Semalam aku cuti sekerat hari sebab plan nak balik ke Pt Sulong rumah mertua aku sambilan aku nak pegi menjemput wife dan anak aku yang kena kuning di Hospital Batu Pahat. Tp perancangan aku tak berapa cantik kerana timing yang lari dari plan asal.
Ikutkan cuti sekerat hari petang patut keluar dari ofis pukul 1 tengahari. Tapi aku lewat 1 jam gara-gara masalah orang lain yang menjadi masalah aku. Masalah itu pun berpunca dari tindakan lambat dari seorang rakan kerja dari jabatan yang lain. Kena hari jumaat tengahari lepas, hari isnin pagi baru bgtau aku? Apa barang? Last aku kena buat meeting untuk menyelesaikan masalah dorang melibatkan tindakan dan idea drastik dari kepala otak aku untuk pihak pengurusan tetinggi (top management).
Pukul 2 petang baru aku keluar ofis. Itu pun banyak benda yang aku kena follow up dari masalah yang berlaku. Ah! takkan aku takde department aku boleh tutup kot? Common guys.. you orang lagi bagus dari orang lain.. cakap berdegang-degang, takkan la aku takde satu jabatan tak boleh jalan kot? Dugaan aku betul, pukul 5 ptg semasa aku naik motor, mandi, semayang, sibuk ngan hal lain, ada orang ofis telefon. Aku nak angkat dorang dah letak.. 3 kali aku dapat panggilan tapi semuanya jenis tak leh tunggu lama.. talian putus sebelum sempat aku angkat.
Kembali selepas aku keluar ofis, tempat pertama aku pegi adalah ke Maybank untuk mengeluarkan duit dari ASB. Kali ni aku keluar paling banyak dalam keluaran-keluaran untuk tahun ni RM 2,000. Duit ni akan aku guna untuk;
1. Melangsaikan yuran semester 7 = RM 700
2. Membayar sewa rumah = RM 250
3. Membayar ansuran kereta kancil = RM 150
4. Membayar bil api = RM100
5. Selebihnya aku masuk ke dalam overdraft akaun aku, Kasik kurang sket daily interestnya.
Tup-tup aku sampai rumah pukul 5 ptg.. dan tup-tup aku tolak balik ke parit sulong pukul 6:15. Salah satu sebab aku sangkut lebih 45 min kat Pejabat Pos Ayer Keroh masa nak menghidupkan rodtex kancil aku yang berharga RM10 itu. Huh! Nasib baik la tengaharinya masa aku kat Maybank aku dpt sms dari wife aku mengatakan dia dan anak discharge tengahari dan adik ipar aku akan menjempu mereka. Alhamdulillah. Tak la aku terkejar-kejar.
Kali ni aku balik kpg naik kancil. Kali pertama ni. Alhamdulillah takde ape-ape masalah berlaku. Dan dapatla jimatkan duit minyak sebanyak 33%.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan