Aku mempunyai sebuah motorsikal berjenama Honda EX5 yang sudah berusia lebih dari 13 tahun. Aku membelinya dari kedai motor di Ayer Molek pada 25hb April 1999 yang kebetulan hari yang sama dengan tarikh lahir aku. Pada ketika itu, motor ini digunakan untuk berulang alik kerja di Gateway Cheng.
Walaupun second hand, tapi ia hanyalah dari segi nama kerana no pendaftaran asal adalah MAL XXXX yang telah di tukar ke no pendaftaran sekarang BBD XXXX. Kiranya si tuan punya yang pertama membeli motor ini hanya untuk memindahkan no lama ke atas motor ni. Itu sebab ia jatuh ke standard second hand. Pada ketika itu aku mendapat harga dalam RM3,800. Cukup murah la untuk motor yang di anggap "baru". Selepas memberi duit muka RM1,500, aku membuat bayaran ansuran selama setahun.
Pada sekitar tahun 2001, syarikat Gateway mengalami kerugian yang seterusnya menutup operasinya di rantau Asia. Selepas menerima pampasan dalam belasan ribu ringgit, aku membawa diri aku ke Kuala Lumpur semula dengan niat untuk mendapatkan segulung diploma. Kali ni aku kena berulang alik dari Melaka ke Taman Melawati untuk mempelajari Diploma dalam Kejuruteraan Mekanikal secara separuh masa. Kira hebat jugak la motor ni dalam 2 minggu sekali aku berulang alik selama setahun. Inilah perjalanan jarak jauh yang pertama motor ni pernah tempuh. Paling jauh motor ni pernah pergi adalah ke Kapar, Klang.
Dalam berulang alik Melaka-Taman Melawati, terlalu banyak yang aku tempuh dengan motor kesayangan aku ni. Tayar pancit dah berapa kali kat highway PLUS. Dengan lampu tiba-tiba takde. Siang malam, pagi buta, hujan lebat, pun aku ada balik menggunakan motor ni. Kiranya memang tak menyesal aku guna motor jenama Honda EX5 High Power. Pernah waktu malam aku sampai mengetuk pintu tuan di Pedas-Linggi rumah semata-mata untuk menukar tiub tayar.
Motor ni tak pernah mengalami kemalangan yang serius. Kali pertama kemalangan adalah dalam 1-2 tahun beli. Itupun kemalangan yang paling teruk aku alami. Kemalangan bertembung dengan kereta abang aku sendiri ketika aku tergesa-gesa lewat pergi keja. Kemalangan tersebut menyebabkan rim belakang bengkok dan rim dalam yang memegang jejari pecah. Itu pun nasib baik motor boleh lagi bergerak ke kedai motor yang aku beli dalam keadaan berdengkut-dengkut.
Paling hebat, selepas setahun je aku pakai motor ni, dari tahun 2001 aku menggunakan tanpa rodtax dan insuran selama 8 tahun tanpa kena apa-apa tindakan saman atau kesalahan dari pihak berkuasa (polis atau JPJ). Paling kuat pun saman parking oleh PBT dan kena angkut je. Kebanyakan roadblock trafik dan JPJ lepas macam tuh je. Ini kerana motor aku adalah standard. Dari mula aku pakai sampai sekarang aku tak membuat apa-apa perubahan modofikasi ke atas motor.
Dan aku masih ingat pada tahun pengujung tahun 2008, ketika aku bujang, aku lepaskan niat, aku kena buat sesuatu ke atas motor aku ini. Aku akan pergi menghidupkan semula rodtax dan insuran. Dan yang pasti aku kena buat service paling hebat. Maka overhaul dan grainbal la motor aku ni dalam masa sebulan. Sampaikan tokey kedai kata, apasal la teruk sangat bunyi motor aku ni macam orang bawak pegi kebun. Tokey jual sayur pun takde motor mcm ni. Aku tersengeh je, aku kata aku sibuk sangat. Bawak motor pegi kerja je. Lagipun dah lama aku tak buat apa-apa yang besar kat motor ni. Pada awal tahun 2009, berwajah baru la motor aku. Segalanya OK dalam segala benda kecuali aku tak cat je motor tu. Selain di grainbal, benda lain yang di tukar adalah kunci tengkuk dan seat, segala lampu, tali sawat meter, bateri dan yang lain-lain. Maklum la, nak masuk puspakom. Jumlah perlu di bayar adalah dalam RM500+. Banyak tu.
Tetapi pada hujung tahun 2010, selepas setahun aku berumah tangga, lagi sekali motor aku kena grainbal kerana aku tak menjaga minyak hitam. Ini gara-gara aku telah berpindah dari melaka tengah ke jasin dan perjalanan ke tempat kerja harian mengambil jumlah jarak 70km sehari menyebabkan aku dah terbiasa menangguh penukaran minyak hitam yang biasanya di buat sebulan sekali. Akhirnya tersadai la motor aku selama 2 bulan di kampung untuk di baiki. Sebulan selepas di baiki, pada awal tahun 2011, aku terpaksa menghantar semula ke kedai selama sehari untuk di tukar "rantai kecik" yang berharga RM150 kerana pembaikian sebelum ini tidak la sebagus yang di fikir memyebabkan enjin motor aku sangkut-sangkut.
Dan yang terbaru pada bulan October aku kena habiskan lagi hampir RM250 kerana penyelenggaraan yang patut aku buat. Ini bermula dengan bocor di gasket dan lampu yang tak menyala membuatkan aku tak sedap hati menunggang pada waktu malam. Last-last semua yang berkaitan power supply kat motor tu di tukar. Tapi memang puas hati sebab perasaan membawa motor tuh 2 kali ganda puas. Apakan tidak, kedua-dua coil untuk lampu dan starter ditukar baru.
Motor ini boleh la di katakan motor cari makan sebab dengan motor ini la aku mengumpul duit mencari rezeki seterusnya membina rumah tangga dan mendapatkan harta yang lain. Kalau takde motor ni, aku rasa sampai sekarang la aku tak bergerak ke mana. Aku ada jugak terfikir nak tukar ke motor lain, tapi atas sebab kewangan dan rasa jimat di campur dengan sayang, aku teruskan aja pakai motor kesayangan aku ni. si EX5 High Power.