Jumaat, 11 Mei 2012

Improvement Reban Arnab - 23ekor

Sangkar di alih ke tempat baru
Malam tadi dari pukul 9 malam ke 12 tghmlm aku kemas dan alihkan barisan sangkar pertama yang menempatkan 19 ekor arnab ke tempat yang baru. Dari anjung dapur ke tanah sebelah tingkap dapur.


Disebabkan ia di atas tanah, antara kebaikan aku akan dapat;
  1. Air kencing diserap terus ke tanah maka bau hancing kurang.
  2. Hasilnya aku dapat meminimakan hasil pencampuran air kencing dan najis yang menjadi tempat pembiakan lalat.
  3. Bau takde, lalat pun kurang.
  4. Boleh menjadi baja kompos bila bercampur dengan tanah.
  5. Najis kering disebabkan tempat terbuka yang menjadi laluan angin.
  6. Masa maintenance ke atas najis dapat dikurangkan kerana najis dibiarkan berlonggok satu tempat.
Antara keburukan, tempat ni terbuka maka;
  1. Aku tak boleh lepak lama-lama sebab orang nampak dari jalan.
  2. Reban pun mudah reput di sebabkan hujan panas. Proses pengaratan besi reban dan pereputan kayu reban akan berlaku dengan cepat.
  3. Tiada bumbung, masalah panas. Arnab mudah stress bila terlalu panas. Mungkin mati
  4. Dekat dengan pokok-pokok so aku paling takut kerengga kerap dan senang menyerang
Sementara barisan reban kedua yang mengandungi 4 ekor arnab aku letakkan ke tempat lama barisan reban pertama.

Water Feeder Improvement
Selepas aku alihkan reban, aku improvekan semula auto water feeder kat barisan pertama yang mengandungi 6 sangkar. Jika sebelum ni ada 5 + 1 channel, aku gabungkan menjadi 6 channel. Bila sudah siap aku buat percubaan. Everything OK.

Then aku ingat nak gabungkan water feeder 6c ni ke barisan kedua yang mengandungi 4 reban tapi aku khuatir kapasiti bekas air pulak tak cukup. Yelah, sedangkan bekas air 5 channel pun tak boleh menampung 13ekor inikan pula satu bekas untuk 23ekor? Pagi tadi sebelum aku pergi kerja, aku tengok bekas 6c yang menampung 19ekor kat barisan pertama ni hampir kering kontang.

1 bekas  = 5 liter. So aku kena menukar ke tong yang lebih besar. Mungkin 10 liter punya. Dari bekas minyak masak ke bekas cat.

So aku kena monitor dari masa ke semasa dan akan mengambil maklum balas dari sekeliling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan