Khamis, 24 Mei 2012

Nokia Mania

Salah satu kegemaran aku adalah mencuba handphone terbaru berjenama Nokia. Masa bujang dulu aku terlalu kerap menukar handphone sepeti menukar baju. Biar beribu RM habis dalam masa sebulan asalkan hati aku puas. Pernah juga dalam satu-satu masa aku ada hampir 10biji handphone dengan simkad juga menghampiri 10 keping. Ko bayangkan bagaimana aku mengawal 9 simkad dalam satu-satu masa.

Pernah juga ada suatu masa aku terlalu taksub dengan teknologi dari Nokia. Aku masih ingat lagi semasa Nokia 5800 baru sahaja di umumkan keluar dari pasaran. Tup-tup aku terus mencarinya di sebuah kedai yang aku anggap dah macam kawan sampai aku paksa-paksa dia untuk mencarikan aku Nokia 5800 ni. Pada masa itu aku mendapat harga sekitar RM 1,300 dengan warranty biasa-biasa je (seludup la tu). Pada masa itu juga aku baru sahaja sebulan menggunakan N79 yang berharga RM 1,450 juga. Tapi nasib baik la aku dapat trade in N79 pada seorang kawan dengan harga RM1,100.

Ikutkan sejarah handphon pertama aku adalah dari Sagem di beli pada tahun 2000 kerana untuk mendapatkan pakej Maxis percuma. Kemudian aku ambil pula pakej Celcom dengan Nokia 3310. Dan dari Nokia 3310 ni aku mencuba banyak jenis handphone nokia. Berikut adalah jenama nokia yang pernah aku pakai mengikut turutan;
  1. 3310
  2. 8250 (Butterfly) - New RM800 - hadiahkan pada awek
  3. 7610 (Daun) - New RM1,400 - hadiahkan pada awek jugak, kali kedua aku beli RM400 untuk pakai sendiri
  4. 3200 - New RM600 - hadiahkan pada bekas tunang.
  5. 3610 - New RM300 - aku pakai kejap je pastu jual kat kawan.
  6. 6100 - New RM600 - 1st polyphonic ringtone.lama jugak aku pakai hp ni. Paling ringan dan nipis pernah aku pakai.
  7. 6630 (Mentol) - New RM800 hilang semasa kat office
  8. 6680 - 2nd RM600 hp 3G pertama. Hilang kat office jugak
  9. 6680 - 2nd RM450 aku beli buat kali kedua
  10. 6300 - 2nd RM400 aku pakai hp ni semasa aku bergiat aktif menjual beli hp. Pernah aku ada hampir 6 biji hp 6300 ni.
  11. 3250 - 2nd canggih hp ni, aku pernah ada 3 biji. Last-last satu hilang, 2 biji aku jual
  12. 6020/1 - 2nd ni hp PTT. Pernah ada lebih dari 10 biji sebab berniaga. Sekarang ni ada 3 biji lagi kat aku. Reason aku tak pakai PTT dah tak minat dan handphone bateri kong
  13. 6230i - 2nd RM280 guna untuk PTT tapi at the end bagi pinjam srg awek sampai sekarang tak pulang2.
  14. 3220 - 2nd RM150 at the end aku jual kat kawan rapat RM50 je.
  15. 1600 - 2nd RM120 aku bagi kat mak aku. dengar adik aku trade in beli yang hp baru.
  16. 6170 - 2nd RM280 hp PTT power, aku jual kat kawan aku RM150
  17. 6131 - New RM350 hp flip pertama aku pakai. Masa ni kaler pink lagi. Last aku jual kat indon
  18. 3110c - New RM450 aku pakai kejap je, pas tu aku jual kat kawan
  19. N81 8GB - 2nd RM800 N-series 1st aku. Beli 2ndhand dari seorang kawan
  20. N95 - 2nd RM850 orang cagar kat aku. Nasib baik dalam sebulan dia ambil semula.
  21. 6220c - New RM1,700 paling mahal aku pernah beli tapi dalam masa seminggu hilang dalam ofis.
  22. N78 - 2nd RM400 byk jasa hp ni sampai la hilang kat kenduri kawin makcik aku kat Pt Sulong. Aku banyak ambil gambar dari hp ni sebab 3.15MP autofocus. Ingat aku nak pakai semula hp ni.
  23. 5000 - New RM280 hp ringan dan nipis 3.15MP. Sampai sekarang ada lagi. Aku tak pakai sebab sah berat. dalam banyak data.
  24. E71 - 2nd RM550. Last aku jual RM350 pada sorang kawan
  25. 7310 Supernova - 2nd RM500. Jual pada sorang perempuan RM 550
  26. N79 - New RM1,450. Pakai sebulan, jual RM1,100 pada seorang kawan selepas aku dapat 5800XM
  27. 5800XM - New RM1,350. 1st Trouchscreen. Tapi dalam masa 5 bulan hilang kat kedai makan. Aku ada beli lagi satu 2nd RM450 dan aku hadiahkan kat wife aku.
  28. N85 8GB- 2nd RM250. Best kamera 5MP tapi bateri ngn HDD hp kong. Tersadai kat rumah skarang ni.
  29. 5230 - 2nd RM250. Aku beli 2 biji. Sebiji aku jual kat kawan RM150 lepas toucskrin rosak. Lagi sebiji dah setahun lebih aku pakai sampai sekarang. Byk video anak pertama aku ambil pakai kamera ni. Takde masalah.
  30. N97mini - 2nd RM450. Slide, kamera 5MP autofocus. Dalam beberapa bulan aku jual RM380 kat sorang kawan.
  31. C5-03 - 2nd RM250. Aku dapat dari seorang budak di Merlimau. Masih ada
  32. C2-03 - 2nd RM250. Aku dapat dari seorang budak di Bkt Beruang. Masih ada
Sekarang aku masih lagi mencari-cari model hp Nokia yang belum pernah aku pakai. Dalam pandangan aku sekarang adalah N8. 8MP autofocus. Sesuai untuk aku yang suka surfing dan mengambil gambar dekat. Biasa la, aku nak 2nd je. Harga paling rendah sekarang adalah RM500. Itu hari aku hampir-hampir dah beli sebiji dari mudah.my tp aku rasa budak yang nak jual tuh test market je dgn harga RM500.


Pernah orang tanya aku kenapa tak pakai jenama lain contoh Samsung atau Iphone? Aku kata, aku jenis orang yang susah untuk menukar sesuatu jenama. Kalau A.. aku akan tetap A. Tp kalau aku dah cuba B, mana tau B dapat mengalahkan A, aku akan kekal ngan B.. tak tau la pulak aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan