Khamis, 17 Mei 2012

Cerita pasal blog sendiri

Assalamualaikum.

Sudah 5 hari aku tak posting kat blog ni. Bukan pasal aku tak minat nak posting atau aku dah takde aktiviti dalam masa 4-5 hari ni, tapi keutamaan aku sudah berubah. Aku sudah mula menyibukkan diri kat study aku yang sudah masuk ke sem 7. Pengalaman sem 6 lepas membuatkan aku berhati-hati dan mengambil iktibar untuk tidak terus hanyut dengan angan-angan dan jiwa tak keruan.

Kalau di lihat dari segi jumlah posting, blog study aku sudah menyamai blog harian aku ni dengan jumlah 28 posting. Kalau diikutkan jumlah purata posting, blog study aku ternyata lagi aktif. Berikut adalah rekod bagi kedua-dua blog,

Blog Personal
Tarikh mula : 7/4/2012
Usia hingga hari ni : 40 hari
Jumlah posting : 28
Purata : 0.7 posting setiap hari

Blog Study
Tarikh mula : 21/4/2012
Usia hingga hari ni : 26 hari
Jumlah posting : 28
Purata : 1.07 posting setiap hari

Target aku memang aku akan mengutamakan blog study aku sebab blog ni jenis carik makan punya. Blog yang ada kaitan dengan pelaburan jangka masa panjang aku. So aku tak boleh dia waste macam tu je. Aku kena menghargai pelaburan yang telah aku buat.

Sementara blog personal aku ni just for fun. Kalau suatu hari nanti ia mendatangkan keuntungan, itu sudah lain cerita. Seiring dengan perkembangan diri, memang aku akan mewujudkan lagi blog-blog yang lain. Manalah tau suatu hari aku akan bergiat aktif dengan penternakan. Mesti lah aku akan mewujudkan sesuatu yang khusus ke arah bidang ni.

So until now, I nak sambung study I. See you.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan