aku at least dalam 30ekor anak arnab akan menjadi. Insya Allah

Ini adalah perancangan aku,
15/May - Kahwin 5 induk
16/June - Beranak dalam 30 ekor (purata 6 ekor perinduk)
16/July - Sebulan usia, mula di jual
1/Aug - Kahwinkan semula untuk stock cuti sekolah bulan

Mudah-mudahan apa yang di rancang akan berjaya. Insya Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan