Selasa, 8 Mei 2012

Promosi: Prepaid Internet RM20 sebulan dari Maxis

Pada 18/04/2012 aku telah mendapat satu sms dari Hotlink;

"RM0. Khas: 1.5GB/30Days Pass Internet pd harga istimewa RM20 (Biasa: RM58).
Utk 10 ribu pelanggan shj!
Dail *136*3# utk m'beli sblm 15/04.
T'takluk T&S"

Sebelum ni aku menggunakan pekhidmatan wifi data tanpa hadv yang telah di sewa pada kadar RM20 sebulan dari jiran berdekatan tetapi disebabkan ada beberapa website "berat" seperti youtube, tonton di blok, dan ditambah dengan promosi Hotlink ni, maka pada 20/04 aku telah pun mengaktifkan promosi ini;

"RM0. Thank you.
You have activated 30 Days 1.5GB Pass at RM20.
Pass starts from 22:38 20-04-2012 & ends at 00:00 21-05-2012.
Start surfing now!"

Sekarang aku pun telah menggunakan promosi hotlink ni. Memang betul-betul jimat. Sehingga ke hari ini hari ke 18 aku menggunakan internet dengan melayari facebook, mudah.my dan kadangkala youtube, aku baru sahaja mengunakan sekitar 40% atau 650MB dan aku masih ada lagi 12 hari untuk menghabiskan quota 60% atau 850MB yang telah di beri.

Kalau ikut kira-kira pun RM20 untuk sebulan, maka secara purata kita perlu membayar 67sen sahaja untuk sehari dan juga kadar penggunaan 50MB sehari. Kira berjimat la jugak berbanding RM2 sehari untuk 100MB seperti kadar paling murah Hotlink bagi sekarang ni.

Eh, dengar cerita DiGi pun ada bagi rate baru iaitu RM1 / hari. Tp tetap kalah jugak la DiGi dengan promosi hotlink. Jika promosi ni adakan lagi pada masa akan datang aku akan langgan lagi rate ni dan good bye pada langganan wifi jiran aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan