Sabtu, 5 Mei 2012

Berkebun

Kali ni aku nak cerita pasal akiviti penanaman secara kecil-kecilan atau lebih dikenali sebagai berkebun. Aktiviti ni telah wujud dalam diri aku sejak aku kecil lagi iaitu sejak sekolah rendah. Masa tu aku duduk kat Taman Medan, Petaling Jaya berdekatan dengan bekas-bekas lombong bijih timah yang banyak di sekitar tempat tinggal aku. Pada masa itu, aktiviti berkebun ni boleh di katakan main-main dan hasil pemerhatian dan ikutan kawan-kawan pada masa tuh. Ia dimulakan dengan pengambilan pokok tembikai yang tumbuh subur di atas tahi lembu yang bersepah di sekitar lombong.

Kemudian aku pindah kat melaka, aktiviti berkebun (ala budak-budak) ni dah takde, tapi bapak aku bergiat aktif dengan menanam pelbagai jenis pokok. Contohnya bapak aku pernah bukak ladang tebu seluas 1 ekar. Masa tu aku tak berapa faham sangat pasal pokok tebu ni. Yang aku tahu masa hujung minggu dan cuti sekolah aku akan balik kampung tolong bapak aku tebang pokok tebu.

Bapak aku jual dengan menggunakan khidmat FAMA. Memang jualan pada masa itu laku sampaikan pokok yang belum cukup matang pun bapak aku jual. Tapi ladang bapak aku ni bertahan dalam 2-3 tahun sebelum banjir besar. Pastuh di tanam dengan limau kasturi, pokok naga, mangga dan macam-macam tapi yang aku tengok semua pokok ni tak tahan lama dan konsisen. Jadi sekarang tanah tuh sudah ditanam dengan pokok yang tahan lama; pokok kelapa sawit, pokok kelapa.

Untuk mendidik diri aku supaya minat berkebun, aku cuba-cuba berkebun di tanah sekangkang kera sebelah rumah corner lot yang aku sewa ni. Setakat ni sudah 2-3 jenis pokok aku cuba tanam. Antaranya;

1. Pokok Cili
2. Pokok Kunyit
3. Pokok Ubi kayu.

Aku tengok pokok cili ni mula-mula je cantik naik dan berbuah tapi selepas besar sekian lama di serang penyakit serangga yang hijau dan putih-putih bawah daun. Orang kata hama daun. Last sekali mati pokok demi pokok. Dan sampai akhirnya aku malas nak baja, jadilah hidup segan mati tak mahu.

30/7/2011 Hasil tuaian pertama yang cantik jer.. sekarang dah hancus

Pokok kunyit ni aku tengok, boleh pegi jauh kalau aku jaga dengan betul. Penjagaan nya tak seleceh pokok cili. Hanya perlu siram, baja dan kena tengok ulat bulu yang kadang-kadang memakan daun pokok kunyit. Kalau di buat secara batas dan pukal, daunnya boleh buat bisnes. Itu hari aku dah cabut hasilnya selepas setahun tanam. Tapi disebabkan isinya yang tak berapa merah, aku bagi kat mak aku je buat pakai kat kedai makan dia. Mak aku kata tak cukup baja. Memang betul pun.

9/7/2011 Kombinasi Pokok Kunyit dan Cili
Sekarang aku tanam pokok ubi. Dah genap setahun aku tanam pokok ni. Aku rasa dalam masa terdekat aku akan kutip hasilnya.

26/10/2011 Ketika hampir 6 bulan usia

Pokok ni sudah hampir setahun umurnya. Tanam pada 1/5/2011

Pada masa yang sama aku akan tanam pokok limau purut. Baka nya aku beli dari bapak aku. RM5.00 sepokok. Esok kalu sempat sebelum aku balik bt pahat aku tanam la.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan