Rabu, 30 Mei 2012

Jual Seekor Arnab - baki 22 ekor

"Salam bro, ada balik x arini, bawakkan aku arnab betina sekor yg dh matang (boleh dikahwini) arnab jantan aku ni dah miang"

Assalamualaikum...

Hari ahad 27hb/May aku mendapat sms dari seorang rakan dari kampung. Bergegas aku balik kampung selepas aku mengambil sekor arnab bertina yang berusia 5 bulan. Memang dalam usia 5 bulan arnab betina dah boleh bunting kalu di kahwin kan dengan jantan matang.

Dan dalam masa aku nak mengurangkan stock, memang baguslah aku ada permintaan macam ni. Lagipun 6 ekor arnab berusia 5 bulan yang mempunyai berat 1.5kg sudah agak sempit untuk sebuah reban bersaiz 1.5' x 1.5' x 2'. Betina yang aku ambil ni adalah dari kelahiran ke6 yang mempunyai 8 adik beradik. Berdasarkan pemerhatian aku, dari 8 ekor adik beradik ni, hanya ada 3 ekor betina manakala 5 ekor lagi adalah jantan.


JANTAN DOMINON

Terlebihnya jantan membuatkan suasana dalam satu reban agak panas kerana dalam usia 5 bulan, si jantan telah mula menunjukkan belang. Mana jantan yang dominon mula menunjukkan ciri-ciri kekuasaan dengan membuli jantan yang minor. Hasilnya dalam satu reban yang terdapat 5 ekor (3 jantan, 2 betina) sekor jantan telah luka di kelopak mata hasil kesan gigitan, manakala jantan yang lain mempunyai kesan-kesan cakar di beberapa bahagian badan.

Jika sudah berlaku perkara macam ni, maka selaku penternak perlulah mengambil tindakan iaitu mengasingkan jantan dominon ke reban nya sendiri. Keesokan harinya aku tengok reban asal yang sudah mulai tenang. Jika sebelum ni arnab-arnab lain ada yang tak makan kerana takut jantan dominon, dorang dah berani makan dan minum sampai habis. Kalau aku tak alihkan jantan dominon tuh, aku pasti suatu hari nanti ada yang akan mati.


STOCK ANAK ARNAB UNTUK BULAN PUASA

Dua hari lepas aku telah berjumpa dengan sifu arnab aku, dia ada menanyakan aku jika ada stock anak arnab kerana beliau juga kekurangan stock anak untuk di salurkan kepada pemborong. Sememangnya beliau sudah tau keadaan aku yang memang tak bersedia menghadapi permintaan yang secara tiba-tiba.

Maka kami pun mengaku yang kami memang tak bersedia dengan permintaan kali ini. Untuk pengetahuan, sepatutnya musim cuti sekolah adalah musim untuk kami membuat duit dengan menjual anak arnab. Kami pun terlupa bahawa sepatutnya dalam 2 bulan yang lepas (dalam bulan 3) kami telah mengahwinkan induk-induk arnab kami supaya dalam masa 2 bulan selepas itu iaitu pada minggu ini, anak arnab sudah membesar lebih dari usia sebulan dan bersedia untuk di pasarkan.

Apa yang sudah berlaku itu sudahlah. Maka kami pun berpakat akan menyediakan stock anak sempena bulan puasa yang akan datang pada pertengahan bulan 7 nanti. Aku sudahpun mengahwin induk-induk aku dari 15hb/May. Dari 7 induk, hanya 5 sahaja induk yang "mahu" dikahwinkan. Manakala lagi 2 ekor masih lagi takde "angin". Jika ikut bunting 31hari, maka pertengah bulan depan akan berduyun-duyunlah baby arnab dalam ternakan aku. Target aku at least dalam 30ekor anak arnab akan menjadi. Insya Allah

Ini adalah perancangan aku,
15/May - Kahwin 5 induk
16/June - Beranak dalam 30 ekor (purata 6 ekor perinduk)
16/July - Sebulan usia, mula di jual
1/Aug - Kahwinkan semula untuk stock cuti sekolah bulan

Mudah-mudahan apa yang di rancang akan berjaya. Insya Allah.


Selasa, 29 Mei 2012

Handphone Nokia C2-03 Hilang!

Assalamualaikum..

Hari Ahad 27hb/May aku kehilangan lagi sebuah handphone dual simkad, Nokia C2-03 di sebuah majlis kenduri kahwin seorang rakan karib. Ini adalah kali ketiga aku hilang handphone di majlis kenduri. Dan kehilangannya adalah disebabkan tercicir dari poket seluar aku.

Kehilangan kali pertama adalah sebuah nokia 6100 yang aku sudah pakai lebih dari 2 tahun. Tak salah aku ia hilang pada tahun 2008 di kenduri kawen kawan karib aku di Kpg Bukit Rambai. Handphone kedua adalah Nokia N78 yang hilang di kenduri kawen makcik aku di kampung mak mertua aku di Pt Sulong pada tahun 2011. N78 ni aku dah pakai lebih dari setahun.

Aku masih ingat hp ketiga yang hilang ini baru tak sampai setahun aku pakai. Aku dapat dari seorang budak lelaki yang mengiklankannya di mudah.my dengan harga RM200. Handphone ni kalau diikutkan tak la canggih sangat. Hanya lebih pada dual simkad.

Aku pun malas nak ngeluh banyak sebab hilang pun kelalaian aku. Lepas ni aku kena carik semula handphone dual simkad. Yang pasti nya bukan model C2-03 sebab pada aku C2-03 bukan la handphone yang begitu berbaloi untuk aku pakai.

Handphone aku kaler hitam

Khamis, 24 Mei 2012

Nokia Mania

Salah satu kegemaran aku adalah mencuba handphone terbaru berjenama Nokia. Masa bujang dulu aku terlalu kerap menukar handphone sepeti menukar baju. Biar beribu RM habis dalam masa sebulan asalkan hati aku puas. Pernah juga dalam satu-satu masa aku ada hampir 10biji handphone dengan simkad juga menghampiri 10 keping. Ko bayangkan bagaimana aku mengawal 9 simkad dalam satu-satu masa.

Pernah juga ada suatu masa aku terlalu taksub dengan teknologi dari Nokia. Aku masih ingat lagi semasa Nokia 5800 baru sahaja di umumkan keluar dari pasaran. Tup-tup aku terus mencarinya di sebuah kedai yang aku anggap dah macam kawan sampai aku paksa-paksa dia untuk mencarikan aku Nokia 5800 ni. Pada masa itu aku mendapat harga sekitar RM 1,300 dengan warranty biasa-biasa je (seludup la tu). Pada masa itu juga aku baru sahaja sebulan menggunakan N79 yang berharga RM 1,450 juga. Tapi nasib baik la aku dapat trade in N79 pada seorang kawan dengan harga RM1,100.

Ikutkan sejarah handphon pertama aku adalah dari Sagem di beli pada tahun 2000 kerana untuk mendapatkan pakej Maxis percuma. Kemudian aku ambil pula pakej Celcom dengan Nokia 3310. Dan dari Nokia 3310 ni aku mencuba banyak jenis handphone nokia. Berikut adalah jenama nokia yang pernah aku pakai mengikut turutan;
  1. 3310
  2. 8250 (Butterfly) - New RM800 - hadiahkan pada awek
  3. 7610 (Daun) - New RM1,400 - hadiahkan pada awek jugak, kali kedua aku beli RM400 untuk pakai sendiri
  4. 3200 - New RM600 - hadiahkan pada bekas tunang.
  5. 3610 - New RM300 - aku pakai kejap je pastu jual kat kawan.
  6. 6100 - New RM600 - 1st polyphonic ringtone.lama jugak aku pakai hp ni. Paling ringan dan nipis pernah aku pakai.
  7. 6630 (Mentol) - New RM800 hilang semasa kat office
  8. 6680 - 2nd RM600 hp 3G pertama. Hilang kat office jugak
  9. 6680 - 2nd RM450 aku beli buat kali kedua
  10. 6300 - 2nd RM400 aku pakai hp ni semasa aku bergiat aktif menjual beli hp. Pernah aku ada hampir 6 biji hp 6300 ni.
  11. 3250 - 2nd canggih hp ni, aku pernah ada 3 biji. Last-last satu hilang, 2 biji aku jual
  12. 6020/1 - 2nd ni hp PTT. Pernah ada lebih dari 10 biji sebab berniaga. Sekarang ni ada 3 biji lagi kat aku. Reason aku tak pakai PTT dah tak minat dan handphone bateri kong
  13. 6230i - 2nd RM280 guna untuk PTT tapi at the end bagi pinjam srg awek sampai sekarang tak pulang2.
  14. 3220 - 2nd RM150 at the end aku jual kat kawan rapat RM50 je.
  15. 1600 - 2nd RM120 aku bagi kat mak aku. dengar adik aku trade in beli yang hp baru.
  16. 6170 - 2nd RM280 hp PTT power, aku jual kat kawan aku RM150
  17. 6131 - New RM350 hp flip pertama aku pakai. Masa ni kaler pink lagi. Last aku jual kat indon
  18. 3110c - New RM450 aku pakai kejap je, pas tu aku jual kat kawan
  19. N81 8GB - 2nd RM800 N-series 1st aku. Beli 2ndhand dari seorang kawan
  20. N95 - 2nd RM850 orang cagar kat aku. Nasib baik dalam sebulan dia ambil semula.
  21. 6220c - New RM1,700 paling mahal aku pernah beli tapi dalam masa seminggu hilang dalam ofis.
  22. N78 - 2nd RM400 byk jasa hp ni sampai la hilang kat kenduri kawin makcik aku kat Pt Sulong. Aku banyak ambil gambar dari hp ni sebab 3.15MP autofocus. Ingat aku nak pakai semula hp ni.
  23. 5000 - New RM280 hp ringan dan nipis 3.15MP. Sampai sekarang ada lagi. Aku tak pakai sebab sah berat. dalam banyak data.
  24. E71 - 2nd RM550. Last aku jual RM350 pada sorang kawan
  25. 7310 Supernova - 2nd RM500. Jual pada sorang perempuan RM 550
  26. N79 - New RM1,450. Pakai sebulan, jual RM1,100 pada seorang kawan selepas aku dapat 5800XM
  27. 5800XM - New RM1,350. 1st Trouchscreen. Tapi dalam masa 5 bulan hilang kat kedai makan. Aku ada beli lagi satu 2nd RM450 dan aku hadiahkan kat wife aku.
  28. N85 8GB- 2nd RM250. Best kamera 5MP tapi bateri ngn HDD hp kong. Tersadai kat rumah skarang ni.
  29. 5230 - 2nd RM250. Aku beli 2 biji. Sebiji aku jual kat kawan RM150 lepas toucskrin rosak. Lagi sebiji dah setahun lebih aku pakai sampai sekarang. Byk video anak pertama aku ambil pakai kamera ni. Takde masalah.
  30. N97mini - 2nd RM450. Slide, kamera 5MP autofocus. Dalam beberapa bulan aku jual RM380 kat sorang kawan.
  31. C5-03 - 2nd RM250. Aku dapat dari seorang budak di Merlimau. Masih ada
  32. C2-03 - 2nd RM250. Aku dapat dari seorang budak di Bkt Beruang. Masih ada
Sekarang aku masih lagi mencari-cari model hp Nokia yang belum pernah aku pakai. Dalam pandangan aku sekarang adalah N8. 8MP autofocus. Sesuai untuk aku yang suka surfing dan mengambil gambar dekat. Biasa la, aku nak 2nd je. Harga paling rendah sekarang adalah RM500. Itu hari aku hampir-hampir dah beli sebiji dari mudah.my tp aku rasa budak yang nak jual tuh test market je dgn harga RM500.


Pernah orang tanya aku kenapa tak pakai jenama lain contoh Samsung atau Iphone? Aku kata, aku jenis orang yang susah untuk menukar sesuatu jenama. Kalau A.. aku akan tetap A. Tp kalau aku dah cuba B, mana tau B dapat mengalahkan A, aku akan kekal ngan B.. tak tau la pulak aku.

Khamis, 17 Mei 2012

Cerita pasal blog sendiri

Assalamualaikum.

Sudah 5 hari aku tak posting kat blog ni. Bukan pasal aku tak minat nak posting atau aku dah takde aktiviti dalam masa 4-5 hari ni, tapi keutamaan aku sudah berubah. Aku sudah mula menyibukkan diri kat study aku yang sudah masuk ke sem 7. Pengalaman sem 6 lepas membuatkan aku berhati-hati dan mengambil iktibar untuk tidak terus hanyut dengan angan-angan dan jiwa tak keruan.

Kalau di lihat dari segi jumlah posting, blog study aku sudah menyamai blog harian aku ni dengan jumlah 28 posting. Kalau diikutkan jumlah purata posting, blog study aku ternyata lagi aktif. Berikut adalah rekod bagi kedua-dua blog,

Blog Personal
Tarikh mula : 7/4/2012
Usia hingga hari ni : 40 hari
Jumlah posting : 28
Purata : 0.7 posting setiap hari

Blog Study
Tarikh mula : 21/4/2012
Usia hingga hari ni : 26 hari
Jumlah posting : 28
Purata : 1.07 posting setiap hari

Target aku memang aku akan mengutamakan blog study aku sebab blog ni jenis carik makan punya. Blog yang ada kaitan dengan pelaburan jangka masa panjang aku. So aku tak boleh dia waste macam tu je. Aku kena menghargai pelaburan yang telah aku buat.

Sementara blog personal aku ni just for fun. Kalau suatu hari nanti ia mendatangkan keuntungan, itu sudah lain cerita. Seiring dengan perkembangan diri, memang aku akan mewujudkan lagi blog-blog yang lain. Manalah tau suatu hari aku akan bergiat aktif dengan penternakan. Mesti lah aku akan mewujudkan sesuatu yang khusus ke arah bidang ni.

So until now, I nak sambung study I. See you.

Jumaat, 11 Mei 2012

Improvement Reban Arnab - 23ekor

Sangkar di alih ke tempat baru
Malam tadi dari pukul 9 malam ke 12 tghmlm aku kemas dan alihkan barisan sangkar pertama yang menempatkan 19 ekor arnab ke tempat yang baru. Dari anjung dapur ke tanah sebelah tingkap dapur.


Disebabkan ia di atas tanah, antara kebaikan aku akan dapat;
  1. Air kencing diserap terus ke tanah maka bau hancing kurang.
  2. Hasilnya aku dapat meminimakan hasil pencampuran air kencing dan najis yang menjadi tempat pembiakan lalat.
  3. Bau takde, lalat pun kurang.
  4. Boleh menjadi baja kompos bila bercampur dengan tanah.
  5. Najis kering disebabkan tempat terbuka yang menjadi laluan angin.
  6. Masa maintenance ke atas najis dapat dikurangkan kerana najis dibiarkan berlonggok satu tempat.
Antara keburukan, tempat ni terbuka maka;
  1. Aku tak boleh lepak lama-lama sebab orang nampak dari jalan.
  2. Reban pun mudah reput di sebabkan hujan panas. Proses pengaratan besi reban dan pereputan kayu reban akan berlaku dengan cepat.
  3. Tiada bumbung, masalah panas. Arnab mudah stress bila terlalu panas. Mungkin mati
  4. Dekat dengan pokok-pokok so aku paling takut kerengga kerap dan senang menyerang
Sementara barisan reban kedua yang mengandungi 4 ekor arnab aku letakkan ke tempat lama barisan reban pertama.

Water Feeder Improvement
Selepas aku alihkan reban, aku improvekan semula auto water feeder kat barisan pertama yang mengandungi 6 sangkar. Jika sebelum ni ada 5 + 1 channel, aku gabungkan menjadi 6 channel. Bila sudah siap aku buat percubaan. Everything OK.

Then aku ingat nak gabungkan water feeder 6c ni ke barisan kedua yang mengandungi 4 reban tapi aku khuatir kapasiti bekas air pulak tak cukup. Yelah, sedangkan bekas air 5 channel pun tak boleh menampung 13ekor inikan pula satu bekas untuk 23ekor? Pagi tadi sebelum aku pergi kerja, aku tengok bekas 6c yang menampung 19ekor kat barisan pertama ni hampir kering kontang.

1 bekas  = 5 liter. So aku kena menukar ke tong yang lebih besar. Mungkin 10 liter punya. Dari bekas minyak masak ke bekas cat.

So aku kena monitor dari masa ke semasa dan akan mengambil maklum balas dari sekeliling.

Update Arnab - 23 ekor

Dah lama tak update arnab, kesibukan sem baru dan kelahiran orang baru mencuri masa kebiasaan aku. So aku nak update pasal arnab la..  Dalam masa 2 minggu (dari 29hb/Apr), arnab aku berkurangan 7 ekor dari 30 ke 23 ekor.

Banyak perkara yang berlaku
2012/04/29 - 4 ekor disembelih. 2 (115hari) + 2 (101hari).
                     (1 - Tukang sembelih, 1 - Mak aku beli, 2 - Mak mertua aku)
2012/04/29 - +1 ekor loop ear betina putih dibawa pulang, kahwin ngn melaka cute.
2012/05/05 - 1 anak k12 hilang
2012/05/05 - 1 anak k12 mati kena pijak
2012/05/09 - 1 anak k12 hilang selepas aku tinggalkan 2.5 hari.
2012/05/09 - 1 penjantan putih baka Melaka cute mati selepas aku tinggalkan 2.5 hari. Maybe stress ngn bini baru.

29/4/2012 - Lop Ear Betina

Nampaknya kesemua 4 ekor anak k12 dah mati.

Semalam aku dah kahwinkan induk perang. Spesifikasi induk ini adalah;
1. Arnab ke 2 dalam perliharaan aku. Dah 1 tahun setengah ngan aku sejak 10/10/2010.
2. Baka : Mix anggora
3. Jumlah Kelahiran : 4 kali. Kali terakhir 2/2/2012 - 4 ekor
4. Jumlah Anak : 3+4+1+4 = 12 ekor (4 ekor anak pertaman DOB)

So total aku sekarang = 30 - 4 + 1 - 4 = 23 ekor

Rabu, 9 Mei 2012

Tanah 1 ekar RM 20,000

Tanah 1 ekar ni terletak lebih kurang 3 kilometer dari kampung aku. Terletak di bahagian pedalaman, di sebelah kawasan kebun getah. Tengok kawasan, tanah ini sedikit berpaya. Perlu di tambak kalau nak buat sesuatu kat tanah ni. Tapi kalu setakat nak buat harta iaitu beli dan simpan untuk masa akan datang, memang cun la dengan harganya.

Tanah ini ada kemudahan jalan yang baru di tambak, tiang lampu. Tapi air aku tak tau plak ada ke takde. Meh tengok gambar ni;


Kemudahan jalan dan tiang letrik di hadapan tanah


Pandagan 90 darjah ke arah kiri jalan. Pokok putih tu adalah penghujung tanah dari jalan
Berdasarkan info terbaru yang aku dapat siang tadi dari mak aku, tuan tanah tak jadi jual sebab dia da ada duit/ Aiseh, melepas. Kalau tak rezeki family den sempena new born baby ni.

Selasa, 8 Mei 2012

Cuti sekerat hari 7/5/2012

Semalam aku cuti sekerat hari sebab plan nak balik ke Pt Sulong rumah mertua aku sambilan aku nak pegi menjemput wife dan anak aku yang kena kuning di Hospital Batu Pahat. Tp perancangan aku tak berapa cantik kerana timing yang lari dari plan asal.

Ikutkan cuti sekerat hari petang patut keluar dari ofis pukul 1 tengahari. Tapi aku lewat 1 jam gara-gara masalah orang lain yang menjadi masalah aku. Masalah itu pun berpunca dari tindakan lambat dari seorang rakan kerja dari jabatan yang lain. Kena hari jumaat tengahari lepas, hari isnin pagi baru bgtau aku? Apa barang? Last aku kena buat meeting untuk menyelesaikan masalah dorang melibatkan tindakan dan idea drastik dari kepala otak aku untuk pihak pengurusan tetinggi (top management).

Pukul 2 petang baru aku keluar ofis. Itu pun banyak benda yang aku kena follow up dari masalah yang berlaku. Ah! takkan aku takde department aku boleh tutup kot? Common guys.. you orang lagi bagus dari orang lain.. cakap berdegang-degang, takkan la aku takde satu jabatan tak boleh jalan kot? Dugaan aku betul, pukul 5 ptg semasa aku naik motor, mandi, semayang, sibuk ngan hal lain, ada orang ofis telefon. Aku nak angkat dorang dah letak.. 3 kali aku dapat panggilan tapi semuanya jenis tak leh tunggu lama.. talian putus sebelum sempat aku angkat.

Kembali selepas aku keluar ofis, tempat pertama aku pegi adalah ke Maybank untuk mengeluarkan duit dari ASB. Kali ni aku keluar paling banyak dalam keluaran-keluaran untuk tahun ni RM 2,000. Duit ni akan aku guna untuk;
1. Melangsaikan yuran semester 7 = RM 700
2. Membayar sewa rumah = RM 250
3. Membayar ansuran kereta kancil = RM 150
4. Membayar bil api = RM100
5. Selebihnya aku masuk ke dalam overdraft akaun aku, Kasik kurang sket daily interestnya.

Tup-tup aku sampai rumah pukul 5 ptg.. dan tup-tup aku tolak balik ke parit sulong pukul 6:15. Salah satu sebab aku sangkut lebih 45 min kat Pejabat Pos Ayer Keroh masa nak menghidupkan rodtex kancil aku yang berharga RM10 itu. Huh! Nasib baik la tengaharinya masa aku kat Maybank aku dpt sms dari wife aku mengatakan dia dan anak discharge tengahari dan adik ipar aku akan menjempu mereka. Alhamdulillah. Tak la aku terkejar-kejar.

Kali ni aku balik kpg naik kancil. Kali pertama ni. Alhamdulillah takde ape-ape masalah berlaku. Dan dapatla jimatkan duit minyak sebanyak 33%.

Notis Pemotongan Bekalan Elektrik

Pada petang 5/5 aku balik keje, aku tengok penutup peti surat aku tak tutup rapat. Biasa nya penutup nya tak rapat sebab ada surat baru masuk. Dan aku tengok ada surat warna kuning. Agakkan aku tepat; surat dari TNB. hehehe..


Kalau nak tau tunggakan RM92.05 ini adalah untuk 4 bulan. Biasala aku nya stail 4 bulan sekali baru aku bayar Paling lewat pun bila surat merah dah sampai. Yang 4 bulan ni baru surat kuning... hehehe.

Dan stail pembayaran aku pulak melalui online banking. Sonang. Tak payah g beratur, pegi amik cuti, spend masa waktu office hour. Duduk rumah pun dah settle. Ikutkan bukan bil api je aku settlekan online, indah water, bil air, sewa rumah.. semua online la.. semuanya di hujung jari anda. Tapi pastikan dulu la baki mencukupi dalam bank ya!

Promosi: Prepaid Internet RM20 sebulan dari Maxis

Pada 18/04/2012 aku telah mendapat satu sms dari Hotlink;

"RM0. Khas: 1.5GB/30Days Pass Internet pd harga istimewa RM20 (Biasa: RM58).
Utk 10 ribu pelanggan shj!
Dail *136*3# utk m'beli sblm 15/04.
T'takluk T&S"

Sebelum ni aku menggunakan pekhidmatan wifi data tanpa hadv yang telah di sewa pada kadar RM20 sebulan dari jiran berdekatan tetapi disebabkan ada beberapa website "berat" seperti youtube, tonton di blok, dan ditambah dengan promosi Hotlink ni, maka pada 20/04 aku telah pun mengaktifkan promosi ini;

"RM0. Thank you.
You have activated 30 Days 1.5GB Pass at RM20.
Pass starts from 22:38 20-04-2012 & ends at 00:00 21-05-2012.
Start surfing now!"

Sekarang aku pun telah menggunakan promosi hotlink ni. Memang betul-betul jimat. Sehingga ke hari ini hari ke 18 aku menggunakan internet dengan melayari facebook, mudah.my dan kadangkala youtube, aku baru sahaja mengunakan sekitar 40% atau 650MB dan aku masih ada lagi 12 hari untuk menghabiskan quota 60% atau 850MB yang telah di beri.

Kalau ikut kira-kira pun RM20 untuk sebulan, maka secara purata kita perlu membayar 67sen sahaja untuk sehari dan juga kadar penggunaan 50MB sehari. Kira berjimat la jugak berbanding RM2 sehari untuk 100MB seperti kadar paling murah Hotlink bagi sekarang ni.

Eh, dengar cerita DiGi pun ada bagi rate baru iaitu RM1 / hari. Tp tetap kalah jugak la DiGi dengan promosi hotlink. Jika promosi ni adakan lagi pada masa akan datang aku akan langgan lagi rate ni dan good bye pada langganan wifi jiran aku.

Sabtu, 5 Mei 2012

Berkebun

Kali ni aku nak cerita pasal akiviti penanaman secara kecil-kecilan atau lebih dikenali sebagai berkebun. Aktiviti ni telah wujud dalam diri aku sejak aku kecil lagi iaitu sejak sekolah rendah. Masa tu aku duduk kat Taman Medan, Petaling Jaya berdekatan dengan bekas-bekas lombong bijih timah yang banyak di sekitar tempat tinggal aku. Pada masa itu, aktiviti berkebun ni boleh di katakan main-main dan hasil pemerhatian dan ikutan kawan-kawan pada masa tuh. Ia dimulakan dengan pengambilan pokok tembikai yang tumbuh subur di atas tahi lembu yang bersepah di sekitar lombong.

Kemudian aku pindah kat melaka, aktiviti berkebun (ala budak-budak) ni dah takde, tapi bapak aku bergiat aktif dengan menanam pelbagai jenis pokok. Contohnya bapak aku pernah bukak ladang tebu seluas 1 ekar. Masa tu aku tak berapa faham sangat pasal pokok tebu ni. Yang aku tahu masa hujung minggu dan cuti sekolah aku akan balik kampung tolong bapak aku tebang pokok tebu.

Bapak aku jual dengan menggunakan khidmat FAMA. Memang jualan pada masa itu laku sampaikan pokok yang belum cukup matang pun bapak aku jual. Tapi ladang bapak aku ni bertahan dalam 2-3 tahun sebelum banjir besar. Pastuh di tanam dengan limau kasturi, pokok naga, mangga dan macam-macam tapi yang aku tengok semua pokok ni tak tahan lama dan konsisen. Jadi sekarang tanah tuh sudah ditanam dengan pokok yang tahan lama; pokok kelapa sawit, pokok kelapa.

Untuk mendidik diri aku supaya minat berkebun, aku cuba-cuba berkebun di tanah sekangkang kera sebelah rumah corner lot yang aku sewa ni. Setakat ni sudah 2-3 jenis pokok aku cuba tanam. Antaranya;

1. Pokok Cili
2. Pokok Kunyit
3. Pokok Ubi kayu.

Aku tengok pokok cili ni mula-mula je cantik naik dan berbuah tapi selepas besar sekian lama di serang penyakit serangga yang hijau dan putih-putih bawah daun. Orang kata hama daun. Last sekali mati pokok demi pokok. Dan sampai akhirnya aku malas nak baja, jadilah hidup segan mati tak mahu.

30/7/2011 Hasil tuaian pertama yang cantik jer.. sekarang dah hancus

Pokok kunyit ni aku tengok, boleh pegi jauh kalau aku jaga dengan betul. Penjagaan nya tak seleceh pokok cili. Hanya perlu siram, baja dan kena tengok ulat bulu yang kadang-kadang memakan daun pokok kunyit. Kalau di buat secara batas dan pukal, daunnya boleh buat bisnes. Itu hari aku dah cabut hasilnya selepas setahun tanam. Tapi disebabkan isinya yang tak berapa merah, aku bagi kat mak aku je buat pakai kat kedai makan dia. Mak aku kata tak cukup baja. Memang betul pun.

9/7/2011 Kombinasi Pokok Kunyit dan Cili
Sekarang aku tanam pokok ubi. Dah genap setahun aku tanam pokok ni. Aku rasa dalam masa terdekat aku akan kutip hasilnya.

26/10/2011 Ketika hampir 6 bulan usia

Pokok ni sudah hampir setahun umurnya. Tanam pada 1/5/2011

Pada masa yang sama aku akan tanam pokok limau purut. Baka nya aku beli dari bapak aku. RM5.00 sepokok. Esok kalu sempat sebelum aku balik bt pahat aku tanam la.

Khamis, 3 Mei 2012

Apa Khabar May 2012

Assalamualaikum..

Terlalu banyak yang aku tinggalkan untuk April 2012. Dan terlalu banyak benda baru yang akan aku tempuh dalam May 2012.

1. Kenaikan gaji yang kurang separuh dari yang aku jangkakan.

2. Dapat baby baru 30hb April 2012.

3. Buat harta baru 1; Rumah corner lot: RM 150,000.00

4. Buat harta baru 2; Tanah 1 ekar: RM20,000.00

5. Sem 7 akan bermula dalam masa 2 minggu.

Dan seperti biasa, 2-3 hari ni aku akan busy ngan monthly report.